Sertai kami – Bantuan ilkan DISEDIAKAN bagi semua ahli perniagaan kecil dan usahawan yang ingin MEMBESARKAN PERNIAGAAN MASING-MASING. Selain dari itu, semua usahawan kecil yang sedang menjalankan sebarang jenis perniagaan dari mana-mana kawasan di Malaysia. Siswazah yang sedang menjalankan perniagaan kecil-kecilan juga dialu-alukan.
• Semua Pengguna bersetuju untuk tidak : -
1. memindah, menghanta
r, mengedar, menyimpan atau memusnahkan material, termasuk tetapi tidak terhad kepada Kandungan D’Kedaiku, dengan melanggar mana-mana undang-undang atau peraturan-peraturan, termasuk tetapi tidak terhad kepada undang-undang atau peraturan-peraturan yang mengawal pengumpulan, pemprosesan, atau pemindahan maklumat peribadi, atau melanggar Polisi Privasi D’Kedaiku;
2. melanggar atau cuba untuk melanggar langkah-langkah keselamatan mana-mana Laman Web D’Kedaiku;
3. melakukan kejuruteraan songsang atau menyahkompil mana-mana bahagian daripada mana-mana Kandungan Laman Web D’Kedaiku;
4. memaparkan atau mengemukakan kepada mana-mana Laman Web D’Kedaiku maklumat yang tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan, palsu, maklumat biografi yang tidak terkini atau bukan maklumat anda sendiri;
5. memaparkan kandungan maklumat yang mengandungi akses yang terhad atau akses melalui kata laluan sahaja, atau laman atau imej yang tersembunyi;
6. mencuba untuk mengganggu perkhidmatan kepada mana-mana Pengguna, hos atau rangkaian, termasuk, tanpa terhad, melalui cara mengemukakan virus kepada mana-mana Laman Web D’Kedaiku, melakukan “overloading”, “flooding”, “spamming”, “mailbombing”, atau crashing”;
7. menggunakan Perkhidmatan D’Kedaiku untuk sebarang tujuan yang menyalahi undang-undang atau aktiviti menyalahi undang-undang, atau memapar atau mengemukakan sebarang kandungan, gambar, atau pekerjaan yang bersifat fitnah, libel, secara tersirat atau tersurat menyakitkan hati, kasar, lucah, mengancam, mengganggu, menggunakan kata-kata kesat, membencikan, berbentuk perkauman, diskriminasi, yang bersifat mengancam atau mungkin menyebabkan kegusaran, kesulitan, rasa malu, kebimbangan atau boleh menyebabkan gangguan kepada mana-mana orang atau termasuk sebarang pautan kepada mana-mana material yang lucah, tidak senonoh atau bersifat seksual yang eksplisit, sepertimana yang ditentukan dalam budibicara D’Kedaiku; atau
8. memaparkan sebarang gambar yang bukan gambar yang tulen dan yang cuba mengiklankan atau menggalakkan produk atau perkhidmatan. Jika terdapat aduan maklumat yang palsu dilaporkan boleh menyababkan anda disingkirkan dari D’kedaiku. Tempat untuk diiklan, tempat untuk share. Sekian,
Terima Kasih