Dr Mohd Annas - Smart Wealth Building

Dr Mohd Annas - Smart Wealth Building Saya adalah perunding unit amanah yang berdaftar dengan Federation of Investment Managers Malaysia (

Adat dalam pelaburan ada untung dan ada ruginya. Gambar ialah keuntungan Client yang baru mula menyimpan cash dalam Unit...
20/06/2023

Adat dalam pelaburan ada untung dan ada ruginya. Gambar ialah keuntungan Client yang baru mula menyimpan cash dalam Unit Trust dalam tempoh masa setahun. Walaupun tidak banyak tetapi masih untung. Bak kata pepatah sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Jika dibiarkan saja duit itu dalam bank biasa tak mungkin ada keuntungan.

Paling penting ialah pemilihan dana yang tepat pada masa yang tepat dengan menggunakan teknik pelaburan yang betul.

Jika berminat untuk mula menyimpan dalam unit trust (UT) boleh whatapp https://wa.me/message/L5ERZ4AI6IOQG1

Saya sedia membantu

24/02/2023

A unit trust, also known as a mutual fund, is a type of investment vehicle that pools money from multiple investors to invest in a diverse portfolio of assets such as stocks, bonds, and other securities. The benefits of unit trusts include:

1. Diversification: Unit trusts provide investors with access to a diversified portfolio of investments that would be difficult to replicate on their own. This diversification helps to reduce risk by spreading investments across a variety of different asset classes and sectors.

2. Professional management: Unit trusts are managed by professional fund managers who have the expertise and resources to analyze market trends and make investment decisions that can potentially lead to higher returns for investors.

3. Liquidity: Unit trusts are generally highly liquid, meaning that investors can buy and sell units in the fund at any time. This provides investors with the flexibility to adjust their investment portfolios as market conditions change.

4. Accessibility: Unit trusts are accessible to a wide range of investors, including those with limited investment experience or capital. Many unit trusts have low minimum investment amounts, making them an affordable option for individual investors.

5. Transparency: Unit trusts are required to disclose their portfolio holdings and investment strategies, which allows investors to make informed decisions about whether to invest in a particular fund. This transparency also helps to promote accountability among fund managers.

Overall, unit trusts offer investors the opportunity to invest in a diversified portfolio of assets managed by professionals, providing access to a potentially higher return on investment than individual investors could achieve on their own.

Masa itu penting dalam pelaburan. Perfect timing will give perfect return.Jangan bertangguh untuk mulakan sesuatu.Ingin ...
04/11/2022

Masa itu penting dalam pelaburan. Perfect timing will give perfect return.
Jangan bertangguh untuk mulakan sesuatu.
Ingin melabur dalam unit trust dengan mudah dan pantas boleh pm sy untuk bantuan.

31/10/2022

Sekarang adalah masa terbaik untuk mulakan pelaburan anda di dalam unit trust. Ini disebabkan harga pasaran saham dunia kini berada pada tahap yang rendah.

Dalam unit trust kita cuba untuk mengumpul sebanyak mana unit yang boleh. Cara terbaik untuk mengumpul unit tanpa perlu ...
12/10/2022

Dalam unit trust kita cuba untuk mengumpul sebanyak mana unit yang boleh. Cara terbaik untuk mengumpul unit tanpa perlu selalu melihat kepada stock market adalah melalui DDA (direct debit authorisation).

DDA dengan nama lain ialah kita istiqamah setiap bulan menyimpan dengan satu jumlah yang tetap.

Dengan simpanan tetap setiap bulan, semasa harga dana turun kita akan dapat mengumpul lebih banyak unit. Dalam masa 3-5 tahun InsyaAllah kita dapat menuai simpanan kita dengan menjual unit kita pada harga yang lebih tinggi.

Perlukan panduan dalam pembukaan akaun unit trust klik https://wa.me/message/L5ERZ4AI6IOQG1

10/10/2022

KENALI PELABURAN UT DDA
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°

🔘 DDA. Direct Debit Authorization. Sesetengah syarikat unit amanah gelarkannya RSP (Regular Savings Plan).

🔘 Ada orang fahaminya sebagai pelaburan automatic investment via bank standing instruction.

🔘 Okaylah. Lama benor Abe tak mengarang post teknikal pelaburan.

🔘 Makanya, hari ni Abe karanglah ilmu DDA jadi korang akan tahu adanya instrumen pelaburan ini.

🔘 Macam biasa, Awas Panjang❗️ (12 bab).
- Bab 2

🔘 UT DDA ialah satu instrument (alatan) kewangan yang boleh rakan-rakan gunakan untuk tujuan penyimpanan atau pelaburan.

🔘 Sekiranya anda nak menyimpan, anda kenalah guna dana yang berbeza berbanding kalau tujuan nak melabur.

🔘 Menyimpan maknanya pulangannya just ngam ngam cover inflasi tahunan.

🔘 Kalau melabur pulak lagi tinggilah dari kadar inflasi. Kadar inflasi bergantung pada mana anda tinggal.

🔘 Kadar inflasi di KL lagi tinggi dari kadar inflasi di Kota Bharu. Tapi secara pukul sama rata, kadar inflasi ialah sekitar 3% setahun.

🔘 Jadi kalau anda simpan dan dapat 3% sahaja setahun pulangan, anda menyimpanlah tu bukannya melabur.
? - Bab 3

🔘 UT DDA (Direct Debit Authorization) adalah sejenis pelaburan wang tunai dari bank peribadi anda ke unit amanah secara bulanan.

🔘 Untuk memulakan pelaburan UT DDA, anda pertamanya perlu membeli dana unit amanah. Kita panggil open new account.

🔘 Ada banyak dana unit amanah, jadi anda harus pandai memilih baka yang elok. Not all funds (dana) are created equally.

- Bab 4

🔘 Untuk membuka dana, pelaburan minimum ialah RM 1,000 sahaja. Nak letak sejuta pun boleh je.

🔘 Namun, ada satu dana saham yang anda boleh mula buka akaun dengan hanya RM 100 sahaja. Ya, RM 100.

🔘 Dana USA patuh syariah lagi. Anda bisa pegang saham Apple dan Facebook lagi. Hebat kan?

🔘 PM Abe tepi kalau serius nak tahu dana apa boleh mula dengan RM 100 sebulan ini. Atau PM je perunding unit amanah kegemaran anda.

🔘 Seeloknya tanyalah perunding unit amanah yang terlatih untuk pemilihan dana patuh shariah yang sesuai dengan selera risiko anda dan bila anda nak tuainya.

- Bab 5

🔘 Selepas dana itu dibuka, anda perlu memberi keizinan kepada syarikat unit amanah untuk satu nilai tetap setiap bulan dari akaun bank peribadi anda.

🔘 Bergantung kepada bank yang anda pilih, anda boleh memilih tarikh pemotongan pada 8hb, 10hb, atau 18hb.

🔘 Eloknya pilihlah tarikh yang sesuai dengan kemas**an gaji atau komisen anda.

🔘 Awal sangat pun tak elok. Lambat sangat pun tak elok.
- Bab 6

🔘 Pemotongan akan dilakukan secara automatik tanpa anda sedari (tapi ada rekodlah).

🔘 Jadi anda dengan ini telah berjaya mengamalkan teknik FORCED savings or investing atau simpanan atau pelaburan paksa tapi manja.

🔘 Ianya tidak akan menjejaskan CCRIS anda. Anda tak perlu bimbang kemampuan anda nak buat loan sebab ini bukan loan.

🔘 Ini simpanan dan bank akan tahu anda seorang penyimpan atau pelabur wang yang berdisiplin.

🔘 Jadi anda boleh gunakan rekod simpanan atau pelaburan sebagai dokumen sokongan masa nak apply loan rumah contohnya.

🔘 Minimum potongan untuk setiap dana setiap bulan ialah RM 100 sebulan. Nak potong seribu pun okay je.

🔘 Sekiranya anda tak mampu nak simpan dah, anda kena hantar surat termination. Ia mungkin mengambil masa lebih dari sebulan.

🔘 Tapi baguslah. Takdelah korang s**a-s**a je nak simpan atau tak menyimpan. Disiplin tu vital.

🔘 Kalau anda nak guna duit tu, sekiranya kecemasan, ia tak lama sangat nak cair. Biasanya 2 ke 10 hari je. Standardnya 5.

? - Bab 7

🔘 Bergantung kepada dana yang dipilih dan tahap ekonomi dan pasaran saham, pulangan UT DDA berbeda-beda.

🔘 Biasanya dalam tempoh masa pendek, pulangannya rendah dan biasanya negatif (paper loss).

🔘 Jadi UT DDA ini ialah kalau nak best aim untuk tempoh 3 tahun dan ke atas.

🔘 Ini kerana UT DDA ni ada professional service charge. Lain company lain cajnya.

🔘 Tapi over the long term (lebih lima tahun ke tujuh tahun), UT DDA dengan dana yang betul akan menghasilkan pulangan yang berbaloi.

🔘 Jikalau stock market memasuki fasa bull run, anda mungkin akan dapat paper profit awal bergantung kepada dana yang dipilih.

🔘 But ingatlah past performance does not guarantee future performance.

🔘 Tapi jikalau stock market bearish, anda mungkin dapat pulangan rendah. Kalau anda pilih dana agresif, mungkin anda dapat pulangan negatif.

🔘 Tapi tu short termlah. Sebab itulah anda kena melabur long term.

- Bab 8

🔘 Anda kena faham, masa bermula dan tahun-tahun terawal, anda nak stock market teruk. Macam bulan inilah.

🔘 Jadi anda boleh beli dana setiap bulan pada harga diskaun Mega Sales. Buy low sell high.

🔘 Bila dah cukup tempoh tuaian (5-7 tahun), atau bila stock market dah bullish balik, tuailah. Sell high.

🔘 Kondisi Pasaran saham amatlah penting bila nak tuai.

🔘 Tapi sebenarnya DDA ni tak kisah mana keadaan pasaran saham bila nak masuk kerana anda akan membeli dana itu pada harga berlainan setiap bulan.

🔘 Kalau pasaran saham jatuh, anda dapat beli pada harga murah. Kalau pasaran saham naik, anda akan beli pada harga tinggi.

🔘 Lama-lama akan akan dapat harga purata dana itu. Ini dipanggil Ringgit Cost Averaging.

🔘 Eloknya anda buat DDA ni lama sikit dan tuailah bila pasaran saham dah naik bullish semula.
? - Bab 9

🔘 Anda yang payah nak terima hukum harus ASBF walaupun ASBF mungkin lebih power pulangannya.

🔘 Anda yang nak bina rizab kecemasan menggunakan dana money market.

🔘 Anda yang nak diversify duit anda selain dalam TH, bank biasa, ASB, ASBF, AHB, saham, hartanah, dan koperasi.

🔘 Anda yang nak ada a bit of portion dalam
saham Blue Chip patuh shariah USA seperti Apple, Microsoft, Amazon, Alphabet, Meta, dan sebagainya. Amarekka!

🔘 Anda yang tak ada disiplin menyimpan.

🔘 Anda yang nak sediakan tabung rumah, tabung melancong, tabung pendidikan, tabung kahwin, tabung kereta idaman, tabung umrah, dan lain-lain yang akan digunakan bukan sekarang tapi pada 2025 - 2027 dan seterusnya.

🔘 Anda yang nak tunjuk kat bank yang anda sebenarnya mampu menyimpan wang secara berdisiplin setiap bulan. Bank s**a orang macam ni. Senang nak lepas loan.

🔘 Anda yang DSR dan CCRIS koyak dan tak lepas loan ASB. Kena reject kat banker.

🔘 Anda yang tak s**a berhutang dengan bank. Stress katanya walaupun untung.

🔘 Katalah bulan tu anda tak ada duit dalam bank anda, dan syarikat unit amanah nak potong, kalau takde duit, dia tak potong.

🔘 Dan anda tak perlu qada' yang tak dipotong tu pun. Jadi anda tak akan stress sangat berbanding kalau anda hutang dengan .

- Bab 10

🔘 DDA ialah satu cara melabur yang baik sekiranya anda sanggup menunggu market jadi bullish selepas melabur lebih 3 tahun.

🔘 Dalam tempoh masa pendek, anda akan melalui satu roller coaster ride naik dan turun sampai boleh muntah.

🔘 Ketepikan emosi takut dan tamak itu. Biarkan ianya berjalan secara automatik. Market up ke down ke disiplin je beli.

🔘 Jangan takut tengok paper loss. Unit Amanah bukan game short term (less than 3 years). Paper loss tu memang fitrah dia pun.

🔘 Focus on collecting units. When your investment time horizon arrive and market pun dah bullish, tuailah untuk mencapai your financial objective, the reason kenapa anda simpan bulan-bulan ni.

🔘 Ingatlah nasihat ini, it is not how much you can make, it is how much you can save and invest.

🔘 Akhir kalam, Selamat melabur menggunakan UT DDA hari ini juga. Mahming❗





Credit to Abe Nazz

29/08/2022

Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Mulakan Dengan hanya RM100 sebulan

09/08/2022

Sesuatu yang merisaukan. Tidak mustahil ramai yang masih perlu bekerja walaupun pada usia pesaraan.

Mulakanlah simpanan anda di tempat yang boleh mengandakan wang dan kalis inflasi bagi pesaraan anda.

Di dalam unit trust anda boleh mulakan simpanan disamping pelaburan serendah RM100 sebulan sebagai simpanan paksa.

Jika berminat untuk mengetahu lebih lanjut, saya sedia membantu.

Whatsapp: https://wa.me/message/L5ERZ4AI6IOQG1

Ayuh bersama kehadapan



Bagi memastikan agen Unit Amanah anda ialah seorang agen yang berdaftar dan sah. Anda boleh membuat semakan melalui webs...
03/07/2022

Bagi memastikan agen Unit Amanah anda ialah seorang agen yang berdaftar dan sah. Anda boleh membuat semakan melalui website berikut:

https://www.fimm.com.my/search/

Federation of Investment Managers Malaysia (FIMM) adalah sebuah badan yang mengawal selia unit trust scheme (UTS) dan private retirement scheme (PRS).


Kereta tak lawa tak pa janji simpanan dalam ASB, Tabung Haji dan Unit Trust berkepuk-kepuk.Berminat untuk mulakan simpan...
23/06/2022

Kereta tak lawa tak pa janji simpanan dalam ASB, Tabung Haji dan Unit Trust berkepuk-kepuk.

Berminat untuk mulakan simpanan dalam Unit Trust saya boleh bantu.

https://wa.me/message/L5ERZ4AI6IOQG1

https://wa.me/message/L5ERZ4AI6IOQG1

https://wa.me/message/L5ERZ4AI6IOQG1

https://www.facebook.com/141231673001108/posts/1492112831246312/?d=n&mibextid=7ovdaX

Hidup Ini Bukan Satu Perlumbaan ☝🏻

Perodua Axia SE 1.0 (A) & (M). Model kereta tahun 2018. Inilah kereta yang Aku dan isteri gunakan setiap hari ke tempat kerja untuk mencari rezeki.

Sebuah kereta kecil dan comel yang jimat minyak, kos maintenance yang rendah dan roadtax setahun cuma berharga RM22.50 sahaja.

Komitmen bulanannya alhamdulillah, tidaklah terlalu membebankan.

Bergantung pada duit muka yang kita bayar sebagai pendahuluan. Komitmen bulanan Axia Aku hanya RM320 saja sebulan...Oklah kan. Takdalah struggle Aku nak bayar bulan-bulan.

Orang nak kutuk tu biasalah...Aku dah lali dengan semua tu. Lagipun, kita bukannya hidup dengan pujian dan kejian orang.

Menunjuk-nunjuk kereta kat FB dan Tik-Tok is too mainstream. Zaman sekarang, orang berjaya tak tayang kereta dah sekarang ni.

Kawan,

Belajarlah menyimpan. Fokus kumpulkan aset, bukan liabiliti. Sekarang adalah masa untuk kita banyakkan simpanan.

Belanja benda-benda yang penting sahaja. Yang tak penting tangguhkan dulu. Belajar berjimat to the maximum kata orang tua-tua.

Nasihat untuk anak muda,

▪︎ Kereta hanyalah sebuah kenderaan untuk bergerak dari point A ke point B, tak lebih dari itu...

▪︎ Jangan habiskan duit gaji pada kereta semata-mata untuk kepuasan diri dan impresskan orang sekeliling.

▪︎ Memiliki kereta mewah bukan petanda hidup anda telah berjaya.

▪︎ Jangan terikut-ikut dengan kawan. Amalkan formula setahun gaji untuk harga kereta yang sesuai dengan kita.

▪︎ Biar kereta tak lawa, janji saving dalam ASB, Tabung Haji, Unit Trust dan simpanan emas kita berkepuk-kepuk jumlahnya.

▪︎ Kereta itu hanyalah besi yang pasti akan buruk juga. Akhirat jua adalah tempat yang kekal selama-lamanya. Pastikan kita ada plan takaful untuk bekalan keluarga bila kita telah tiada.

Moga nukilan pagi ini memberi manfaat untuk semua.

Kredit : Mohd Ezairol Rezan Zainol

Address

Geliga
Kemaman
24000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dr Mohd Annas - Smart Wealth Building posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Dr Mohd Annas - Smart Wealth Building:

Share

Category