30/06/2022
5 KESAN BURUK JAJAN PADA HIDUP ANAK
Apa itu jajan? Mungkin ada yang tak biasa atau tak pernah dengar perkataan jajan.
Jajan ialah makanan ringan yang tak berkhasiat, banyak kandungan monosodium glutamat (MSG), pengawet dan pewarna @ perisa yang membahayakan. Jika tidak di kawal pemakanannya boleh memberi kesan buruk pada anak anda. Terdapat 5 kesan buruk yang patut kita ambil perhatian
1 # KERACUNAN MAKANAN
Seperti kita sedia maklum dalam 'jajan' ni banyak terkandung bahan-bahan dari sumber yang tidak kita ketahui. Kebanyakkan yang berada di pasaran tidak mendapat kelulusan dari pihak berwajib dan di jual secara berleluasa.
Perkara ini sangat membimbangkan jika tidak di kawal. Ia boleh menjadi punca keracunan makanan yang akan mengakibatkan kesan lebih buruk sehingga muntah-muntah, cirit-birit dan mungkin membahayakan kesihatan.
2 # BELAJAR SUSAH NAK MASUK
Apabila makanan yang banyak bahan kimia, pengawet dan sebagainya masuk ke dalam badan anak kita. Ia boleh menyebabkan lemahnya daya ingatan mereka. Jika tidak di bendung anak kita akan jadi lambat dalam pelajaran. Benda yang senang pun terasa susah nak belajar.
Jadi penting untuk kita ambil berat setiap makanan yang masuk ke dalam mulut anak kita. Kerana makanan yang kita makan akan membentuk minda dan jati diri kita.
3 # MUDAH JATUH SAKIT
Zaman sekarang budak kecik lagi dah menghidap sakit kencing manis, darah tinggi, obesiti dan sebagainya. Hal ini berpunca dari cara pemakanan yang di amalkan seharian. Sebagai contoh dalam 'jajan' kebanyakan mengandungi bahan penambah perisa yang berlebihan hingga boleh merosakkan buah pinggang kanak-kanak yang masih kecil.
Penting untuk kita pastikan makanan yang di ambil oleh anak kita mengandungi zat yang baik untuk otak dan tubuh badan.
4 # EMOSI TERGANGGU
'Jajan' boleh mengakibatkan emosi anak kita terganggu. Bila mereka tak dapat apa yang mereka ingini mereka mula akan memberontak dan mengamuk. Perkara ni akan mengganggu emosi mereka seharian.
Jadi penting untuk kita pilihkan makanan yang sedap dan berkhasiat utk anak supaya mereka sentiasa gembira dan sihat.
5 # DEGIL, TAKNAK DENGAR CAKAP
Antara faktor anak degil dan taknak dengar cakap ialah bila terlalu banyak makanan yang tidak bagus masuk ke dalam tubuh badan mereka. Makanan yang tidak sihat ini akan menyebabkan mereka jadi keras kepala dan kuat melawan.
Perhatikan lah setiap pemakanan anak kita. Kerana perkara ini sedikit sebanyak akan membentuk peribadi mereka.