02/06/2023
RAMLEE DAN SUDARMADJI -
IBARAT ISI DAN KUKU
Sebagai seorang pengarah, P.Ramlee mula berkolobrasi dengan S.Sudarmadji dalam filem arahan pertama Ramlee iaitu PENAREK BECHA.
Sudarmadji ditugaskan sebagai penulis katabual atau dailog, dan juga sebagai Penolong Pengarah kedua disamping S.Hassan Sahab sebagai Penolong Pengarah Pertama.
Walaupun Sudarmadji seorang penulis lirik yang prolifik sebelum filem ini tetapi Ramlee masih belum lagi memberi kepercayaan kepada Sudarmadji. Lirik lagu2 filem itu ditulis oleh Jamil Sulong.
Pabila filem arahan kedua Ramlee iaitu SEMERAH PADI dimulakan, Sudarmadji tetap diberi tugas yang sama seperti filem sebelum ini.Detik permulaan gabungan Ramlee Sudarmadji bermula dengan filem PANCHA DELIMA di mana Sudarmadji diberi kepercayaan penuh sebagai Penolong Pengarah dan juga Penulis Lirik.
Mulai dari situlah Sudarmadji diheret oleh Ramlee untuk bersamanya dalam semua filem-filem arahan beliau sehingga filem TIGA ABDUL. Dan maka bermulalah era Ramlee Sudarmadji atau MajiLee dalam karya lagu-lagu ciptaan P.Ramlee.
Antara lirik paling terkenal dari Sudarmadji adalah Getaran Jiwa.
( aku juga bertuah kerana dapat menumpang sentuhan ajaib Sudarmadji dalam kesemua lagu-lagu ciptaanku untuk filem KOLEJ 56. Itu adalah lirik-lirik terakhir sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir).
fonzz