17/06/2021
TUHAN MENGIKUT SANGKAAN HAMBANYA
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Hai Assalamualaikum dan selamat pagi! Harapan Sifu, anda semua berada dalam keadaan sihat walafiat. Hari ni Sifu nak berkongsi pandangan mengenai statement di atas.
Bagi mereka yang percaya adanya Tuhan, maka semuanya perlu percaya bahawa apa sahaja yang berlaku dlm dunia ini, berlaku dgn kehendakNya. Tidak akan berlaku sesuatu kecuali dgn izinNya.
Tuhan bukan zalim. Tuhan Maha Pemurah dan Maha Pemberi Rezeki. Persoalannya, mengapa ada sesetangah daripada kita yang rezekinya sentiasa ada dan melimpah-ruah? Dan ada juga yang rezekinya sempit dan susah nak dapat.
Sebabnya banyak. Sangat banyak. Tapi untuk hari ini, Sifu nak fokus kepada statement di atas sahaja. Apa maksudnya TUHAN MENGIKUT SANGKAAN HAMBANYA? Pada pandangan Sifu, Tuhan tiada masalah untuk mengurniakan rezeki atau apa sahaja kepada hambaNya. Cuma, persoalannya, hambaNya itu LAYAK, atau benar-benar perlu tak kepada rezeki itu?
Contohnya, antara seorang pekerja dgn majikan. Ada sesetengah pekerja yang dapat naik pangkat cepat dan ada yang lambat. Soalan, mcm mana ianya berlaku sedemikian? Majikan tentunya memerhati apa yang pekerja-perkerjanya lakukan. Tentu ada pekerja yang bekerja bersungguh-sungguh, dan ada yang sambil lewa. Ada tentunya pekerja yang memang meminta untuk membuat tugasan, dan ada yang mengelak. Jadi, tentunya majikan akan s**a kepada pekerja yang rajin, bersungguh-sungguh, nampak nak diberi tugasan dan lain-lain. Dan pekerja sebegini tentunya akan cepat naik pangkat.
Begitu juga kita dengan Tuhan. Adakah kita layak menerima rezeki? Adakah kita perlukan rezeki itu? Apa kata, bercakaplah dengan Tuhan, temuilah dengan Tuhan melalui kaedah dan kepercayaan agama masing-masing. Dan apa yang penting, kita mesti sentiasa sangka dan mahu apa yang kita mahu. Tunjukkan kesungguhan bahawa kita memang nak rezeki itu. Berusahan dengan bersungguh-sungguh supaya Tuhan nampak kita memang nakkan rezeki itu.
Yakinlah rezeki daripada Tuhan dan bersangka baiklah kepada Tuhan. Tiada Tuhan yang zalim terhadap hamaNya. Kitalah yang zalim kepada diri sendiri.
Setakat inilah sahaja perkongsian daripada Sifu. Tiada jawapan betul atau salah. Ini hanyalah pandangan Sifu.
Imej kredit kpd coachmohdnoor.com