05/05/2026
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ - ๐๐๐ง๐ ๐๐ง๐ญ๐ฎ๐ง๐ , ๐๐๐ง๐ ๐๐ฎ๐ ๐ข? ๐๏ธ๐
Ramai tak tahu, bila renew insurans kereta/motor ada 2 jenis pilihan nilai perlindungan: Market Value vs Agreed Value. Kalau sayang kenderaan & tak nak pening kepala masa claim, baca ni dulu.
๐๐ฉ๐ ๐ข๐ญ๐ฎ ๐๐ ๐ซ๐๐๐ ๐๐๐ฅ๐ฎ๐?
Agreed Value = Nilai yang anda & syarikat insurans dah setuju siap-siap masa beli/renew polisi. Kalau kenderaan total loss atau dicuri, pampasan dibayar ikut nilai yang dipersetujui. Tak ikut harga pasaran semasa.
Contoh: Ali bersetuju keretanya dilindungi mengikut agreed value RM45,000. 8 bulan kemudian kereta Ali hilang. Walaupun harga pasaran dah jatuh ke RM38,000, insurans tetap bayar RM45,000.
โ
๐๐๐ฅ๐๐๐ข๐ก๐๐ง ๐๐ ๐ซ๐๐๐ ๐๐๐ฅ๐ฎ๐
1. Pampasan Tetap & Jelas
Tak perlu gaduh pasal harga pasaran. Dah lock awal-awal. Senang buat financial planning kalau jadi apa-apa.
2. Sesuai Untuk Kereta/Motor Rare
Kereta klasik, motor modi, atau model yang harga pasaran tak stabil. Market value kadang tak adil sebab susah nak nilai.
3. Elak Underinsured
Harga pasaran jatuh laju. Dengan agreed value, anda tak rugi bila claim sebab nilai tetap tinggi.
4. Tenang Fikiran Tak ada kejutan masa claim.
Anda sudah tahu berapa akan dapat kalau berlaku risiko total loss.
โ ๐๐๐ค๐ฎ๐ซ๐๐ง๐ ๐๐ง ๐๐ ๐ซ๐๐๐ ๐๐๐ฅ๐ฎ๐
1. Premium Lebih Mahal
10%-20% lebih tinggi dari market value. Sebab risiko syarikat insurans pun tinggi nak bayar tetap.
2. Kena Declare Nilai Betul
Tak boleh letak harga ses**a hati. Syarikat insurans akan minta valuation report, terutama untuk kereta melebihi 5 tahun atau motor besar.
3. Nilai Mungkin Tak Realistik
Kalau renew tiap tahun guna nilai yang sama, padahal kereta dah susut nilai teruk, anda sebenarnya overinsured = bayar lebih.
4. Tak Semua Kenderaan Layak
Biasanya hanya untuk kenderaan bawah 15 tahun saja. Kereta/motor terlalu lama, syarikat insurans tak offer agreed value dah.
๐๐๐๐ข, ๐ฌ๐ข๐๐ฉ๐ ๐ฒ๐๐ง๐ ๐ฉ๐๐ญ๐ฎ๐ญ ๐๐ฆ๐๐ข๐ฅ ๐๐ ๐ซ๐๐๐ ๐๐๐ฅ๐ฎ๐ ๐ง
1. Kereta baru 1-9tahun
Susut nilai paling laju masa ni. Agreed value melindungi anda daripada rugi banyak.
Motor besar/kereta rare/modi โ Harga pasaran tak cerminkan nilai sebenar.
2. Tak s**a ambil risiko
Nak kepastian jumlah pampasan.
Skip kalau:
Kereta/motor melebihi 15 tahun โ Premium mahal, tapi nilai kereta pun dah rendah. Market value lebih berbaloi.
Jadi, korang team Agreed Value ke Market Value? Komen sikit๐