Jabatan Kewangan Hospital Sultan Zainal Abidin

Jabatan Kewangan Hospital Sultan Zainal Abidin Sebarangan perkembangan mengenai Jabatan Kewangan HPUniSZA akan disiarkan di sini

SALAM MAULIDUR RASUL 1448H / 2026M Selamat menyambut Maulidur Rasul 1448H/2026M.Marilah kita bersama-sama memperingati k...
24/08/2026

SALAM MAULIDUR RASUL 1448H / 2026M

Selamat menyambut Maulidur Rasul 1448H/2026M.

Marilah kita bersama-sama memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W dengan menghayati sirah, sunnah dan akhlak mulia Baginda sebagai panduan dalam kehidupan.

Semoga kecintaan kita kepada Rasulullah S.A.W terus subur dan semoga kita dikurniakan kekuatan untuk mengamalkan ajaran Baginda dalam kehidupan seharian.

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Salam Maulidur Rasul 1448H. Semoga kita semua sentiasa berada dalam rahmat dan keberkatan Allah SWT. 🤍

Ikhlas daripada:
Jabatan Kewangan HoSZA

🎉 TAHNIAH MOHD HAFIZ BIN MUSA! 🎉Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada En. Mohd Hafiz bin Musa atas kejayaan cemer...
17/08/2026

🎉 TAHNIAH MOHD HAFIZ BIN MUSA! 🎉

Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada En. Mohd Hafiz bin Musa atas kejayaan cemerlang meraih PINGAT GANGSA dalam acara Futsal Lelaki di Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti Awam Malaysia Ke-46, UniSZA 2026! 🏆🥅⚽️

Kami daripada Warga Jabatan Kewangan HoSZA amat berbangga dengan pencapaian dan semangat juang yang tinggi yang telah dipamerkan. Tahniah kerana telah mengharumkan nama UniSZA dan Hospital Sultan Zainal Abidin (HoSZA). 👏✨

Semoga kejayaan ini terus menjadi inspirasi kepada semua staf.💪

Ikhlas daripada,
Warga Jabatan Kewangan HoSZA

🎉 TAHNIAH & SYABAS! 🎉Sekalung tahniah dan penghargaan diucapkan kepada Muhammad Azri Ariff bin Awi atas penglibatan dan ...
17/08/2026

🎉 TAHNIAH & SYABAS! 🎉

Sekalung tahniah dan penghargaan diucapkan kepada Muhammad Azri Ariff bin Awi atas penglibatan dan komitmen cemerlang yang telah dipamerkan dalam acara Badminton Beregu (Senior)! 🏸🔥

Tahniah kerana telah memberikan aksi yang terbaik di Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti Awam Malaysia (SUKUM) ke-46, UniSZA 2026. Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus melakar kecemerlangan pada masa akan datang. 💪✨

Ikhlas daripada,
Warga Jabatan Kewangan HoSZA

Warga Jabatan Kewangan Hospital Sultan Zainal Abidin (HoSZA) merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Encik Mohd...
13/08/2026

Warga Jabatan Kewangan Hospital Sultan Zainal Abidin (HoSZA) merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Encik Mohd Harris Bin Salleh atas dedikasi dan penglibatan cemerlang beliau.

Komitmen beliau sebagai Pengurus Pasukan Berbasikal di kejohanan Sukan Staf Antara Universiti Awam Malaysia Ke-46, UniSZA 2026 amatlah dihargai dan membanggakan jabatan kita. Semoga kecemerlangan ini diteruskan pada masa-masa akan datang.🚴‍♂️🔥

🏐✨ TAHNIAH DAN SYABAS! ✨🏐Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Encik Mohd Hafizi bin Mat Ali dan Encik Muhammad Hilma...
11/08/2026

🏐✨ TAHNIAH DAN SYABAS! ✨🏐

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Encik Mohd Hafizi bin Mat Ali dan Encik Muhammad Hilman Arif bin Rahmat atas kejayaan meraih Pingat Emas Bola Tampar Lelaki pada SUKUM UniSZA 2026. 🥇🏆

Kejayaan ini merupakan hasil komitmen, semangat juang, kerja berpasukan dan usaha yang tidak mengenal erti lelah. Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi untuk terus mengharumkan nama HoSZA dan UniSZA dalam bidang sukan. 👏🔥

Tahniah sekali lagi daripada seluruh warga Jabatan Kewangan HoSZA! 💙💛

"Hijrah yang sebenar ialah meninggalkan segala perkara yang dilarang oleh Allah SWT."Semoga Awal Muharam ini menjadi rua...
16/06/2026

"Hijrah yang sebenar ialah meninggalkan segala perkara yang dilarang oleh Allah SWT."

Semoga Awal Muharam ini menjadi ruang untuk kita bermuhasabah, memperbaiki diri dan meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT.

Salam Maal Hijrah 1448H

Ikhlas daripada
Jabatan Kewangan HoSZA

✨Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H/2026M✨“Semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan, ketenangan dan kebahagiaan buat ...
26/05/2026

✨Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H/2026M✨

“Semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan,
ketenangan dan kebahagiaan buat kita semua.
Hayati erti pengorbanan dengan penuh keikhlasan,
semai kasih sayang sesama insan,
dan eratkan silaturahim tanpa sempadan.”

Daripada Aisyah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

مَا عَمِلَ آدَمِيٌّ مِنْ عَمَلٍ يَوْمَ النَّحْرِ أَحَبَّ إِلَى اللَّهِ مِنْ إِهْرَاقِ الدَّمِ، إِنَّهُ لَيَأْتِي يَوْمَ القِيَامَةِ بِقُرُونِهَا وَأَشْعَارِهَا وَأَظْلَافِهَا، وَأَنَّ الدَّمَ لَيَقَعُ مِنَ اللَّهِ بِمَكَانٍ قَبْلَ أَنْ يَقَعَ مِنَ الأَرْضِ، فَطِيبُوا بِهَا نَفْسًا

Maksudnya: “Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak adam pada hari al-Nahr (Raya Aidiladha) yang lebih dicintai oleh Allah selain daripada menumpahkan darah (binatang korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat dengan tanduknya, bulunya dan kukunya dan sesungguhnya darah tersebut akan sampai kepada redha Allah SWT sebelum ia jatuh ke bumi. Maka, bersihkanlah jiwa kamu (dengan berkorban).”Riwayat al-Tirmizi.

Semoga setiap pengorbanan, keikhlasan dan amal ibadah kita diterima serta diberkati Allah SWT.




🌙 Salam Hari Arafah 1447H 🌙Semoga hari yang penuh keberkatan ini menjadi ruang untuk kita memperbanyakkan doa, zikir, is...
25/05/2026

🌙 Salam Hari Arafah 1447H 🌙

Semoga hari yang penuh keberkatan ini menjadi ruang untuk kita memperbanyakkan doa, zikir, istighfar dan amalan soleh.

“Puasa pada Hari Arafah menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.”
(Riwayat Muslim)

Semoga Allah SWT menerima segala amal ibadah kita dan mengurniakan keberkatan buat semua. 🤲✨

✨ SELAMAT HARI PEKERJA! ✨Kepada seluruh warga kerja Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Hospital Sultan Zainal Abi...
01/05/2026

✨ SELAMAT HARI PEKERJA! ✨

Kepada seluruh warga kerja Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Hospital Sultan Zainal Abidin (HoSZA), dan semua wira pekerja di seluruh Malaysia! 🇲🇾

Dari meja pejabat, wad rawatan, dewan kuliah, sehinggalah ke barisan hadapan keselamatan... Anda semua adalah tulang belakang dan 'kesuma' bangsa yang sentiasa mengharumkan nama organisasi dan negara.

Terima kasih yang tidak terhingga atas setiap titik peluh, dedikasi, dan amanah yang anda curahkan tanpa jemu setiap hari. 💼🩺👮‍♂️👨‍🏫👩‍🍳

Berpegang teguh pada moto keramat kita, "Ilmu Demi Faedah Insan" dan "Kesihatan Nadi Kehidupan", marilah kita terus berganding bahu, bekerja dengan penuh integriti, dan memberikan perkhidmatan yang cemerlang demi kemajuan bersama.

Ikhlas daripada,
Jabatan Kewangan, HoSZA

Salam Nuzul Al-Quran 17 Ramadan1447H bersamaan 7 Mac 2026Satu hari yang penuh barakah di mana wahyu pertama diturunkan k...
06/03/2026

Salam Nuzul Al-Quran 17 Ramadan1447H bersamaan 7 Mac 2026

Satu hari yang penuh barakah di mana wahyu pertama diturunkan kepada Nabi Muhammad di Gua Hira' pada 17 Ramadan. Marilah kita sama-sama merenung kembali makna dan peristiwa yang bersejarah ini.

Semoga peringatan ini membawa kita lebih dekat dengan Al-Quran dan mendorong kita untuk menjadikan Al-Quran sebagai panduan hidup yang kekal abadi. Mari kita manfaatkan bulan Ramadan ini dengan lebih banyak membaca dan mendalami Kalamullah.

Salam Nuzul Al-Quran daripada kami seluruh Warga Jabatan Kewangan HoSZA.

Address

Hospital Pengajar UniSZA
Kampong Gong Badak
21300

Opening Hours

Monday 08:00 - 16:45
Tuesday 08:00 - 16:45
Wednesday 08:00 - 16:45
Thursday 08:00 - 16:30
Sunday 08:00 - 16:45

Telephone

+6096655555

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Kewangan Hospital Sultan Zainal Abidin posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share