30/03/2022
AKAK 100GRAM
Gais.
Hari ini, seorang suri rumah yang buat bisnes kecil-kecilan tanpa income yang tetap telah menghubungi saya.
Katanya dia nak beli 100gram emas.
Yang lawaknya adalah dialog beliau sebelum beli emas.
“Dik.. berapa harga gold bar 100g sekarang?”
“Dalam RM27,500++ macam tu kak” balas saya.
“Fuh! Mahal juga harga emas sekarang nie ye. Dulu akak beli kat awak murah lagi kan? (Merujuk kepada belian dia tahun lepas 100g).
“Mahal pun akak nak beli lah seketul 100g” cakap kakak tersebut.
“Boleh… boleh… nanti kita jumpa” balas saya.
Sejam kemudian, saya pun jumpa dia… lepas tu kitorang borak borak…
“Syukor… akak nie teringin nak bebas hutanglah… sekarang akak ada hutang rumah RM190k lebih dan hutang kereta RMxx lebih”
“Boleh tak akak simpan emas… pastu kalau harga dah naik banyak, akak jual emas dan bayar hutang?”
Saya cakap.. “ya boleh. Kalau akak ada untung bisnes, simpan sebahagian dalam bentuk emas.
Kemudian bila harga naik, akak jual emas tu dan settlekan hutang. Takde masalah”
Kalau harga emas belum naik dan akak nak pakai duit sementara, maka akak boleh gadaikan sekejap di Arrahnu” balas saya.
“ Saya ada pengalaman gadaikan 1kg emas sebab nak pakai duit (100g x 10 keping)”
“Saya juga ada pengalaman gadaikan emas sehari sahaja sebab nak pakai cash kejap” balas saya.
“Perlu ke akak tukar semua duit simpanan akak jadi emas?” Tanya akak.
“Eh.. tak perlu… akak pun kena standby cash jugak. Kot-kot ada emergency malam-malam buta” balas saya.
“Oklah… nanti harga emas naik, akak contact awak semula ya” balas akak.
“Haah.. boleh-boleh… jual ajer balik kat saya semua tu. Saya beli”. Balas saya.
“Ok, bak sini 100gram tu. Akak transfer duit sekarang” balas akak.
Lepas tu saya pun bagi 100gram BungaMas kat dia. Happy member 🥰
Gais.
Sebenarnya, saya pun terkejut dengan kemampuan akak yang buat bisnes kecil-kecilan kat rumah, tapi mampu beli 200g emas (100g tahun lepas dan 100g hari ini).
Akak nie sangat low profile.
Dia pakai beg tangan As-salihin, bukan beg tangan ribu riban masa jumpa saya (syarikat As-salihin yang buat wasiat dan perancangan harta pusaka tu) Itu pun saya rasa dia dapat beg free, sebab dia tak promote As-salihin kat saya 🤣”
Semasa kami jumpa, dia cakap yang dia mai dengan grab car ajer.
Dia sangat simple.. sangat low profile.
Tetapi emas dia beratus gram gais 🥰
Kredit : Tuan Syukor Hashim