09/11/2021
QUOTATION SAHAJA TIDAK DAPAT MENYELAMATKAN KELUARGA ANDA‼️
"Abg, saya harap saya mati dulu sebelum abg. Kalau saya mati dulu, saya tahu abg banyak akal.
Abg boleh langkah jauh, boleh jaga anak-anak kita. Tapi kalau abg mati dulu, saya tak tahu mana saya nak tuju.
Macam mana nak jaga anak-anak kita. Saya kerja gaji hari, itupun bukan kerja stabil"
Bila isteri cakap macam ni, terus terbuka hati suami untuk ambil takaful cepat-cepat.
Ramai suami yang merancang untuk ambil hibah takaful tapi selalu bertangguh. Rasa bukan keutamaan yang paling penting.
Jangan begitu,
Waktu suami ada, suami bekerja. Dapat gaji suami yang menafkahi belanja rumah.
😖Bila suami meninggal..
‼️Sewa rumah tetap perlu di bayar dengan jumlah yang sama.
‼️Komitmen kereta tetap perlu dibayar setiap bulan untuk terus bergerak.
‼️Bil elektrik, air, internet tetap perlu dibayar supaya rumah masih boleh didiami.
‼️Makanan atas meja tetap perlu terhidang supaya tak meminta di tempat lain.
‼️Harta-harta pusaka suami tetap perlu diuruskan supaya suami tenang di alam sana.
‼️Anak-anak tetap perlukan duit belanja untuk kesekolah setiap hari.
‼️Pakaian anak-anak tetap perlu bertukar walaupun menyambut raya dengan hiba.
✅Jom betulkan cara kita memandangkan kepentingan hibah takaful. Ambil hibah takaful bukan sebab suami akan mati cepat. Tapi sebab ada anak isteri yang perlu teruskan hidup.
Kawan-kawan,
Ambil takaful ni, tak kira kerja apa, gaji berapa, tinggal kat mana. Kalau rasa takaful tu sangat penting kita akan usahakan sampai dapat. Kita sanggup korbankan perbelanjaan lain agar boleh utamakan takaful.