Saiful Saidi

Saiful Saidi Ingin berkongsi dengan kalian betapa indahnya hidup bertakaful

02/08/2024

Sy guna Facebook Mohd Saiful Abdullah Saidi stop yang ni, maaf.

25/05/2024
11/02/2024

๐†๐š๐ฃ๐ข ๐๐š๐ข๐ค ๐Ÿ“% ๐ฏ๐ฌ ๐‡๐š๐ซ๐ ๐š ๐๐š๐ซ๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐๐š๐ข๐ค ๐Ÿ๐ŸŽ%. ๐ƒ๐š๐ฉ๐š๐ญ๐ค๐š๐ง ๐๐ž๐ง๐๐š๐ฉ๐š๐ญ๐š๐ง ๐“๐š๐ฆ๐›๐š๐ก๐š๐ง ๐‘๐Œ๐Ÿ’,๐ŸŽ๐ŸŽ๐ŸŽ + ๐Š๐จ๐ฆ๐ข๐ฌ๐ž๐ง ๐’๐ž๐›๐ฎ๐ฅ๐š๐ง

Kenapa bila gaji naik, tapi kita tetap merasakan macam takde lebihan duit?

Ada banyak faktor yang mempengaruhi keadaan ini dan antaranya ialah apabila kenaikan harga barangan meningkat melebihi kadar kenaikan gaji.

Azman bekerja di sebuah syarikat sebagai seorang Pengurus dan berpendapatan RM8,000 sebulan.

Azman menerima surat kenaikan gaji daripada majikannya yang menyatakan gaji beliau dinaikkan sebanyak 5%. Ini bermakna, gaji Azman kini adalah RM8,400 sebulan iaitu kenaikan sebanyak RM400 sebulan.

Azman membelanjakan sebanyak RM2,000 sebulan untuk membeli barangan dapur dan keperluan asas keluarganya. Dengan kenaikan harga barangan sebanyak 20%, bermakna Azman kini perlu membelanjakan sebanyak RM2,400 bagi tujuan tersebut.

Dengan kata lain, kenaikan gaji Azman tidaklah bermakna beliau mempunyai lebihan pendapatan setiap bulan walaupun itu sepatutnya yang berlaku tetapi ia sekadar cukup untuk menampung kenaikan perbelanjaan beliau untuk barangan dapur dan keperluan asas keluarganya.

Bagaimana p**a bagi mereka yang menerima kenaikan gaji yang lebih rendah, contohnya sekitar 2%-3%?

Ini adalah situasi ramai orang dan hakikatnya apabila ini berlaku, mereka semua ada dua pilihan iaitu samada mengurangkan perbelanjaan ataupun meningkatkan pendapatan. Bagi mereka yang bergaji tetap, sukar untuk mereka menambah pendapatan kerana kenaikan gaji berlaku hanya setahun sekali.

Bagi mereka yang mengalami situasi tersebut dan ingin menambah pendapatan melebihi kadar kenaikan harga barangan, kini Great Eastern Takaful Berhad ada menyediakan penyelesaiannya.

Sertai saya sekarang juga untuk mendapatkan pendapatan tambahan bermula dari RM4,000 sebulan + komisen + kenaikan di antara 6% -18% setiap bulan.

Tawaran hanya sah sehingga 29 Feb 2024 sahaja.

WhatsApp saya sekarang di 013-4936141.

02/02/2024

Great article shared by mStar.

Masih ramai yang masih beranggapan, apabila telah meletak nama pasangan sebagai penama KWSP, berhak 100% ke atas duit KWSP yang ditinggalkan.

Bukan ye!

Penama hanya pemegang amanah dan hendaklah membahagikan wang KWSP (peninggalan si mati) mengikut faraid.

Boleh baca article di bawah ๐Ÿ‘‡๐Ÿฝ.

Sekiranya wang KWSP kita melebihi sejuta, wang selebihnya itu sebenarnya boleh kita keluarkan dan diletakkan dalam option lain. Di GETB, kami menyediakan akaun Prestij, di mana wang tersebut boleh DIHIBAHKAN 100%.

Nak tahu bagaimana? Jom kita mengopi.

Dalam hidup, kita ada pilihan. Dalam hidup juga, ada perkara yang boleh kita kawal dan ada juga perkara yang tak boleh k...
26/01/2024

Dalam hidup, kita ada pilihan. Dalam hidup juga, ada perkara yang boleh kita kawal dan ada juga perkara yang tak boleh kita kawal.

Dulu masa saya kerja makan gaji, memang ada pekerja-pekerja yang merungut tidak dapat naik pangkat, tidak dapat bonus yang tinggi dan sebagainya. Segala kesalahan diletakkan kepada boss mereka. Saya katakan kepada mereka, mereka ini ada pilihan. Apa yang boss mereka putuskan adalah diluar kawalan mereka. Apa yang di dalam kawalan mereka adalah kebolehan untuk membuat pilihan dan mengambil tindakan.

Jika boss mereka membuatkan mereka tidak gembira, membuatkan mereka tidak boleh mencapai cita-cita mereka, mereka ini ada pilihan untuk berhijrah ke syarikat lain bagi mencapai cita-cita mereka. Tetapi biasanya mereka ini memilih untuk terus bekerja di syarikat yang sama dan boss yang sama dan terus merungut menyalahkan boss mereka.

Di takaful pun sama juga. Ada ejen-ejen yang komplen tentang leaders mereka, tentang agensi mereka. Leaders tak buat itu, leaders tak buat ini. Agensi tak buat itu, agensi tak buat ini.

Saya tanya, โ€œso, apa yang awak buatโ€? Dia tak boleh jawab.

Hakikatnya, boss, majikan, leaders, agensi hanya menyumbang 10%-20% sahaja kepada kejayaan atau kegagalan kita. Baki 80%-90% kejayaan atau kegagalan kita itu disumbangkan oleh kita sendiri.

Sebab itu, di mana-mana agensi sekalipun, ada yang berjaya dan ada juga yang tidak berjaya. Jika hendak disalahkan leaders dan agensi semata-mata, mengapa ada yang boleh berjaya?

Kalau hendak berjaya, tanya diri kita, apa perlu aku buat untuk berjaya dan bukannya apa yang agensi aku patut buat untuk aku berjaya.

Mungkin ada satu dua agensi dan leaders yang tidak berfungsi seperti yang sepatutnya mereka berfungsi namun ia bukan sebab kita perlu gagal.

Ada orang yang dilahirkan dalam keluarga miskin dan serba kekurangan dalam pembelajaran dan mereka berjaya dalam hidup dan ada juga orang yang dilahirkan dalam keluarga yang kaya dan mempunyai akses kepada peluang pembelajaran yang terbaik namun mereka gagal dalam hidup.

Saiful Saidi
Unit Manager
Thrive Legacy Group
26 Jan 2024

Malam tadi, kami belajar tentang pentingnya analogi dalam memberi sesuatu penerangan.Kebetulan pagi semalam, saya ada me...
23/01/2024

Malam tadi, kami belajar tentang pentingnya analogi dalam memberi sesuatu penerangan.

Kebetulan pagi semalam, saya ada memberi 2 analogi berkaitan dengan takaful, maka saya kongsikan semasa training malam semalam.

๐—”๐—ป๐—ฎ๐—น๐—ผ๐—ด๐—ถ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ฎ๐—บ๐—ฎ

Apa perbezaan di antara insuran dan takaful. Jika saya terangkan secara teknikal, ia lebih sukar difaham. Maka saya menggunakan analogi ayam sembelih dan ayam tak sembelih. Sama tapi tak serupa.

Ayam sembelih dan ayam tak sembelih, jika di masak dan dihidangkan, rasanya sama sahaja. Namun dari segi hukum, ia berbeza. Yang disembelih itu halal dimakan dan yang tidak disembelih itu haram dimakan oleh orang Islam. Ia nampak sama tapi tak serupa. Maka takaful itu diibaratkan seperti ayam sembelih dan insuran itu diibaratkan sebagai ayam tak sembelih.

๐—”๐—ป๐—ฎ๐—น๐—ผ๐—ด๐—ถ ๐—ž๐—ฒ๐—ฑ๐˜‚๐—ฎ

Ada yang mengatakan takaful tu sebab bunyi arab dan lebih islamik, padahal takde beza pun dengan insuran.

Ia ibarat perkahwinan. Yang menjadikan hubungan itu halal adalah apabila adanya aqad dalam pernikahan. Perkahwinan yang tanpa aqad nikah, maka hubungan yang terhasil itu adalah hubungan terlarang maka akan berlaku zina. Begitulah dalam takaful, aqad yang ada dalam takaful itu menjadikan ia patuh syariah dan yang menjadikan insuran itu haram kerana tiadanya aqad.

******************
Analogi hanyalah satu perbandingan mudah dan ringkas untuk menerangkan sesuatu tetapi ia bukan penerangan yang lengkap untuk sesuatu perkara.

๐…๐Ž๐Š๐”๐’โ€ฆ๐Œ๐”๐ƒ๐€๐‡ ๐ƒ๐ˆ๐’๐„๐๐”๐“ ๐“๐€๐๐ˆ ๐’๐”๐Š๐€๐‘ ๐”๐๐“๐”๐Š ๐Œ๐„๐‹๐€๐Š๐”๐Š๐€๐๐๐˜๐€ Antara perkara yang penting tetapi sukar diamalkan ialah fokus. Nak kh...
16/01/2024

๐…๐Ž๐Š๐”๐’โ€ฆ๐Œ๐”๐ƒ๐€๐‡ ๐ƒ๐ˆ๐’๐„๐๐”๐“ ๐“๐€๐๐ˆ ๐’๐”๐Š๐€๐‘ ๐”๐๐“๐”๐Š ๐Œ๐„๐‹๐€๐Š๐”๐Š๐€๐๐๐˜๐€

Antara perkara yang penting tetapi sukar diamalkan ialah fokus. Nak khusyuโ€™ dalam solat, kena fokus tapi hakikatnya masa solat tu la macam-macam benda yang kita fikir.

Fokus ni memerlukan latihan sebenarnya dan kita perlu melakukannya secara sedar, maknanya kita kena sentiasa ingatkan diri kita untuk fokus.

Ambil contoh kalau kita mencari parkir kosong di pusat beli belah. Bila masuk je kawasan parkir, mata kita secara automatik akan fokus mencari ruang parkir yang kosong. Jika ditanya ada berapa kereta berwarna biru sepanjang kita mencari ruang parkir yang kosong, kita tidak boleh menjawab kerana fokus kita adalah mencari ruang parkir yang kosong.

Tetapi jika dari awal kita disuruh untuk menghitung kereta yang berwarna biru, maka fokus kita adalah mencari kereta yang berwarna biru sehingga kita mungkin terlepas pandang ruang-ruang parkir yang kosong.

Pemain bola, fokus mereka adalah menjaringkan gol. Mereka tahu di mana gol lawan, maka apabila mereka menguasai bola, mereka akan berusaha membawa bola hingga ke gol lawan walaupun adakalanya mereka terpaksa berpatah balik ke kawasan mereka, tetapi hakikatnya mereka sedang dalam usaha untuk ke gol pihak lawan kerana di situlah fokus mereka.

Begitu lah apabila kita fokus kepada sesuatu. Kita hanya akan nampak perkara yang kita fokuskan sahaja.

Visualisation adalah satu teknik yang boleh membantu kita untuk lebih fokus terhadap sesuatu perkara. Visualisation adalah keadaan di mana kita sentiasa membayangkan perkara tersebut dalam hidup kita dan ia membantu kita untuk lebih fokus.

Andaikan kita berimpian untuk menunaikan ibadah umrah sekeluarga. Maka halakan perhatian kita kepada umrah, fokus kepada apa yang kita ingin capai, dan sama seperti pemain bola, apapun yang kita buat, ia adalah untuk membawa kita kepada matlamat kita iaitu umrah.

Kepada ejen takaful, fokus adalah salah satu perkara penting yang anda wajib ada untuk berjaya. Saya belum jumpa lagi ejen takaful yang tak fokus dan berjaya. Jika anda sasarkan untuk buat 30,000 ANC sebulan, fokus lah kepada angka tersebut. Maka anda akan dapati anda akan kurang melakukan perkara-perkara yang tidak boleh membawa anda kepada angka 30,000 ANC itu.

Saiful Saidi
Unit Manager
16 Jan 2024

๐Ÿ“ ๐’๐ž๐›๐š๐› ๐Š๐ž๐ง๐š๐ฉ๐š ๐“๐š๐ค๐š๐Ÿ๐ฎ๐ฅ ๐”๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐–๐š๐ง๐ข๐ญ๐š ๐‹๐ž๐›๐ข๐ก ๐Œ๐š๐ก๐š๐ฅApabila berhadapan dengan pelbagai ragam klien, ada yang bising dan marah...
11/01/2024

๐Ÿ“ ๐’๐ž๐›๐š๐› ๐Š๐ž๐ง๐š๐ฉ๐š ๐“๐š๐ค๐š๐Ÿ๐ฎ๐ฅ ๐”๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐–๐š๐ง๐ข๐ญ๐š ๐‹๐ž๐›๐ข๐ก ๐Œ๐š๐ก๐š๐ฅ

Apabila berhadapan dengan pelbagai ragam klien, ada yang bising dan marah-marah kepada ejen kenapa produk takaful wanita lebih mahal berbanding lelaki.

Rileks, benda ni bersebab. Wanita yang berusia 30-an dan ke atas lebih berisiko tinggi menghidapi pelbagai penyakit.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi pendedahan kepada semua wanita mengenai penting menjalani kehidupan sihat. Ini merujuk kepada kajian pertubuhan berkenaan yang melaporkan beberapa isu utama berkaitan kesihatan golongan wanita

Kita ambil satu saja iaitu penyakit.
1. Kanser
Statistik global menunjukkan hampir setengah juta wanita maut akibat kanser serviks, manakala setengah juta lagi maut akibat kanser akibat kanser payudara. Mengikut pihak WHO, 1 daripada 6 orang meninggal akibat daripada kanser:

Paru-paru (2.09 juta kes)
Payudara (2.09 juta kes)
Usus (1.80 juta kes)
Prostat (1.28 juta kes)
Kanser kulit (non-melanoma) (1.04 juta kes)
Perut (1.03 juta kes)

Faktor lain yang menyebabkan takaful wanita lebih mahal adalah:

2. Umur
Semakin meningkat umur seorang wanita, semakin mereka terdedah dengan pelbagai penyakit. Ya, beruntung juga bagi wanita bekerja yang dapat perlindungan takaful dari syarikat namun, syarikat tidak akan sayang anda jika anda menghidapi penyakit atau masalah keluarga yang lain.

Maka, penting juga wanita memiliki takaful perubatan sendiri sementara masih muda. Seeloknya sebelum usia 30.

3. Jenis Pekerjaan
Jenis pekerjaan yang terdedah kepada kemalangan juga mencarum lebih sedikit berbanding kerja kurang berisiko. Kerja seperti polis, tentera, di lokasi pembinaan, pelantar minyak dan juga pemandu.

4. Penyakit Sedia Ada
Sebab itu apabila ingin memohon takaful, ejen akan meminta berat badan dan ukuran tinggi kerana jika BMI anda melebihi tahap normal, pihak takaful berhak menolak permohonan anda kerana risiko bagi mereka yang melebihi berat badan adalah tinggi untuk mendapat penyakit.

Penyakit sedia ada tidak akan ditanggung pihak takaful atau penyakit yang akan terjadi berkaitan dengan penyakit sedia ada juga kemungkinan besar takaful tidak akan tanggung.

5. Gaya Hidup

Jika wanita merokok dan meminum alkohol juga mempengaruhi bayaran takaful yang lebih tinggi.

Semua operator takaful mensyaratkan tempoh menunggu selama 120 hari sebelum layak untuk terima kemudahan takaful.

Bagi kemalangan serta merta pihak takaful akan tanggung selepas polisi anda lulus (inforce).

Perlu diingatkan juga bagi pemegang kad perubatan standalone, jangan sesekali tidak bayar dan missed out payment sebulan, kerana ia boleh lapsed dan ia menyukarkan diri anda sendiri. Bila dah lapsed dan katakan anda sambung bayar, maka polisi tadi akan bermula baru dan perlu tunggu semula 120 hari.

Apabila sudah mula mencarum, ia adalah komitmen jangka panjang sehingga umur 60 tahun atau 80 tahun. Jika pada usia 27 tahun sudah mencarum RM180 setahun, ia boleh kekal sama (bergantung kepada polisi syarikat takaful masing-masing) sampai usia tua.

Bayangkan pada usia 55 tahun baru nak ambil, berapa yang perlu dibayar?

Ia boleh mencecah RM600-RM700 sebulan! Di mana pada usia persaraan itu kita boleh fokus beribadah dan lebih banyak berehat.

Alternatif lain, hospital kerajaan adalah pilihan lain yang ada tetapi mohon jangan kecam pihak mereka kerana ramai yang perlu menunggu untuk dapatkan rawatan.

Pilihan di tangan masing-masing. Kita hanya berdoa dan berusaha dan selebihnya tawakal dengan apa yang terjadi.

Wanita, wujudkan sendiri perlindungan diri kerana peranan anda besar dalam institusi kekeluargaan, pekerjaan, komuniti dan masyarakat.

๐ด๐‘Ÿ๐‘ก๐‘–๐‘˜๐‘’๐‘™ ๐‘‘๐‘–๐‘ก๐‘ข๐‘™๐‘–๐‘  ๐‘œ๐‘™๐‘’โ„Ž ๐‘ƒ๐‘ข๐‘Ž๐‘› ๐‘†๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘Žโ„Ž ๐ป๐‘Ž๐‘ก๐‘Ž, ๐‘ ๐‘’๐‘œ๐‘Ÿ๐‘Ž๐‘›๐‘” ๐‘˜๐‘œ๐‘›๐‘ ๐‘ข๐‘™๐‘ก๐‘Ž๐‘› ๐‘˜๐‘’๐‘ค๐‘Ž๐‘›๐‘”๐‘Ž๐‘› ๐‘‘๐‘– ๐‘ ๐‘’๐‘๐‘ข๐‘Žโ„Ž ๐‘–๐‘›๐‘ ๐‘ก๐‘–๐‘ก๐‘ข๐‘ ๐‘– ๐‘˜๐‘’๐‘ค๐‘Ž๐‘›๐‘”๐‘Ž๐‘› ๐‘‘๐‘– ๐‘€๐‘Ž๐‘™๐‘Ž๐‘ฆ๐‘ ๐‘–๐‘Ž ๐‘‘๐‘Ž๐‘› ๐‘—๐‘ข๐‘”๐‘Ž ๐‘๐‘’๐‘Ÿ๐‘ข๐‘›๐‘‘๐‘–๐‘›๐‘” ๐‘–๐‘š๐‘’๐‘—. ๐‘€๐‘’๐‘š๐‘๐‘ข๐‘›๐‘ฆ๐‘Ž๐‘– ๐‘๐‘’๐‘›๐‘”๐‘Ž๐‘™๐‘Ž๐‘š๐‘Ž๐‘› ๐‘š๐‘’๐‘›๐‘ข๐‘™๐‘–๐‘ , ๐‘š๐‘’๐‘š๐‘๐‘’๐‘Ÿ๐‘– ๐‘๐‘’๐‘Ÿ๐‘Ž๐‘š๐‘Žโ„Ž ๐‘‘๐‘– ๐‘๐‘’๐‘๐‘’๐‘Ÿ๐‘Ž๐‘๐‘Ž ๐‘ ๐‘ฆ๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘–๐‘˜๐‘Ž๐‘ก ๐‘ ๐‘’๐‘™๐‘ข๐‘Ÿ๐‘ขโ„Ž ๐‘€๐‘Ž๐‘™๐‘Ž๐‘ฆ๐‘ ๐‘–๐‘Ž ๐‘‘๐‘Ž๐‘› ๐‘—๐‘ข๐‘”๐‘Ž ๐‘˜๐‘™๐‘–๐‘’๐‘› ๐‘–๐‘›๐‘‘๐‘–๐‘ฃ๐‘–๐‘‘๐‘ข.

Nak tahu lebih lanjut mengenai hibah dan takaful:-

Saiful Saidi
๐Ÿ“ฒ 013 493 6141
Bukan Ejen Biasaยฒ

08/01/2024

Sewaktu usia 30an, saya pernah beranggapan tak perlu ada medical card. Bila masuki usia 40an, ramai yang approach saya nak ambik medical card tapi sudah ada penyakit yang tak mungkin akan approve application medical card mereka.

Antara penyakit yang kami agent boleh pre-underwrite application medical card akan decline adalah masalah berkaitan jantung, diabetic dan juga kanser.

Bila sudah kena hypertension, nak approve medical card bukan senang, sebab kena melalui proses medical check up yang mungkin lebih dari sekali. Sekiranya sakit terkawal, ada yang sudah ada hypertension mungkin akan approve, tapi selalunya kena tambahan bayaran (loading) 100% dari caruman biasa dari orang yang sihat.

Orang yang selalu yang trigger sangat nak ambil medical card ini bila dah start doktor cakap ada penyakit, time ni permohonan anda tidak akan semudah dan secepat orang yang masih sihat.

Buat sahabat yang masih sihat, apply la medical card dari sekarang. Ambik yang ada rider penuh, bukan standalone medical card. Kalau setahun bayar 3k, by the time selepas 10 tahun (umur 40an), anda baru carum 30k, dan ditakdirkan ada sakit yang tak kritikal pun, bil perubatan boleh cecah lebih 30k.

Satu lagi, kalau sudah carum lama, plan yang ada cash value boleh dikeluarkan wang kalau ada emergency. Saya sudah bantu ramai client yang withdraw cash value dalam tabung takaful mereka.

Untung plan yang ada cash value ini juga, kalau anda missed payment pun, perlindungan takaful anda tidak akan terus lapse, sebab tabarru charges akan ditolak dari cash value.

For info, Saya sendiri yang masih sihat dan tiada penyakit kritikal pun sudah 4 kali masuk hospital dengan total bil rawatan sebanyak RM62k++. Kiranya macam saya carum for free saja medical card tu.

Rancang dari sekarang, cari mana mana agent takaful yang anda percaya, bincang dengan mereka apa plan yang sesuai dengan bajet dan keperluan anda untuk masa depan.

Saiful Saidi
Unit Manager
Great Eastern Takaful Berhad

Selamat Tahun Baru 2024 buat semua. Semoga 2024 menjadi tahun terbaik buat kita semua dalam segala aspek kehidupan.2023 ...
01/01/2024

Selamat Tahun Baru 2024 buat semua. Semoga 2024 menjadi tahun terbaik buat kita semua dalam segala aspek kehidupan.

2023 telah berlalu pergi dan menjadi sejarah, begitu juga segala pencapaian, kejayaan dan kegagalan yang dilakukan pada 2023 juga telah menjadi sejarah.

Pencapaian dan kejayaan adalah untuk diraikan dan kegagalan untuk diratapi NAMUN berpada-padalah dalam meraikan dan meratapinya.

Memasuki tahun 2024, kita perlu sedar yang tahun baru memberikan cabaran baru buat kita semua. Hidup ini satu perjalanan, maka teruskan berjalan.

Jadikan kejayaan dan kegagalan yang lalu sebagai penguat semangat untuk kita mengharungi tahun baru 2024 ini.

Semoga 2024 membawa lebih banyak Kenangan manis buat kita semua.

Selam tahun baru 2024.

๐Œ๐จ๐ก๐ ๐’๐š๐ข๐Ÿ๐ฎ๐ฅ ๐€๐›๐๐ฎ๐ฅ๐ฅ๐š๐ก ๐’๐š๐ข๐๐ข
๐”๐ง๐ข๐ญ ๐Œ๐š๐ง๐š๐ ๐ž๐ซ
๐†๐ซ๐ž๐š๐ญ ๐„๐š๐ฌ๐ญ๐ž๐ซ๐ง ๐“๐š๐ค๐š๐Ÿ๐ฎ๐ฅ ๐๐ž๐ซ๐ก๐š๐

Address

Kampong Kuala

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Saiful Saidi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Saiful Saidi:

Share