Emzoy stock and forex service

Emzoy stock and forex service I’m Mohd zamri ismail, a full time trader, graduated From UPM. CGS-CIMB itrade is my broker/platform for trading stock market.

I Post photo, video & literature on my trade daily and or when i enter the market . I provide personal coaching,Hp 0199577045

30/07/2026

Ringkasan info Laporan Siasatan Suruhanjaya Diraja ke atas Tabung Haji

1) Tabung Haji ada melakukan creative accounting untuk menutup kerugian yang sebenarnya berlaku.

Creative accounting yang dibuat dengan beberapa cara. Pertama, menggunakan kaedah Realisable Asset Value (RAV) dalam menilai aset yang dipegang TH. Dan sebahagian value tersebut diletakkan nilai tanpa mendapat pengesahan pihak valuer professional, sebaliknya hanya anggaran pihak TH.

Sebagai contoh pada tahun 2017, sejumlah RM2.294 billion yang berkaitan dengan TH Plantations dimasukkan dalam pengiraan RAV. Ia berdasarkan penilaian aset hartanah RM4.6 billion, tetapi hanya RM556 juta disokong oleh laporan penilai profesional. Baki RM4.044 billion hanya berdasarkan anggaran pengurusan.

Kesannya. Aset tu sebenarnya dah jatuh nilai, atau kerugian. Tapi masih buat macam okay atau untung.

Cara kedua, dengan mengurangkan impairment atau rosot nilai aset dengan menukar dasar pengiraan impairment. Impairment pada tahun 2017 yang pada asalnya bernilai RM1.313 billion akhirnya kurang menjadi RM1 juta.

Maka kesan semua ni adalah keuntungan yang hanya indah di atas kertas.

Dalam laporan rasmi TH pada tahun 2017, mereka melaporkan keuntungan sebanyak RM3.412 billion. Sedangkan pada tahun yang sama, TH sebenarnya rugi sebanyak RM1.433 billion.

2) Malahan bermula daripada tahun 2014, nilai aset TH tidak lagi mencukupi untuk menampung liabiliti.

2014: defisit RM352 juta
2015: defisit RM3.086 bilion
2016: defisit RM4.131 bilion
2017: defisit RM4.093 bilion

Angka di atas adalah defisit selepas pengagihan hibah.

Pada tahun 2014, TH sebenarnya masih mempunyai lebihan RM2.885 billion sebelum hibah dibayar. Pada tahun 2015, lebihan sebelum hibah hanya tinggal RM134 juta. Menjelang tahun 2016 dan 2017, nilai aset memang sudah lebih rendah daripada liabiliti sebelum hibah pun dibayar.

Apa dia liabiliti TH? Duit anda. Duit kita. Duit pendeposit. Itulah liabiliti TH yang utama.

Jadi pada masa itu, kalau semua pendeposit nak keluarkan duit daripada TH, kalau sampai TH jual semua aset diorang pun, duit tu tak akan cukup nak bayar semua duit yang kita simpan.

Bermaksud pada masa tu, TH sudah mengalami masalah kewangan yang sangat teruk.

3) Dan dalam keadaan itu pun, TH masih terus menerus memberikan hibah. Dengan berbekalkan angka-angka yang mengelirukan tersebut.

Sedangkan sepatutnya dalam keadaan itu, TH tidak dibenarkan bagi hibah.

Pada tahun 2017 contohnya, pengagihan keuntungan atau hibah berdasarkan jadual analisis PwC adalah berjumlah RM3.324 billion.

Kenapa nak sangat bagi hibah sampai buat creative accounting? Obviously kalau tak akan tambah bullet untuk pihak pembangkang.

Dah la masa tu tengah kena hentam teruk pasal GST.

4) Apa jadi dengan semua pelaburan yang rugi tu?

Kerajaan buyout. Di bawah Urusharta Jamaah Sdn Bhd. (UJSB) pada hujung 2018 dengan membuat pinjaman (sukuk)

Nilai asal sukuk adalah RM19.6 billion, dengan bayaran tunai RM300 juta. Jumlah keseluruhan adalah RM19.9 billion. Selepas sukuk matang, jumlah obligasi itu menjadi RM27.5 billion.

Kerajaan takeover semua aset yang bermasalah daripada TH pada nilai RM19.9 billion

Walaupun pada masa tu semua itu hanya bernilai RM9.729 billion.

Jadi kerajaan beli daripada TH dengan harga premium sebanyak RM10.2 billion. Dengan tanggung keseluruhan kos bernilai RM27.5 billion

5) UJSB pinjam melalui sukuk tu dengan siapa?

Daripada TH sendiri 😆

Haa kalau orang bukan dunia kewangan mesti confuse kan hahahah.

Kerajaan pinjam duit daripada TH untuk beli aset TH supaya selamatkan TH daripada masalah kewangan 🤣

Mesti macam aik. Ada pulak duit nak bagi pinjam? LoL.

Haah. Sebab bukan TH bagi pinjam kepada UJSB tu dengan bagi duit. Dia bagi dengan cara serahan atau pindahan aset.

Dan UJSB akan bayar balik dalam bentuk penebusan sukuk tu lah.

Mana UJSB dapat duit?

Daripada kerajaan.

6) Jadi pelaburan TH apa yang bawa kepada rugi besar sangat ni?

Ada banyak. Secara keseluruhan, sebanyak 106 pegangan saham syarikat, 29 hartanah dan 1 syarikat perladangan dikenal pasti sebagai aset kurang berdaya saing atau berprestasi rendah dan dipindahkan kepada UJSB.

Manakala terdapat 14 pelaburan bermasalah yang dicadangkan oleh RCI untuk diaudit secara forensik.

Antara yang besar.... (ni aku susun dari kerugian terbesar kepada yang kecil)

# # FGV Berhad

Korang boleh tengok sendiri la apa jadi dengan harga saham FGV ni.

TH tak jual-jual saham kat FGV ni walaupun dah jatuh sangat teruk. Entahlah takut nak realised loss ke atau apa.

Apabila harga saham FGV jatuh kepada RM0.885 sesaham, kerugian tidak nyata TH dah mencecah RM1.059 billion.

Purata harga kos TH bagi saham FGV sebanyak RM4.62 sesaham. Dan itulah harga yang UJSB gunakan untuk mengambil alih saham tersebut daripada TH.

Harga pasaran masa tu? Tak tahu tarikh tepat pemindahan tu berlaku. Tapi pada hujung Disember 2018, saham FGV hanya bernilai RM0.715 sesaham.

So UJSB ambil pada kira-kira 6.46 kali harga pasaran, atau sekitar 546% lebih mahal.

# # Al-Rawda

Business property dan hotel kat Arab Saudi. Syarikat tu gagal bayar sewa tertunggak sebanyak SR560.7 juta.

TH merekodkan Expected Credit Loss sebanyak RM202.8 juta dan berdepan potensi rosot nilai tambahan RM184 juta. Jumlah keseluruhan RM386.8 juta.

# # Trurich Resources Sdn Bhd

Syarikat usahasama TH dan FGV melabur kat Kalimantan, Indonesia.

Syarikat tu menjadi insolven. Keseluruhan pelaburan TH sebanyak RM364.31 juta dirosot nilai.

# # Alam Maritim Resources / TH Marine

Business service marine dan offshore oil & gas. TH labur dan bagi pinjaman dengan keseluruhan nilai RM334 juta. Tapi PwC anggarkan nilai yang masih boleh dipulihkan hanya dalam RM70.4 juta.

# # Deru Semangat Sdn Bhd

Projek ladang kelapa sawit dan tanah. Total keluar duit RM257 juta. Nilai yang tinggal RM32 juta.

# # TH Plantations Berhad

Anak syarikat TH yang uruskan business perladangan di Malaysia dan Indonesia.

Dia ada buat banyak pembelian tanah untuk aktiviti perladangan. Tapi akhirnya hanya dalam 58% ladang yang produktif. Rosot nilai di peringkat TH adalah RM170 juta.

Dah la tu kan. Malas dah nak sambung detail haha. In total ada 14 syarikat atau pelaburan yang diorang highlight untuk audit forensik dalam laporan ni iaitu:

1. PT TH Indo Plantations
2. Emrail
3. Wellspring Worldwide
4. Deru Semangat
5. Trurich Resources
6. Abraj
7. Putrajaya Perdana
8. Al-Rawda
9. Alfareeda Residential Fund
10. TH Plantations
11. TH Properties
12. Alam Maritim/TH Marine
13. TH Hotel & Residences
14. FGV

Overall, RCI menemukan salah laku perakaunan, tadbir urus, fidusiari dan pelanggaran korporat yang jelas. Tetapi bagi dakwaan rasuah, penyelewengan atau jenayah, kebanyakannya masih dalam siasatan ketika laporan disiapkan.

7) Apa yang lebih tak patut?

Dalam keadaan tengah performance teruk macam tu pun, staff TH masih mendapat bonus yang sangat tinggi.

Setinggi mana? Setinggi 13 bulan.

Walaupun pada tahun 2015 yang mana defisit aset-liabiliti naik mendadak, staff TH ada yang dapat bonus sehingga 10 bulan bonus.

8) Apa jadi dengan staff yang buat keputusan salah tu?

Ada yang pada awalnya diputuskan untuk dibuang kerja. Tetapi hukuman dikurangkan selepas rayuan.

Hukuman akhir termasuk turun pangkat, amaran keras dan penangguhan kenaikan gaji. Kesemua lima pegawai yang dikenakan tindakan tatatertib masih bekerja dalam kumpulan TH ketika laporan RCI disiapkan.

9) Ada kes rasuah tak? Atau criminal breach of trust?

Ada yang dibuat laporan polis dan menjadi kes SPRM.

# # LAPORAN POLIS

i. Penggunaan wang Yayasan Tabung Haji. Sumbangan RM22.12 juta dibuat tanpa kelulusan awal kementerian yang diperlukan. Laporan RCI tidak menyatakan penerima wang tersebut.

ii. Penjualan TH Indo Plantations. Pegangan 95% dijual kepada PT Borneo Pacific pada anggaran USD910 juta. Disyaki berlaku misrepresentation dan penyembunyian maklumat; saham dipindahkan sebelum bayaran penuh dan pembeli gagal membayar mengikut jadual.

iii. Pemerolehan tanah Trurich. Laporan kesesuaian tanah seluas 40,880 hektar didakwa dimanipulasi sehingga Trurich membeli ladang di Indonesia bernilai sekitar USD58 juta.

iv. Hibah TH 2017. Pengurusan didakwa membuat misrepresentation dalam dua kertas kerja Lembaga bagi membolehkan hibah tinggi dibayar walaupun kedudukan aset-liabiliti tidak memenuhi syarat undang-undang.

# # LAPORAN KEPADA SPRM

v. Pembelian Ladang Weida. Dakwaan rasuah dalam pembelian ladang oleh TH Plantations. Jumlah dan penerima suapan tidak dinyatakan.

vi. Restoran Opah. Dakwaan penyelewengan dan salah guna kuasa dalam penyewaan premis di KL Sentral. Nilai dan pihak yang mendapat manfaat tidak dinyatakan.

vii. Restoran Nasi Dalca. Dakwaan penyelewengan dan salah guna kuasa dalam penyewaan premis di tingkat dua ibu pejabat TH.

viii. Kerja pengubahsuaian. Bekas Ketua Pegawai Operasi TH didakwa terlibat dalam penyelewengan dan rasuah berkaitan kerja renovation. Nama dan jumlah tidak dinyatakan.

ix. Anak benih getah. Dokumen pembekalan rubber seedlings di Ladang TH-Usia Jatimas, Sandakan didakwa dipalsukan.

x. THP Bina dan THP Timur. Pegawai dua anak syarikat TH Properties dilaporkan atas dakwaan salah laku dan penyelewengan. Projek, jumlah dan nama pegawai tidak diperincikan.

Setakat laporan RCI 2022, kes 1 dan 4 telah dirujuk kepada Peguam Negara. Kes 2 dan 3 masih disiasat PDRM, manakala kes 5–10 masih disiasat SPRM.

10) Punca semua ni?

RCI mendapati semua ni berlaku sebab kelemahan lembaga dan panel pelaburan TH. Berserta dengan campur tangan serta tekanan politik. Seorang Pengerusi dan beberapa anggota Lembaga dalam tempoh 2014–2018 merupakan ahli politik.

Malahan apabila BNM memberi amaran kepada TH setiap tahun dari 2014 sampai 2017 pun, teguran itu tidak diberi perhatian atau tindakan yang sewajarnya.

BNM siap hantar surat kepada menteri agama dan perdana menteri masa tu. Masih tiada perubahan atau tindakan yang mencukupi diambil.

Sekian
Cnp dari page ilmuan bidang ekonomi

07/04/2026

Keep overhead low as long as u can
Ps: to all followers

Kwsp dividend 2025
28/02/2026

Kwsp dividend 2025

Statistic kebankrapan MalaysiaPs:0199577045
17/02/2026

Statistic kebankrapan Malaysia
Ps:0199577045

Pada yg ada melebihi 1 juta, yg sempat keluar kan pada last bulan Dec 2025 anda bernasib baik.Anda boleh keluarkan sebah...
02/01/2026

Pada yg ada melebihi 1 juta, yg sempat keluar kan pada last bulan Dec 2025 anda bernasib baik.
Anda boleh keluarkan sebahagian atau semua yg lebih dari rm1juta.
Walaubagaimanapun jika anda ada Wang melebihi rm1.1 juta selepas pengumuman dividend pada anggaran hujung Feb 2026 anda masih boleh keluar baki wang lebihan itu.
Jika anda kurang dari 1.1 juta anda x layak utk keluarkan
Ps: pesara yg berumur 55 tahun

23/12/2025

Financial
survival
Adequacy
Stability
Freedom

Senyum meleret
19/12/2025

Senyum meleret

14/10/2025

As Of 1/1/2025 kerajaan ta mim

Berhutang sebanyak :

Hutang terbahagi 2 hutang direct 64.7% iaitu bersamaan 1.3 trilion dari saiz ekonomi negara (max atau siling yg di benarkan Oleh undang adalah 65%) dan indirect hutang yg kerajaan jadi penjamin 17.2 % dari saiz ekonomi bersamaan rm338billion ; Ecrl :rm50 Billion , dana infra :rm85 Billion , ptptn :rm41billion , prasarana : rm42billion.

Maka total persen 81.9 peratus , tahun 2026 alamatnya sakit lah penduduk ta mim

Ps:Dewan rakyat

Bursa Malaysia :Agak lama simpan counter ni , semalam decide Utk jual .Broker baham rm140 komisen dia Contact 0199577045...
10/10/2025

Bursa Malaysia :
Agak lama simpan counter ni , semalam decide Utk jual .
Broker baham rm140 komisen dia
Contact 0199577045 For beginner couching

Completed transaction Lama tak jual beli sebab index not good Semalam dpt jual 1 counter dot profit sikit tapi komisen b...
02/10/2025

Completed transaction
Lama tak jual beli sebab index not good
Semalam dpt jual 1 counter dot profit sikit tapi komisen broker sapu rm83 masa jual masa beli pun dia sapu jugak
Ps: contact 0199577045

Address

Kemaman
24000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+60199577045

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Emzoy stock and forex service posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Emzoy stock and forex service:

Shortcuts

Share