06/04/2022
Assalamualaikum wbt
Tetapkan matlamat anda dan saya akan membantu untuk mencapai matlamat kewangan anda.
Berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang PMB Investment pelaburan patuh shariah.
Siti Hidayah Othman
Agency Consultant
4582
Klang/ Shah Alam / Seremban
www.wasap.my/601110196162/pmbinvestment
Dah pergi ke bazar Ramadan?
Jika belum, tahniah diucapkan. Tetapi jika ya, semoga kekal tabah dan cekal melihat duit mengucapkan selamat tinggal kepada dompet anda.
Kalau anda masih ingat pada tahun 90an dahulu, sebiji karipap hanya dijual dengan harga sekitar 30 - 40 sen dan kebiasaannya peniaga akan menjual 3 biji karipap dengan harga RM1 (dahlah murah, padu dan padat dengan bahan lagi!). Namun, zaman semakin mencabar ketika ini dimana sebiji karipap inti ciput dan penuh oksigen dijual dengan harga 50 sen - RM1 sebiji. Malah jangan terkejut jika anda ternampak tanda harga RM5 hanya untuk 4 biji karipap sahaja.
Gambaran di atas adalah contoh jelas bagaimana inflasi memberi impak kepada kita semua, tidak kira sama ada sebagai pengguna ataupun penjual. Inflasi disini membawa maksud kenaikan harga paras umum atau definisi mudahnya, berlaku peningkatan pada harga barang dan perkhidmatan. Apabila inflasi berlaku, barangan yang dapat dibeli oleh setiap ringgit juga akan berkurangan dan nilai mata wang susut berbanding sebelum berlakunya inflasi.
Inflasi diukur berdasarkan petunjuk Indeks Harga Pengguna (IHP) dengan melihat perubahan harga bulanan setiap produk atau perkhidmatan yang ditawarkan kepada kita. Berdasarkan kenyataan media Jabatan Perangkaan Malaysia bertarikh 24 Februari 2022, IHP Januari 2022 meningkat 2.3% kepada 124.9 berbanding 122.1 pada bulan yang sama tahun sebelumnya. Kenaikan ini telah melepasi purata inflasi bagi tempoh 2011 hingga Januari 2022 (1.9%).
Membuat pelaburan merupakan salah satu alternatif yang berpotensi mengatasi masalah inflasi ini kerana objektif utamanya adalah untuk memberi potensi mengembangkan pendapatan sedia ada anda, yang secara tidak langsung turut akan meningkatkan kuasa membeli anda.
Tetapi perlu diingat, pulangan nilai diterima hasil daripada pelaburan harus lebih tinggi daripada nilai inflasi. Contohnya, jika kadar inflasi negara ketika ini adalah pada tahap 2.3% maka kita dianggap berjaya mengatasi inflasi jika pulangan yang diperoleh melebihi 2.3%.
PM sahaja mana-mana konsultan kami atau layari laman web kami untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai pelaburan unit amanah patuh syariah kami dan bagaimana ianya boleh membantu anda menghadapi inflasi.