Aiman Rahman Takaful Advisor

Aiman Rahman Takaful Advisor Takaful advisory services | Income Protection | Keyman | Legacy Planning | Hibah Takaful | Medical Protection Provides advisory on Takaful and Wealth Planning.

Includes Hibah Takaful, Medical Card, Business Protection, Income protection and etc.

26/06/2026

“Cuba check sikit. Plan aku ada coverage sakit kritikal tak?”

Saya ingatkan dia nak tambah perlindungan.

Tapi bila dia hulurkan surat hospital, saya terus terdiam.

End Stage Kidney Failure (ESRD).
Umur 39 tahun.
Non-smoker.
Sangat aktif.
Jurulatih Taekwondo.

Orang yang nampak sihat. Tapi bila disahkan sakit, terus di peringkat akhir kegagalan buah pinggang.

Saya semak sijil beliau.

❌ Tiada Critical Illness (CI)
❌ Tiada Medical Card
✅ Ada Hibah Takaful

Mujur ada rider Waiver untuk bantu pengecualian caruman.

Kemudian dia tanya soalan yang paling susah untuk dijawab.

“Kenapa kau tak paksa aku ambil CI dulu?”

Hakikatnya, masa itu bajet beliau hanya cukup untuk hibah.

Yang lebih saya kesalkan, saya juga tak paksa beliau ambil Medical Card.

Dalam surat hospital yang ditunjukkan, tertulis:

“Tiada kekosongan slot hemodialisis di seluruh hospital kerajaan pada masa ini.”

Bermakna beliau terpaksa mendapatkan rawatan di pusat dialisis swasta.

Saya tanya:

“Berapa kos yang dah keluar?”

Jawapannya membuatkan saya terkedu.

“Sekali dialisis RM500.”

“Kalau ada prosedur tambahan, RM4,000 - RM5,000.”

“Nak transplant buah pinggang, kena sediakan RM40,000 - RM50,000.”

“Doktor pun dah nasihatkan aku berhenti mengajar Taekwondo. Itu sumber pendapatan aku.”

Kemudian dia berkata:

“Aku nak tambah hibah lah. Anak-anak masih kecil.”

Dan inilah ayat yang paling perit untuk disebut.

“Maaf… sekarang dah tak boleh.”

“Sebab awak dah sakit.”

Kawan-kawan,

Kalau ejen boleh paksa pelanggan ambil perlindungan, memang kami akan paksa.

Sebab kami terlalu banyak melihat penyesalan yang datang apabila semuanya sudah terlambat.

Yang paling menakutkan bukan kematian.

Tetapi apabila penyakit datang dahulu, pendapatan hilang, bil perubatan meningkat, dan anak-anak masih memerlukan kita.

Review semula perlindungan anda.

✅ Medical Card
✅ Critical Illness
✅ Hibah
✅ Waiver Contribution

Jangan tunggu “nanti”.

Sebab bila sakit datang, pilihan yang ada hari ini mungkin sudah tiada lagi esok.

ESRD ProtectYourIncome TakafulMalaysia LifeHappens

Sumber : Nurul Izzah Zainol

Salam Maal Hijrah 1448H / 2026M.Semoga kedatangan tahun baharu Islam ini membawa sinar harapan dan perubahan yang lebih ...
17/06/2026

Salam Maal Hijrah 1448H / 2026M.

Semoga kedatangan tahun baharu Islam ini membawa sinar harapan dan perubahan yang lebih baik dalam kehidupan kita dan semoga setiap langkah hijrah membawa kita lebih dekat kepada rahmat dan keredaan-Nya. Selamat menyambut Awal Muharam!

Bagi yang tengah survey takaful, sebenarnya ini soalan2 penting yang kena tanya diri sendiri dan juga kami, agent2 ni. D...
16/06/2026

Bagi yang tengah survey takaful, sebenarnya ini soalan2 penting yang kena tanya diri sendiri dan juga kami, agent2 ni.

Dan ini juga yang saya selalu cerita bila explain pasal produk. Supaya saya boleh advise yang terbaik.

Jom bincang dengan saya secara percuma. Saya boleh buat secara fizikal atau pun online.

11/06/2026

REALITI PAHIT "MEDICAL CARD COMPANY" YANG RAMAI PEKERJA TAK SEDAR... 💳⚠️

"Tak apalah, company saya dah cover semua. Dari A sampai Z."

Ini ayat yang paling biasa saya dengar daripada golongan eksekutif dan profesional. Ya, seronok memang seronok bila bil hospital semua company bayar. Tapi, pernah tak kita terfikir risiko di sebalik tabir?

Ini 3 realiti kenapa bergantung 100% pada company medical card adalah tindakan yang bahaya:
1️⃣ Bila Sakit Kronik, Anda Mungkin Diberhentikan:
Bila kita disahkan sakit kronik dan tak mampu perform kerja, realitinya company tak boleh simpan kita lama-lama. Bila khidmat ditamatkan, medical card pun bye-bye.
2️⃣ Had Perlindungan Yang Terhad:
Kebanyakan medical card company ada had tahunan yang kecil (contoh: RM20,000-RM50,000 sahaja). Kalau kena pembedahan besar yang cecah RM100,000? Anda tetap kena top-up guna duit simpanan sendiri.
3️⃣ Risiko Selepas Bersara:
Bila umur 55 atau 60 nanti, kita dah pencen. Masa tu umur dah tua, penyakit dah mula datang, tapi kita dah tak ada perlindungan. Nak mohon Takaful baru waktu tu? Harganya dah tersangat mahal, atau mungkin terus kena reject.

Sebab tu, orang yang bijak kewangan, mereka akan ambil Medical Card Peribadi sebagai backup plan siap-siap masa badan tengah sihat. Guna pelan yang ada deductible (co-takaful) pun tak apa untuk rendahkan caruman bulanan, asalkan ada perlindungan sendiri.

Jangan tunggu sampai hilang kerja baru nak cari Takaful. Masa tu dah terlambat.

👇 Komen "KUMPULAN" di bawah. Saya bantu audit perlindungan sedia ada anda dan tunjukkan cara paling jimat untuk lock pelan peribadi.

Hari Raya Korban adalah masa terbaik untuk kita muhasabah dan memperbaiki diri. Semoga tahun ini membawa perubahan yang ...
26/05/2026

Hari Raya Korban adalah masa terbaik untuk kita muhasabah dan memperbaiki diri. Semoga tahun ini membawa perubahan yang baik untuk kita semua.

Salam Aildiladha 1447H!

23/05/2026

JANGAN BIARKAN ISTERI ANDA "MENGEMIS" HARTA SENDIRI! 🏠💔
Realiti pahit di Malaysia: Beratus juta ringgit harta beku sebab urusan pusaka yang tak selesai. Dan yang paling terkesan? Selalunya si Isteri.
Banyak suami buat silap ni:
❌ Ingat isteri automatik dapat semua harta.
❌ Tak sedar proses Faraid ambil masa bertahun-tahun.
❌ Tak sedar akaun bank suami kena beku serta-merta.
Sebab tu HIBAH TAKAFUL dipanggil 'Duit Kecemasan'.
✅ Laju: Tak perlu melalui prosedur mahkamah/faraid yang rumit.
✅ Mutlak: 100% milik isteri (atau penama), waris lain tak boleh tuntut.
✅ Tunai: Isteri ada duit untuk bayar peguam, bayar hutang, dan sara anak-anak sementara tunggu harta lain cair.
Hadiah paling bermakna untuk isteri bukan setakat emas atau beg tangan, tapi Ketenangan Minda bila kita sudah tiada.
👇 Komen "HIBAH" di bawah. Saya tunjukkan macam mana nak sediakan 'Payung' sebelum hujan untuk keluarga anda.

LHDN galakkan rakyat malaysia start request e-invoice untuk barang yang dibeli. Basically untuk record tax declaration n...
22/05/2026

LHDN galakkan rakyat malaysia start request e-invoice untuk barang yang dibeli. Basically untuk record tax declaration nanti. Ini antara barang yang kita boleh start biasakan request e-invoice.

Sumber: says.com

25/04/2026

ANDA NAK BERSARA SEBAGAI “SULTAN” ATAU SEBAGAI “BEBAN”? 🧓⚠️

Penat-penat kita kerja sekarang, bayar hutang, besarkan anak... Pernah tak kita tanya diri sendiri: “Siapa yang akan sara aku bila aku dah tak larat nanti?”

Realiti yang ramai orang tak nak dengar:
1️⃣ Inflasi: RM1,000 hari ni, nilai dia mungkin tinggal RM400 saja masa kita umur 60 nanti.
2️⃣ Kebocoran Simpanan: Bila sakit, ramai orang terpaksa korek duit KWSP/simpanan tua sebab tak ada Medical Card yang padu.
3️⃣ Jangka Hayat: Kita hidup makin lama, tapi adakah duit kita cukup ‘panjang’ untuk sara hidup kita?

Takaful Persaraan bukan sekadar simpanan. Ia adalah JAMINAN MARUAH.
✅ Simpanan Terjamin: Walaupun kita ditimpa musibah/sakit, simpanan tetap berjalan (Waiver).
✅ Dana Perubatan Asing: Tak perlu usik duit hari tua untuk bayar bil hospital.
✅ Ketenangan Minda: Bersara dengan duit yang cukup untuk travel dan ibadah, bukan untuk bayar hutang.

Jangan tunggu umur 55 baru nak fikir.

👇 Komen “PENCEN” di bawah. Saya akan buatkan simulasi percuma mengikut bajet anda untuk pastikan hari tua anda tetap bermaruah

18/04/2026

BOS “OFF”, BISNES PUN “BUNGKUS”? 🏢⚠️

Kita sebagai owner bisnes, kitalah enjin, kitalah otak, kitalah tukang cari sales. Tapi pernah tak kita fikir... kalau satu hari nanti ‘otak’ bisnes ni tiba-tiba jem?

Apa jadi kat pekerja kita? Apa jadi kat hutang-hutang syarikat?
Kebanyakan bisnes melingkup bukan sebab tak ada customer, tapi sebab akaun bank kena LOCK bila owner dah tak ada. Masa tu:
❌ Supplier dah tak bagi kredit.
❌ Bank mula tanya bila nak setel loan.
❌ Gaji pekerja & sewa kedai tetap kena bayar macam biasa

Inilah fungsi Keyman Takaful. Ia adalah MODAL KECEMASAN untuk syarikat anda:
✅ Ada cash segera untuk pusing modal (Replacement fund).
✅ Boleh setel hutang supplier tanpa lelong aset.
✅ Keluarga anda mewarisi bisnes yang ‘sihat’, bukan mewarisi beban.

Jangan biar impian yang anda bina bertahun-tahun ni hancur dalam masa semalam.

👇 Komen “BISNES” sekarang. Kita sembang macam mana nak buat pelan kontigensi untuk syarikat anda.

Jom client PruBSN, kita register our new and improve customer portal. Peluang untuk menang cabutan rezeki.
16/04/2026

Jom client PruBSN, kita register our new and improve customer portal. Peluang untuk menang cabutan rezeki.

Eksklusif untuk pelanggan PruBSN! Jom rebut peluang untuk memenangi Proton e.MAS 5 Premium atau iPhone 17 Pro.

📲 Daftar akaun PRUServices anda hari ini untuk menyertai Cabutan Rezeki.

Ikuti 3 langkah mudah ini:

1️⃣ DAFTAR di pruservices.prubsn.com.my
2️⃣ SAHKAN identiti dengan OTP
3️⃣ TETAPKAN nama pengguna dan kata laluan

🎉Pendaftaran berjaya = penyertaan automatik!

Tempoh kempen: 13 April - 30 Jun 2026

Genggam peluang, jadi pemenang Cabutan Rezeki PRUServices. Sertai hari ini!

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.prubsn.com.my/ms/pruservices

Address

3A-18 MKH Boulevard, Jalan Changkat
Kajang
43000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Aiman Rahman Takaful Advisor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Aiman Rahman Takaful Advisor:

Shortcuts

Share