Helmi Islamic Estate Planning

Helmi Islamic Estate Planning Kami bersedia membantu anda merancang dan menyelesaikan masalah pengurusan harta pusaka anda

Credit to Sufyan Bakir πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡Soalan pengurusan pusaka pagi ni :Soalan 1:Bila dah dapat keluarkan duit dalam KWSP dan juga A...
21/04/2022

Credit to Sufyan Bakir πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

Soalan pengurusan pusaka pagi ni :

Soalan 1:
Bila dah dapat keluarkan duit dalam KWSP dan juga ASB dan terus diagihkan, adakah itu terus menjadi hak waris faraid? Hutang siapa nak kena bayar?

Jawapan :

Setelah dapat cairkan segala pusaka cash, perkara utama yang perlu diselesaikan terlebih dahulu ialah hutang.

Setelah hutang dah selesai, barulah lebihan pusaka tadi diagihkan kepada waris2 faraid. Bukan agih dahulu, hutang kemudian.

Hutang ni kewajipan si mati untuk bayar, tapi menjadi tanggungjawab pentadbir/waris untuk tolong bayarkan hutang tu andai ada pusaka yang ditinggalkan.

Soalan 2 :

Boleh ke uruskan pusaka cash terlebih dahulu, kemudian barulah uruskan pusaka hartanah?

Jawapan :

Boleh tu boleh, tapi kenapa nak kena buat 2 kali kerja sedangkan keduanya-nya boleh diuruskan serentak.

Kalau uruskan satu persatu, nak tunggu bicara pertama 6 bulan, lepas tu nak permohonan baru dan tunggu lagi 6 bulan.

Kan dah makan masa dan tak efficient kat situ.

Perkara pentadbiran pusaka bukan perkara mudah untuk ditinggalkan begitu sahaja kepada waris-waris.

Lagi-lagi kena p**ak waris yang menang takde ilmu dan pengalaman untuk uruskan

Rancanglah pusaka awal-awal agar segala yang ditinggalkan akan diuruskan dengan sempurna.

-SB

Statistik terkini menunjukkan ramai rakyat Malaysia tidak mampu menyediakan dana kecemasan walaupun seminima RM1000.Jadi...
30/06/2021

Statistik terkini menunjukkan ramai rakyat Malaysia tidak mampu menyediakan dana kecemasan walaupun seminima RM1000.

Jadi berlaku kematian kepada kita atau salah seorang ahli keluarga kita bagaimana kita atau ahli keluarga kita nak selesaikan kos pengurusan jenazah tersebut yang rata-rata menelan belanja sekurang-kurangnya RM2000??

Alhamdulillah kepada mereka yang telah mencarum kepada khairat kemation di taman-taman atau surau masing-masing. Jika belum buat lah persediaan segera sbb kita tak tahu bila masa kita akan dijemput kembali. Sudah semestinya kita tak mau bebankan insan2 yg kita tinggalkan.

Ahmad Helmi
Islamic Estate Planner
As-Salihin Trustee Berhad
0194702403

⁉️ WASIAT BOLEH DITENTANG, KENAPA PERLU BUAT JUGA ?⁉️Fungsi Utama Wasiat adalah untuk melantik Wasi/Pentadbir !RM 70 bil...
05/03/2021

⁉️ WASIAT BOLEH DITENTANG, KENAPA PERLU BUAT JUGA ?⁉️

Fungsi Utama Wasiat adalah untuk melantik Wasi/Pentadbir !

RM 70 bilion harta terbeku di Malaysia, KENAPA ? Kan ada Waris, ada hukum Faraid, kenapa tak agih ?

SEBAB TIADA WASI/PENTADBIR !!

Tanpa Wasi/Pentadbir, harta tidak boleh dituntut dan dipindahmilik. Walaupun pembahagian mengikut Faraid, tetap perlu ada Wasi/Pentadbir untuk menjalankan pembahagian tersebut.

Wasiat juga sebagai panduan & amanat kepada waris berkenaan harta yg kita ada dan cara pembahagian. Ia dapat mengurangkan risiko perbalahan & perebutan harta.

Wasiat Kunci Perwarisan Pusaka. Lantik Wasi/Pentadbir anda atau harta akan terbeku, tidak boleh diwaris & Faraid tidak boleh dijalankan.

Jom kita sama2 ambik cakna. Nak tahu lebih lanjut?? Jom kita sembang πŸ˜€

Moga bermanfaat. Jika ada apa2 persoalan jgn segan2 nak PM bertanya na..
18/02/2021

Moga bermanfaat. Jika ada apa2 persoalan jgn segan2 nak PM bertanya na..

Jom kita dengarkan perkongsian daripada pihak Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mengenai topik ini

Moga Allah lindungi kita semua dpd wabak covid19 ini. Amin
03/05/2020

Moga Allah lindungi kita semua dpd wabak covid19 ini. Amin

Point yg paling penting di sini ialah perancangan awal teramatlah perlu. Jom kita sama2 ambil tahu mcmana nak merancang ...
21/02/2020

Point yg paling penting di sini ialah perancangan awal teramatlah perlu. Jom kita sama2 ambil tahu mcmana nak merancang tu. Kos ambil tahu percuma saja πŸ˜€

Kematian adalah perkara yang pasti berlaku kepada semua makhluk yang bernyawa. Bersedia atau tidak, apabila tiba masanya, kita semua akan berpindah ke alam yang seterusnya; alam barzakh, sebelum me…

*INFO AST | TUGAS UTAMA AS-SALIHIN SEBAGAI WASI*Apabila seseorang telah meninggal dunia (dengan wasiat), harta pusaka si...
19/02/2020

*INFO AST | TUGAS UTAMA AS-SALIHIN SEBAGAI WASI*

Apabila seseorang telah meninggal dunia (dengan wasiat), harta pusaka si pewasiat akan ditadbir oleh wasi yang dilantik. as-Salihin Trustee Berhad sebagai sebuah syarikat amanah boleh dilantik sebagai wasi (pentadbir) untuk menjalankan tugasnya sebagai wasi seperti yang dinyatakan dalam Seksyen 9 Akta Syarikat Amanah 1949:

_"Jika pada bila-bila masa suatu syarikat amanah dilantik menjadi wasi bagi wasiat mana-mana pewasiat, sah bagi syarikat itu untuk memohon kepada Mahkamah untuk mendapatkan probet bagi wasiat itu dan, jika probet diberikan, untuk menjalankan dan menunaikan segala kuasa dan kewajipan seorang wasi."_

as-Salihin Trustee Berhad bertanggungjawab melaksanakan tugas sebagai Wasi sekiranya dilantik oleh pewasiat. Antara tugas utama as-Salihin sebagai wasi ialah:-

1. Mengenalpasti wasiat
2. Mendapatkan probet daripada Mahkamah Tinggi
3. Menghimpunkan semua harta peninggalan pewasiat
4. Membayar hutang piutang pewasiat (Dunia & Akhirat)
5. Menyediakan penyata akaun bagi rujukan waris
6. Membahagikan semua harta pewasiat mengikut wasiat/faraid atau mengikut persetujuan bersama dalam kalangan waris

Ahmad Helmi
IEP
as-Salihin Trustee Berhad | Pakar Perancangan Harta Pusaka Islam | www.as-salihin.com
______________________________________________

Bina Kerjaya Sebagai Perancang Harta Pusaka Islam (IEP)
INFO LANJUT > http://bit.ly/infoiep-ast







Janganlah ambik ringan tentang perancangan kewangan dan harta kita wahai ketua2 sekeluarga sekalian. Jom kita sama2 ambi...
11/02/2020

Janganlah ambik ringan tentang perancangan kewangan dan harta kita wahai ketua2 sekeluarga sekalian. Jom kita sama2 ambil tahu..insyaAllah ada jalan penyelesaian

Perancangan hibah dan wasiat amatlah penting untuk memastikan hutang2 kita diselesaikan jika kita ditakdirkan pergi lebi...
07/11/2019

Perancangan hibah dan wasiat amatlah penting untuk memastikan hutang2 kita diselesaikan jika kita ditakdirkan pergi lebih awal. Jadi ambil tahu dan buatlah perancangan segera..Penat kita mengumpul harta tp harta tersebut terbeku dan tak dapat membantu kita dan keluarga kita..

15/08/2019

4 Kegagalan Utama Rakyat Malaysia Daripada Sudut Kewangan

1. 41% Rakyat Malaysia Ada Insurans Manakala Hanya 15% Ada Takaful

Mengikut statistik, Hanya 15% Rakyat Malaysia Ada Takaful. Ianya adalah satu statistik yang sangat menyedihkan. Perlindungan merupakan perkara yang paling asas semua orang patut ada, tapi masih ramai lagi yang tidak mempunyainya.

2. 75% Rakyat Malaysia Tidak Mempunyai RM1,000 Simpanan

Kita disarankan untuk mempunyai simpanan sebanyak 3-6 bulan daripada gaji bulanan kita. Tetapi Bank Negara Malaysia (BNM) sendiri menyatakan bahawa: 3 daripada 4 rakyat Malaysia tidak mampu menyediakan RM1,000 jika berlaku kecemasan.

3. Hampir Sejuta Rakyat Malaysia Rugi RM3.8 Bilion Oleh Skim Penipuan (Scam)

Boleh dikatakan topik yang paling hangat untuk dijadikan perbincangan adalah pelaburan. Tapi malangnya, kita tak habis-habis kena tipu dan terlibat dengan skim cepat kata. Baca saja berkenaan Kerugian Dianggar RM3.8 bilion. PDRM Dedahkan 30 Syarikat Tawar Skim Tidak Sah.

4. Sebanyak RM60 Bilion Harta Orang Mati Dibeku

Bila dah kaya dan berharta, ada masalah p**a nak wariskan kepada anak cucu kita. Di antara alasan biasa yang diberikan adalah proses yang lama untuk membuat tuntutan harta pusaka tersebut, sedangkan proses tersebut telah dipermudahkan dengan adanya wasiat dan hibah – tetapi berapa ramai di kalangan kita yang tahu dan ada pelan untuk mewariskan harta?

Pasti tak timbul isu anak2 terpaksa berhenti sekolah utk bekerja menampung perbelanjaan keluarga, balu terpaksa keluar d...
31/07/2019

Pasti tak timbul isu anak2 terpaksa berhenti sekolah utk bekerja menampung perbelanjaan keluarga, balu terpaksa keluar dpd rumah sewa kerana tak mampu dan macam2 lagi kisah sedih bila berlaku kematian ketua keluarga jika harta sebyk RM60billion ini dapatkan dimanfaatkan..

Disebabkan inilah sebanyak RM60 bilion harta orang mati dibeku, ayuh kita lakukan sesuatu

24/07/2019

Address

Bandar Putra Bertam
Kepala Batas
13200

Opening Hours

Monday 00:00 - 23:59
Tuesday 00:00 - 23:59
Wednesday 00:00 - 23:59
Thursday 00:00 - 23:59
Friday 00:00 - 23:59
Saturday 00:00 - 23:59
Sunday 00:00 - 23:59

Telephone

+60194702403

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Helmi Islamic Estate Planning posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Helmi Islamic Estate Planning:

Share