Khazanah Nasional Berhad

Khazanah Nasional Berhad Khazanah Nasional is the sovereign wealth fund of Malaysia entrusted with investing to deliver sustainable value for Malaysians.

24/07/2026

Apakah rupa sebenar impak Khazanah untuk rakyat Malaysia?

Peranan Khazanah bukan sekadar menjana pulangan. Dalam Laporan Khazanah 2025, kami tunjukkan bagaimana usaha kami mencipta nilai yang berkekalan untuk rakyat Malaysia, daripada komuniti dan ruang awam kepada pendidikan, penyelidikan dan pembangunan belia. Dato’ Mohamed Nasri Sallehudin, Ketua Pegawai Korporat & Penasihat Undang-Undang, berkongsi bagaimana komitmen ini menerajui pendekatan kami terhadap impak.

Inilah gambaran impak tersebut: RM122.9 juta disalurkan menerusi Yayasan Hasanah untuk menyokong 386 projek komuniti dan ruang awam, Taman Tugu yang menyambut lebih 1.7 juta pengunjung sejak 2018, serta 9,934 belia dilatih menerusi K-Youth tahun lepas sahaja.

Kerana kemajuan sebenar bukan sekadar apa yang kami bina, tetapi tentang siapa yang turut diangkat bersama.

Klik pautan di bio untuk menonton video dan membaca Laporan Khazanah 2025 penuh.

***

What does Khazanah’s impact really look like for Malaysians?

Khazanah’s role goes beyond generating returns. In the Khazanah Report 2025, we showcase how our work creates lasting value for Malaysia and its people, from communities and public spaces to education, research and youth development. Dato’ Mohamed Nasri Sallehudin, Chief Corporate Officer and General Counsel, shares how this commitment drives our approach to impact.

Here’s what that looks like in numbers: RM122.9 million channelled through Yayasan Hasanah to support 386 community and public space projects, Taman Tugu welcoming over 1.7 million visitors since 2018, and 9,934 youths trained through K-Youth last year alone.

Because real progress isn’t just about what we build, it’s about who it lifts along the way.

Click the link in bio to watch the video and read the full Khazanah Report 2025.

Tahniah kepada pemenang   untuk pusingan kedua!Terima kasih kepada semua yang telah berkongsi warkah anda untuk Malaysia...
17/07/2026

Tahniah kepada pemenang untuk pusingan kedua!

Terima kasih kepada semua yang telah berkongsi warkah anda untuk Malaysia. Pemenang akan
dihubungi melalui DM atau emel untuk maklumat lanjut mengenai penebusan hadiah.

Masih belum sertai? Kunjungi Bangunan Sultan Abdul Samad, Pejabat Pos Besar Lama, atau Seri
Negara dan kongsikan warkah anda. Siapa tahu, anda mungkin pemenang kami yang seterusnya!



Congratulations to our second-round Warkah Untuk Malaysia winners!

A heartfelt thank you to everyone who has shared their letters with us. Winners will be contacted via
DM or email with further details on claiming their prize.

What are you waiting for? Visit Bangunan Sultan Abdul Samad, Pejabat Pos Besar Lama, or Seri
Negara to submit your letter and you could be featured in our next round of winners!

Tahniah kepada pemenang   untuk pusingan kedua!Terima kasih kepada semua yang telah berkongsi warkah anda untuk Malaysia...
17/07/2026

Tahniah kepada pemenang untuk pusingan kedua!

Terima kasih kepada semua yang telah berkongsi warkah anda untuk Malaysia. Pemenang akan
dihubungi melalui DM atau emel untuk maklumat lanjut mengenai penebusan hadiah.

Masih belum sertai? Kunjungi Bangunan Sultan Abdul Samad, Pejabat Pos Besar Lama, atau Seri
Negara dan kongsikan warkah anda. Siapa tahu, anda mungkin pemenang kami yang seterusnya!



Congratulations to our second-round winners!

A heartfelt thank you to everyone who has shared their letters with us. Winners will be contacted via
DM or email with further details on claiming their prize.

What are you waiting for? Visit Bangunan Sultan Abdul Samad, Pejabat Pos Besar Lama, or Seri Negara to submit your letter and you could be featured in our next round of winners!

AdvancingMalaysia

15/07/2026

What does true ownership of value mean for Malaysia? 💡

Our Chief of Investment, Datuk Hisham Hamdan, shares how Dana Impak is helping Malaysia move from hosting economic activity to owning the ideas, technology, and companies that will shape its future.

From a father in Kerteh whose dream became JAZRO, now reaching more than 126,000 students, to Malaysian engineers designing chips at SkyeChip, Khazanah is deploying RM6 billion in patient, disciplined capital to build national capability, not just attract investment.

Because meaningful progress is not just about how much investment comes in, it is about how much value Malaysia actually keeps, today and for generations to come.

Click the link in bio to watch the video and read the full Khazanah Report 2025.

***

Apakah maksud sebenar pemilikan nilai bagi Malaysia? 💡

Ketua Pegawai Pelaburan kami, Datuk Hisham Hamdan, berkongsi bagaimana Dana Impak membantu Malaysia beralih daripada sekadar menjadi tuan rumah aktiviti ekonomi kepada memiliki idea, teknologi, dan syarikat yang akan membentuk masa depannya.

Daripada seorang bapa di Kerteh yang impiannya menjadi JAZRO, kini mencapai lebih 126,000 pelajar, kepada jurutera Malaysia yang mereka bentuk cip di SkyeChip, Khazanah menyalurkan RM6 bilion modal jangka panjang dan berdisiplin untuk membina keupayaan negara, bukan sekadar menarik pelaburan.

Kerana kemajuan yang bermakna bukan sekadar tentang berapa banyak pelaburan yang masuk, tetapi tentang berapa banyak nilai yang benar-benar dijana untuk Malaysia, hari ini dan untuk generasi akan datang.

Klik pautan di bio untuk menonton video dan membaca Laporan Khazanah 2025 penuh.

09/07/2026

Bagaimanakah galeri seni akan berubah pada masa depan? 🖌️

Nikmati seni Malaysia dari keselesaan rumah anda, sambil menyelami makna di sebalik setiap karya. Terokai pameran maya Galeri Khazanah dan susuri lima ruang tema maya – Lobi, Pavilion, Bilik Kaca, Peranakan, dan Rumah Tradisional yang memaparkan koleksi seni terpilih sambil mengenali kisah di sebalik karya, serta budaya dan sejarah Malaysia yang tercermin di dalamnya.

Sebahagian karya ini juga boleh dilihat secara fizikal di Galeri Khazanah di Seri Negara, Kuala Lumpur, di mana pengunjung boleh meluangkan masa untuk menghayatinya dengan lebih dekat. Sama ada secara dalam talian atau di galeri, ia membuka ruang untuk mendekati seni Malaysia dan kisah yang membentuknya.

07/07/2026

Kelestarian bukan matlamat masa depan, ia keputusan hari ini. 🌏

Bagi Khazanah, masa depan yang lestari bermula dengan tindakan yang diambil pada hari ini. Dalam video terbaharu siri , Dato’ Shahira berkongsi bagaimana rangka kerja kelestarian Khazanah yang diperbaharui, Menjamin Masa Hadapan, menjadi panduan kepada setiap keputusan pelaburan yang dibuat.

Berpandukan tiga teras utama — ekonomi yang kukuh dan stabil, negara yang selesa didiami, dan komuniti yang berkembang maju — kerangka ini membentuk cara kami melabur, menguruskan portfolio dan risiko serta mencipta peluang jangka panjang. Kami melihatnya di seluruh portfolio kami: UEM Lestra mencipta impak positif dengan mempercepatkan pertumbuhan tenaga boleh diperbaharui, TNB menetapkan piawaian yang lebih tinggi dengan memperkukuh ketahanan grid tenaga negara.

Inilah pelaburan yang mengambil kira kepentingan generasi akan datang. Inilah komitmen Khazanah dalam Menjamin Masa Hadapan.

Klik pautan di bio untuk menonton video ini dan membaca The Khazanah Report 2025 sepenuhnya.

***

Sustainability isn’t a future goal, it’s today’s decision. 🌏

For Khazanah, a sustainable future starts with the actions we take now. In the latest video of the TheKhazanahReport2025 series, Dato'’Shahira shares how our refreshed sustainability framework, '‘ecuring The Future’ drives every decision Khazanah makes, in investments and beyond.

Guided by three core principles — a strong and stable economy, liveability for all and thriving communities — the framework shapes how we invest, steward our portfolio, and manage long-term risks and opportunities. We see it across our portfolio: UEM Lestra is creating positive impact by accelerating the growth of renewables, and TNB is raising the bar by strengthening the resilience of the national energy grid.

This is investing that accounts for future generations. This is Khazanah, Securing The Future.

Click the link in bio to watch the video and read the full Khazanah Report 2025.

Tahniah kepada pemenang   untuk pusingan ini!Buat yang telah menyertai, terima kasih kerana berkongsi warkah anda untuk ...
02/07/2026

Tahniah kepada pemenang untuk pusingan ini!

Buat yang telah menyertai, terima kasih kerana berkongsi warkah anda untuk Malaysia. Pemenang akan dihubungi melalui DM atau emel untuk maklumat lanjut mengenai penebusan hadiah.

Kunjungi Bangunan Sultan Abdul Samad, Pejabat Pos Besar Lama, dan Seri Negara hari ini, dan kongsikan warkah anda. Anda mungkin pemenang kami yang seterusnya!


Big congratulations to our Warkah Untuk Malaysia first-round winners!

Thank you to everyone who has shared their heartfelt letters with us. Winners will be contacted directly via DM or email with further details on claiming your prize.

Submit your letter today at Bangunan Sultan Abdul, Pejabat Pos Besar Lama, or Seri Negara, and you might just see your name on our next winners’ list!

AdvancingMalaysia

01/07/2026

Pembangunan modal insan adalah pelaburan terpenting bagi masa depan negara kita. 🌟

Khazanah serta syarikat-syarikat berkaitan Khazanah dengan bangganya menyokong inisiatif BAKAT MADANI. Ini mencerminkan komitmen kami dalam memupuk bakat Malaysia yang berdaya tahan dan bersedia menghadapi masa hadapan.

Dengan merapatkan jurang antara pendidikan dan industri, inisiatif ini memperkasakan tenaga kerja kita dengan kemahiran berimpak tinggi yang diperlukan untuk terus berdaya saing dalam ekonomi global yang pesat berubah.

Mari kita serlahkan potensi sebenar aset terbesar kita - rakyat kita. 🇲🇾✨

Melabur dengan matlamat, membina bakat untuk negara.Khazanah berganding bahu dengan GLIC, GLC dan Petronas dalam BAKAT M...
30/06/2026

Melabur dengan matlamat, membina bakat untuk negara.

Khazanah berganding bahu dengan GLIC, GLC dan Petronas dalam BAKAT MADANI, sebuah inisiatif kebangsaan yang dilancarkan semalam oleh Perdana Menteri YAB Dato’ Seri Utama Anwar Ibrahim, bagi membuka laluan kerjaya kepada 25,000 bakat tempatan menjelang 2027.

Sebagai komitmen Khazanah terhadap inisiatif ini, kami sasarkan untuk membangunkan 15,000 bakat tempatan menerusi program K-Youth serta program-program lain di bawah syarikat-syarikat berkaitan Khazanah. Dengan kadar kebolehpasaran kerja sebanyak 85% bagi trek utamanya, K-Youth merapatkan jurang antara golongan terpinggir dan tenaga kerja bernilai tinggi.

Khazanah turut bekerjasama dengan 23 rakan program dan institusi pengajian tinggi termasuk UiTM, UTeM dan UMS, menyediakan generasi muda dengan latihan industri, pensijilan teknikal dan pendedahan langsung kepada keperluan industri sebenar.

Bagi Khazanah, setiap pelaburan, perkongsian dan inisiatif yang kami laksanakan berhasrat untuk menyumbang kepada rakyat dan ekonomi yang lebih kukuh dan komuniti yang sejahtera, untuk generasi kini dan akan datang.

Klik link di bio untuk maklumat lanjut mengenai Inisiatif BAKAT MADANI.

26/06/2026

Apakah maksud digitalisasi yang sebenar bagi Malaysia? 💡

Ketua Digitalisasi kami, Dr. Farid Mohamed Sani, berkongsi bagaimana digitalisasi bukan sekadar teknologi, ia tentang membina infrastruktur, keupayaan, dan ekosistem yang akan memacu daya saing Malaysia dalam jangka panjang.

Daripada pelaburan Telekom Malaysia dalam sistem kabel dasar laut dan pusat data hijau TM Nxera, sehinggalah penggabungan strategik XL Axiata dan Smartfren di bawah Axiata, Khazanah memastikan inisiatif digital dilaksanakan dengan disiplin, tujuan yang jelas, dan tadbir urus yang kukuh.

Kerana digitalisasi yang bermakna bukan hanya tentang teknologi terkini, ia tentang memastikan nilai yang dicipta memberi manfaat kepada syarikat, usahawan, dan rakyat Malaysia, hari ini dan untuk generasi akan datang.

Klik pautan di bio untuk menonton video dan membaca Laporan Khazanah 2025 penuh.

***

What does digitalisation truly mean for Malaysia? 💡

Our Head of Digitalisation, Dr. Farid Mohamed Sani, shares how digitalisation goes beyond technology, it is about building the infrastructure, capabilities, and ecosystems that will drive Malaysia’s long-term competitiveness.

From Telekom Malaysia’s investments in submarine cable systems and the TM Nxera green data centre campus, to Axiata’s strategic merger between XL Axiata and Smartfren, Khazanah ensures digital initiatives are executed with discipline, clear purpose, and strong governance.

Because meaningful digitalisation is not just about the latest technology, it is about ensuring the value created benefits companies, entrepreneurs, and the Malaysian people, today and for generations to come.

Click the link in bio to watch the video and read the full Khazanah Report 2025.

Address

Level 22, Mercu UEM, Jalan Stesen Sentral 5, Kuala Lumpur Sentral, Federal Territory Of Kuala Lumpur
Kampong Dollah
50470

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Friday 08:30 - 17:30

Telephone

+60320340000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Khazanah Nasional Berhad posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Khazanah Nasional Berhad:

Shortcuts

Share