04/11/2020
Kita sendiri dapat lihat banyak industri yang terjejas teruk akibat daripada pandemik Covid-19 yang sehingga kini menghantui kita, bukan sahaja di Malaysia malah seluruh dunia. Ada syarikat yang terpaksa membuat keputusan drastik dengan mengurangkan kapasiti pekerja dan yang lebih serius, terpaksa menghentikan terus operasi mereka.
Buat semua rakan-rakan kami yang terpaksa menghadapi situasi di atas, terutamanya dalam industri penerbangan dan perhotelan, kami di PMB Investment sentiasa bersama anda.
Ya, kami tahu ianya bukan mudah tetapi apa yang berlaku ada hikmahnya. Jangan putus asa, kekal positif dan terus bergerak ke hadapan kerana kita semua tahu dalam setiap terowong yang gelap, dihujungnya pasti ada sinar dan jalan keluar.
Jika anda bernasib baik tetapi ada rakan-rakan/ahli keluarga yang terjejas, ini peluang anda untuk membantu dengan hanya memanjangkan post ini kepada mereka melalui butang 'Share'. PM kami di http://www.wasap.my/60135025050/PMBi untuk maklumat lanjut tentang bagaimana PMB Investment boleh membantu anda.
Ikhlas,
PMB INVESTMENT BERHAD
----------------