Ayuh Renew.my

Ayuh Renew.my ALATLAS ENTERPRISE (TR0227723-U)
Ayuh Renew.my diperkenalkan bagi mempermudahkan anda untuk memperbaharui insurans kereta dan motorsikal dengan sekelip mata.

Boleh hubungi kami seperti tertera untuk mengetahui lebih lanjut!

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia memperkenalkan rekaan illustrasi terbaharu Lesen Memandu Malaysia (LMM) yang d...
22/05/2025

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia memperkenalkan rekaan illustrasi terbaharu Lesen Memandu Malaysia (LMM) yang dilengkapi dengan ciri keselamatan yang dipertingkatkan.

EXCESS UNTUK SEMUA CLAIMDalam insurans kenderaan, ada satu istilah yang selalu orang terlepas pandang  nama dia excess.S...
24/04/2025

EXCESS UNTUK SEMUA CLAIM

Dalam insurans kenderaan, ada satu istilah yang selalu orang terlepas pandang nama dia excess.

Senang cerita, excess ni macam penalti atau bayaran tambahan yang kena bayar bila kita buat tuntutan (claim). Kalau terlibat dalam kemalangan dan kita nak claim insurans, lepas kereta siap dibaiki, kita kena bayar jumlah excess yang dah ditetapkan dalam polisi.

Tak kisah la kita yang salah atau orang lain yang langgar kita, kalau nak claim, memang kena bayar juga excess tu. Biasanya kita akan perasan masa nak ambil kereta dari bengkel tiba-tiba kena bayar, baru tahu ada excess dalam polisi.

Semua kereta kena excess ke?
Tak semua, tapi kereta yang "panas", maksudnya yang senang kena curi atau selalu jadi target macam Vellfire, Alphard, Hilux, Triton, kereta sport ni antara yang berkemungkinan besar dikenakan excess. Tapi tak semua syarikat insurans buat macam tu ada yang lebih fleksibel.

Selain tu, kenderaan komersial macam lori permit A & C, atau kenderaan untuk bisnes (yang risiko tinggi nak eksiden), memang confirm akan ada excess. Motor kecil pun biasanya ada excess tetap RM100.

Kalau client minta quotation untuk kenderaan yang kategori "panas" ni, kami akan cuba cari syarikat yang tak letak excess. Kalau ada pun, kami akan maklum awal-awal, supaya nanti bila nak claim tak adalah terkejut kena bayar lebih.

Hubungi Kami segera untuk quotation harga secara percuma!

๐’๐€๐‹๐€๐Œ ๐๐”๐™๐”๐‹ ๐๐”๐‘๐€๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ5 | ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’6๐‡โ€œBacalah Al-Quran kerana sesungguhnya Al-Quran itu akan datang pada hari kiamat sebagai pe...
18/03/2025

๐’๐€๐‹๐€๐Œ ๐๐”๐™๐”๐‹ ๐๐”๐‘๐€๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ5 | ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’6๐‡

โ€œBacalah Al-Quran kerana sesungguhnya Al-Quran itu akan datang pada hari kiamat sebagai pemberi syafaat kepada para pembacanyaโ€.
[HR. Muslim (804)]

Salam Nuzul Al-Quran.
Sama-sama kita memperingati dan menghayati peristiwa Nuzul al-Quran iaitu hari kitab suci Al-Quran diturunkan kepada umat manusia.

Selamat Menyambut Nuzul Al-Quran buat seluruh umat Islam

LARANGAN PEMANDUAN KENDERAAN BARANGAN (ROAD BAN) SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI 2025Tarikh Larangan Sebelum : 29 & 30 Mac ...
11/03/2025

LARANGAN PEMANDUAN KENDERAAN BARANGAN (ROAD BAN) SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI 2025
Tarikh Larangan
Sebelum : 29 & 30 Mac 2025
Selepas : 5 & 6 April 2025

SUMBER: FB JPJ

Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak 1446HSelamat berpuasa, semoga Ramadan kali ini menjadi medan untuk kita mendekatkan...
01/03/2025

Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak 1446H

Selamat berpuasa, semoga Ramadan kali ini menjadi medan untuk kita mendekatkan diri kepada Allah SWT dan meraih keredhaan-Nya.

Sempena Ramadhan tahun ini, saya dengan rendah diri memohon ampun๐Ÿ™dan maaf di atas kesalahan yang sengaja mahupun tidak sengaja. Semoga kita semua mendapat keberkatan dan barakah dariNYA ๐Ÿคฒ
*ุฑูŽู…ูŽุถูŽุงู†ู ูƒูŽุฑููŠู…ูŒ ูˆูŽูƒูู„ูู‘ ุนูŽุงู…ู ูˆูŽุงูŽู”ู†ู’ุชูู…ู’ ุจูุฎูŽูŠู’ุฑู*๐ŸŒ™โœจ

SELAMAT TAHUN BAHARU CINA 2025Tahun Ular sinonim dengan bijaksana, berfikiran secara mendalam, pandai, lojik, praktikal,...
29/01/2025

SELAMAT TAHUN BAHARU CINA 2025
Tahun Ular sinonim dengan bijaksana, berfikiran secara mendalam, pandai, lojik, praktikal, cerdas, kreatif, belas kasihan, berwaspada. Semoga tahun ular ini memberi makna dan semangat baharu kepada mereka yang meraikannya.

Selamat Tahun Baharu Cina kepada seluruh rakyat Malaysia yang meraikannya. Mudah-mudahan perayaan ini memberi satu lembaran kepada kebahagian dan rezeki yang bertambah.

Gong xi fa cai!
ๆญๅ–œๅ‘่ดข
Xin nian kuai le!
ๆ–ฐๅนดๅฟซไน

&roadtax

Israk dan Mikraj merupakan sebuah perjalanan rohaniah yang monumental dan titik penting dalam garis masa sejarah Islam y...
27/01/2025

Israk dan Mikraj merupakan sebuah perjalanan rohaniah yang monumental dan titik penting dalam garis masa sejarah Islam yang memperlihatkan mukjizat agung kurniaan Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW.

Meyakininya ialah lonjakan spiritual yang sangat bermakna sebagai seorang Muslim. Justeru itu, marilah kita bersama memperingati dan memanfaatkan hari bersejarah ini dengan menginsafi kekuasaan Allah SWT Yang Maha Esa, memperbaharui tekad agar lebih berdaya dan beribadah kepada-Nya.

Salam Israk Mikraj kepada semua umat Islam.

HEBAHAN: OP SELAMAT 23 SEMPENA TAHUN BARU CINA 2025OP Selamat 23 sempena Tahun Baru Cina 2025 akan bermula dari 28 Janua...
19/01/2025

HEBAHAN: OP SELAMAT 23 SEMPENA TAHUN BARU CINA 2025

OP Selamat 23 sempena Tahun Baru Cina 2025 akan bermula dari 28 Januari 2025 (Selasa) sehingga 2 Februari 2025 (Ahad), Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) akan menumpukan perhatian khusus kepada enam kesalahan trafik utama yang telah dikenal pasti menjadi penyumbang kepada kemalangan jalan raya sepanjang musim perayaan.
Enam kesalahan trafik utama yang menjadi fokus utama PDRM ialah:

i. Memandu melebihi had laju,
ii. Memandu di lorong kecemasan,
iii. Memotong di garisan berkembar,
iv. Memotong barisan 'Q',
v. Tidak mematuhi lampu isyarat, dan
vi. Menggunakan alat komunikasi semasa memandu.

Semua pengguna jalan raya diminta untuk mematuhi peraturan dan undang-undang demi menjamin keselamatan bersama.

Kamera AES (Automated Enforcement System) di Malaysia telah mengalami perubahan signifikan sejak beberapa tahun kebelaka...
05/01/2025

Kamera AES (Automated Enforcement System) di Malaysia telah mengalami perubahan signifikan sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Banyak kamera AES yang lama telah digantikan dengan sistem AWAS (Automated Awareness Safety System) yang lebih canggih. Sama seperti AES (mengesan had laju dan lampu isyarat merah), tetapi dengan tambahan kesan terhadap mata demerit. Pesalah yang sering mengulangi kesalahan boleh menghadapi tindakan seperti penggantungan atau pembatalan lesen memandu.. Langkah ini diambil oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana kamera AES sebelumnya mengalami kerosakan dan kekurangan sokongan daripada pengeluar asal.

Kamera AWAS yang baru ini mempunyai reka bentuk yang lebih moden dan berfungsi untuk meningkatkan pemantauan serta penguatkuasaan lalu lintas di Malaysia. Sebagai contoh, kamera AWAS yang dipasang di Lebuhraya Utara-Selatan (NKVE) kelihatan seperti tiang hitam biasa, menjadikannya sukar dikesan oleh pengguna jalan raya.

Selain itu, kerajaan telah merancang untuk menambah lebih banyak kamera AWAS di lokasi-lokasi strategik bagi meningkatkan keselamatan jalan raya. Pada 6 Jun 2023, kerajaan bercadang untuk menambah beberapa lagi kamera AWAS di beberapa kawasan tertentu, berdasarkan kajian yang menunjukkan tahap pematuhan pengguna jalan raya terhadap peraturan had laju dan isyarat lalu lintas di lokasi kamera mencecah 99 peratus.

Oleh itu, kamera AES yang lama telah digantikan dengan kamera AWAS yang lebih maju, dan sistem ini terus beroperasi untuk memastikan keselamatan pengguna jalan raya di Malaysia.

Berita baik untuk rakyat Malaysia! Bermula 3 Januari 2025, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menawarkan diskaun seba...
05/01/2025

Berita baik untuk rakyat Malaysia! Bermula 3 Januari 2025, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menawarkan diskaun sebanyak 50% bagi pembayaran saman. Menurut kenyataan rasmi JPJ, inisiatif ini diadakan sempena pelancaran fungsi baharu pembayaran saman melalui aplikasi MyJPJ.

Tawaran pengurangan saman ini akan berlangsung sehingga 30 Jun 2025. Berikut adalah maklumat lanjut mengenai diskaun 50% saman JPJ tahun 2025.

MAKLUMAN:
21/11/2024

MAKLUMAN:

Setelah hampir satu tahun pelaksanaan lesen dan cukai jalan digital,  Kementerian Pengangkutan (MOT) akan mengumumkan sa...
21/11/2024

Setelah hampir satu tahun pelaksanaan lesen dan cukai jalan digital, Kementerian Pengangkutan (MOT) akan mengumumkan satu inisiatif baharu tahun depan yang menawarkan pilihan kepada orang ramai sekiranya ingin mencetak cukai jalan dan lesen memandu secara fizikal seperti sebelum ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata perkara itu diputuskan selepas mendapati masih ada segelintir pihak mahukan kedua-dua butiran itu dicetak secara fizikal.

Address

GUNA, MDB. 2004 MEDAN PELBAGAI
Kampong Pengkalan Nyireh
22200

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 01:45
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+60146309727

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ayuh Renew.my posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Ayuh Renew.my:

Share