30/06/2021
✴️Pelan Hibah Takaful Sebagai MLTT Rumah✴️
‼️Sila baca bagi anda yang ingin membeli rumah atau yang telah membeli rumah‼️
Semasa membeli rumah, kita perlu pastikan pinjaman perumahan tersebut mempunyai perlindungan pinjaman supaya tidak menyusahkan keluarga dengan hutang ditakdirkan berlaku apa-apa yang tidak diingini ke atas diri kita.
Terdapat beberapa jenis perlindungan untuk loan rumah iaitu:
1⃣ perlindungan takaful (MRTT dan MLTT)
2⃣ perlindungan konvensional (MRTA dan MLTA)
🔸MRTT = Mortgage Reducing Term Takaful
🔸MLTT = Mortgage Level Term Takaful
🔸MRTA = Mortgage Reducing Term Assurance
🔸MLTA = Mortgage Level Term Assurance
1⃣(MRTT dan MLTT) & 2⃣(MRTA dan MLTA) adalah produk yang sama, cuma 1⃣ dalam versi Takaful, dan 2⃣ dalam bentuk insurans konvensional.
1⃣ dan 2⃣ adalah produk perlindungan loan rumah yang memberikan jaminan kewangan sekiranya berlaku kematian atau kehilangan upaya serius kepada peminjam.
Pelan perlindungan yang patuh syariah, semestinya MRTT dan MLTT. Sebagai seorang Muslim, adalah menjadi kewajipan kita untuk memilih bentuk perlindungan jenis ini.
✴️Beza MRTT dan MLTT✴️
🔸Mortgage Reducing Term Takaful (MRTT) - Jumlah perlindungan berkurang mengikut pengurangan jumlah pinjaman wang.
🔹Contoh: Encik Ali membuat loan rumah dengan bank sebanyak RM 500k sepanjang 30 tahun. Jumlah MRTT pada tahun pertama ialah RM 450k. Pada tahun ke 15, jumlah baki loan ialah RM 300k. Jumlah MRTT yang akan diterima oleh Encik Ali/waris jika Encik Ali hilang upaya kekal atau meninggal dunia ialah dalam anggaran kurang dari 300k (berkurang mengikut jumlah pinjaman wang).
🔸Mortgage Level Term Takaful - Jumlah perlindungan akan kekal sepanjang tempoh yang diambil.
🔹Contoh: Pada tahun ke 15, jumlah MLTT yang akan diterima masih pada RM 450k walaupun jumlah baki loan pada tahun ke 15 telah berkurang ke RM 300k.
✴️Kebaikan MLTT berbanding MRTT✴️
🔸Perlindungan loan rumah + hibah tunai untuk keluarga.
🔸Baki wang setelah selesai bayar hutang loan boleh digunakan keluarga untuk pengurusan harta faraid dan kelangsungan hidup.
🔸Bayaran ansuran/sedikit-sedikit (tidak membebankan).
🔸Boleh pindah milik.
🔸Perlindungan berdasarkan jumlah total hutang dan bukan baki hutang.
🔸Cover kematian, hilang upaya kekal dan waiver (jika berlaku hilang upaya kekal, caruman bulanan jadi PERCUMA).
🔸Nilai pampasan menjadi besar berdasarkan
1. Kematian biasa: 100%
2. Kematian ketika umrah haji/kemalangan: 200%
3. Kematian kemalangan pengangkutan awam: 300%
4. Kematian akibat bencana alam: 600%
🔸Policy tidak batal sekiranya refinance rumah.
🔸Penama untuk pampasan boleh diletakkan pada sesiapa sahaja.
‼️Walaupun MRTT dan MLTT ini tidak wajib, tapi persoalan penting, jika berlaku kematian atau hilang punca pendapatan akibat hilang upaya kekal, siapa nak bayar baki hutang loan rumah anda? Di mana isteri dan anak-anak ingin tinggal jika rumah dirampas bank?‼️
Untuk mendapatkan khidmat konsultasi, nasihat dan quotation secara PERCUMA dan ONLINE, anda boleh hubungi saya di 01135876372 (WhatsApp/Telegram)
6⃣ info diperlukan
1. Nama penuh
2. Tarikh lahir
3. Jawatan pekerjaan
4. Taraf merokok: ya/tidak
5. Keperluan coverage loan anda: RM350k/500k/1juta/lain?
6. Tempoh loan rumah anda