TR Suria Mutiara

TR Suria Mutiara Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from TR Suria Mutiara, Kampong Beklam.

30/03/2023

Resepi Kerabu Kerang Ala Thai

Bahan-bahan:
* 1 kilo kerang
* 5 biji cili api – ditumbuk
* 2 biji cili merah – ditumbuk
* 1 inci belacan – dibakar dan ditumbuk bersama cili
* 3 biji limau kasturi
* 1 biji tomato – dipotong dadu
* 3 sudu besar sos ikan
* 1 cawan air asam jawa
* Garam dan gula secukupnya
* 1 ulas bawang merah – dihiris nipis
* Daun ketumbar

Cara–cara:
1. Basuh kerang dan rebus kerang sehingga cengkerangnya terbuka/ masak.
2. Buang air rebusan kerang dan segera letak ais dan air sejuk dari peti ais untuk elakkan kerang jadi kecut. Buang sebelah cengkerang dan gunakan sebelah lagi yang ada isi untuk dibuat kerabu
3. Satukan air asam jawa, cili api, cili merah dan belacan bakar yang ditumbuk, sos ikan, tomato, garam dan gula dalam bekas yang sesuai.
4. Gaulkan bersama kerang sehingga mesra.
5. Akhir sekali perahkan limau kasturi. Campurkan sekali kulit limau, bawang merah yang dah dihiris dan daun ketumbar. Gaul hingga sebati.
6. Siap dan sedia untuk dinikmati. Selamat mencuba

30/03/2023

Resepi Nasi Ayam Hainan
Ayam Celur / Rebus
Bahan-bahan :
1 ekor ayam belum dipotong - dibersihkan luar dan dalam. Ambil garam kasar dan scrub kulitnya supaya dapat menghilangkan sel-sel mati dan kulit lebih flawless supaya kulit ayam lebih cantik, ni petua orang cina katanya 😃
Air secukupnya
ketul ais dimasukkan dalam besen dan campur air
Halia - dipotong
Daun bawang - dipotong
bawang besar - dibelah
bawang putih - dibelah
sup bunjut
Cara :
Panaskan air dan masukkan semua bahan-bahan dan rebus seketika.
Bila mendidih, masukkan ayam. masak seketika. Angkat dan rendam ayam dalam air ais seketika. Kemudian rebus balik ayam tadi. Ulang sebanyak 3-4 kali proses rebus dan rendam air ais tu. Saya cuma buat 3 kali je 😛. Lepas tu saya rebus ayam tu sampai masak. Last sekali bila ayam dh masak angkat dan rendam terus dalam air ais. Teknik ni supaya isi ayam lembut dan tak overcooked. Ianya juga membentuk lapisan lemak yang juicy didalam daging ayam tu. Kalau rasa malas dan renyah boleh je terus rebus. Dan kalau s**a jenis goreng, ayam tu lepas rebus, lumur kicap manis dan goreng api kuat sehingga kulit rangup sahaja.
Air rebusan simpan untuk dibuat sup, dimasak nasi dan buat sos kicap
--------------------------
Nasi Ayam
Bahan-bahan :
4 pot beras
6 cawan air rebusan ayam (ni ikut beras apa kita guna k sebab kadang-kadang tak sama jenis) Saya s**a nasi ayam saya ni lembik sedikit dan tak berderai.
3 - 4 sudu besar stok pekat ayam maggi - yang dalam botol
Minyak untuk menumis
Daun pandan - disimpul
Bahan kisar :
4-5 ulas bawang merah
4-5 ulas bawang putih
4 inci halia
Cara :
Panaskan minyak, tumis bahan kisar bersama daun pandan sehingga wangi. Masukkan air rebusan dan stok pekat ayam. Biar mendidih. Masukkan garam secukup rasa.
Masukkan beras dan masak nasi seperti biasa.
-------------------------
Sos Cili
Bahan -bahan :
4 biji cili merah - dibelah dan buang bijinya
2 inci halia
3 ulas bawang putih
garam dan gula secukup rasa
sedikit cuka
sedikit minyak
Cara :
Kisar semua bahan dengan sedikit air sehingga halus
Panaskan sedikit minyak, dan tumis sekejap. Tutup api dan tuang sedikit cuka. Kalau tak s**a cuka boleh guna jus perahan limau.
---------------------------
Sos Halia dan Bawang putih
Bahan-bahan :
Seketul halia
2 ulas bawang putih
garam dan gula secukup rasa
sedikit cuka
sedikit minyak
Cara :
Kisar semua bahan dengan sedikit air sehingga halus
Panaskan sedikit minyak, dan tumis sekejap. Tutup api dan tuang sedikit cuka. Kalau tak s**a cuka boleh guna jus perahan limau.
----------------------------
Sos Kicap
Bahan-bahan :
Sedikit air rebusan sup
kicap
Cara :
Campur keduanya dan pandai-pandailah adjust kepekatan tu. Siap.!
Selamat Mencuba.
kredit resepi : tidak dapat dikesan,jika ini resepi anda mohon jasa baik untuk pm page,untuk admin masukkan nama anda sebagai kredit resepi..terima kasih

30/03/2023

Terbuat jugak hari ni...laksa ala2 aeon tu... Mmg betoi lah rasa dia sama.😂😂😂

Cara-cara:
1. Blend bawang,belacan,pes asam pedas,sardin 1buang sos,1tak buang sos.... Bland hingga halus.,
.

2. Masukkan dalam periuk,letak asam keping,bunga kantan,daun kesum.....air ikut kepekatan yg kita nak k....panaskan hingga mendidih

3. Dah mendidih...masukkan garam,perasa,gula...fishbll....kacau bagi sebati....tutup api...siap.

4. Bahan hiasan tu....ikut s**a lah....
Tambah otak udang/petis perrr lagi paduuu agaknye.....
Sbb saya petis tak ada, tak guna lah..☺☺

kredit: ‎Hajal Aishah Zakirai

30/03/2023
Sekmgg weyyy xkene koeee bju niyy dohlhh muroh klu sekmmgg nokk blh PM cpt² spa cpt Dy dapatt nk tahu lbh detail blh was...
19/05/2021

Sekmgg weyyy xkene koeee bju niyy dohlhh muroh klu sekmmgg nokk blh PM cpt² spa cpt Dy dapatt nk tahu lbh detail blh wassap nom dibawahhh👇👇👇👇
http://www.wasap.my/+601136544904/BAJUMURAH

# bajumurah

14/05/2021
Sapa2 yg berminat boleh PM  sis yeee..
07/05/2021

Sapa2 yg berminat boleh PM sis yeee..

Address

Kampong Beklam
16090

Telephone

+601126908963

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when TR Suria Mutiara posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share