18/10/2022
Ape itu Contestable Period ❓❓
Jom saya share sikit info tentang contestable period yang perlu di ambil tahu oleh kesemua pemegang polisi takaful. Mana-mana polisi takaful akan ada contestable period ni. Sebab apa saya cakap macam ni? Sebab dah termaktub dalam Laws of Malaysia, Act 758, Financial Services Act 2013.
Contestable period ini adalah tempoh yang membenarkan syarikat Insurance atau takaful untuk melakukan penyiasatan lanjut ke atas claim/tuntutan yang di buat oleh peserta takaful dalam tempoh kurang dari 2 tahun dari tarikh polisi berkuat kuasa.
Jadi kat sini, sekiranya anda bertangguh untuk apply pelan takaful, awak telah bazirkan tempoh contestable period. Sebab tu saya selalu cakap, APPLY AWAL. Sebab tak nak bazirkan period tu.
Antara penyakit yang biasa ditolak dan perlu siasatan tarikh sakit yang sebenar-benarnya ialah:
1. Masalah Jantung
2. Diabetis
3. Hypertension
4. Cyst dan sewaktu dengannya
5. ENT (ear, nose, throat)
6. Dan lain-lain penyakit yang ada tempoh perkembangan sebelum jadi sakit tersebut BURST
Kenapa boleh dicontest sebab penyakit kategori ini selalunya bukan penyakit yang berlaku 24jam.
Sejarahnya memang ramai yang mula mencari pelan takaful bila disahkan berpenyakit sekian-sekian. Jadi masa tu, even kami sebagai Penasihat Takaful pun tak boleh nak buat apa. Sebab kebanyakan syarikat takaful akan tolak permohonan takaful masa tu. Kalau ada pun yang terima, mungkin penyakit yang dah disahkan tu tak akan dilindungi lagi.
Perlu diingatkan takaful bukan tempat untuk orang sakit tukar duit kecil jadi duit besar. Maksudnya di sini, bayar medical card RM100, terus nak guna esok untuk operate jantung RM100,000. Tidak ye rakan-rakan sekalian.
Sebab itu takaful TAK COVER penyakit sedia ada. Dan sebab tu jugak lah saya biasa tegaskan, apply awal 🤗🤗
Semoga bermanfaat 😊😊