24/05/2018
manfaat menjual barangan runcit
-Kedai runcit adalah perusahaan kecil yang biasanya dimiliki dan dikendalikan oleh keluarga. Mereka menawarkan keperluan asas seperti barangan kering, beras, roti, makanan dalam tin dan lain-lain. Kedai runcit selalunya terletak di lot kedai di estet perumahan dan mudah didatangi daripada kawasan perumahan yang berhampiran.
Sebelum pertengahan tahun 1990-an, kita jarang mendengar tentang Pasaraya Besar, tetapi sekarang mereka telah beradal di seluruh negara, terutamanya di kawasan pinggir bandar dan tempat-tempat dengan kepadatan penduduk yang tinggi. Pasaraya dicirikan oleh banyak kemudahan moden yang mereka tawarkan kepada pembeli, seperti troli beli-belah, kaunter imbasan keluar dan ruangan parkir yang selesa.
HARGA
-Kedai runcit: Barang-barang di kedai runcit mungkin tidak begitu kompetitif kerana mereka tidak menjangka untuk menjual dengan banyak dari segi kuantiti. Kedai runcit biasanya hanya memenuhi keperluan pengguna yang tinggal dalam jarak berhampiran. Oleh itu, ia tidak mengharapkan ramai pelanggan seperti pasaraya besar yang lain, dan dengan itu peniaga dapat menyesuaikan harga barangan dengan sewajarnya.
KEPELBAGAIN
-Kedai runcit: Kedai runcit biasanya hanya menjual keperluan asas isi rumah dan dapur, dan anda tidak akan dapat memilih pelbagai jenama berbanding dengan pasaraya. Anda juga akan mendapati bahawa sukar untuk mencari bahan makanan yang dikehendaki, terutamanya bahan makanan barat. Sesetengah kedai runcit menawarkan buah-buahan dan sayur-sayuran segar, tetapi tidak lebih daripada 10 hingga 20 jenis pada satu-satu masa (paling banyak 30), dan dalam jumlah yang sangat terhad.
PERKHIDMATAN
-Kedai Runcit: Kedai runcit sangat peribadi, dan pemilik mungkin akan mengenali nama anda jika anda biasa membeli di situ. Anda akan mendapati bahawa anda boleh berkawan dengan pengendali kedai runcit tempatan dalam masa yang singkat, dan ini membawa kepada faedah lain seperti mendapatkan diskaun sekali-sekala, atau dapat membeli secara kredit.
PROGRAM DAN KREADIT GANJARAN
-Kedai Runcit: kedai runcit biasanya tidak menawarkan program ganjaran ataupun program mata, dan kebanyakan kedai runcit tidak menerima kad kredit atau debit. Walau bagaimanapun, jika anda telah akrab dengan pemiliknya, beberapa bentuk kredit mungkin dibenarkan dan sering direkodkan dalam buku catatan 555 pemilik kedai runcit.