Perunding HIBAH Wassiyyahshoppe 2020

Perunding HIBAH Wassiyyahshoppe 2020 Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Perunding HIBAH Wassiyyahshoppe 2020, Kajang.

26/12/2019

Dah terima harta masa hidup, bila meninggal datang tuntut lagi..
-----------------------------------------

"Usayri, tolong sampaikan kisah akk ni pada org ramai.. Biar mereka buka mata pentingnya merancang ketika hidup...

Arwah suami akk dh meninggal 4 tahun lepas.. Akk ni isteri dari perkahwinan kedua arwah.. Dgn isteri pertama bercerai hidup, arwah ada 4 orang anak.. 23 tahun akk hidup bersama arwah.. Kami ada 2 org anak..

Akk biaya anak2 akk belajar guna duit sendiri.. Sekarang duit akk pun dah habis.. Kes pusaka arwah masih belum selesai sbb tuntutan dari anak-anak arwah dari perkahwinan pertama beliau..

Masa arwah masih hidup, dia jual rumah miliknya di KL, hasilnya rm700k dibahagi kepada bekas isteri dan 4 orang anak dari perkahwinan pertama dgn pesan apa jua pusaka yang tinggal selepas ini utk akk dan anak2...

Masa hidup lagi akk rasa cara pesan mcm ni agak berisiko dan perlu penyelesaian lebih baik, tapi setiap kali akk bangkitkan hal ni suami melenting.. Dia kata dia tahu apa dia buat.. Sekarang nasik dah jadi bubur.. Mereka tuntut lagi pusaka arwah..

Tidak cukup sekadar ambil hak faraid, kes jadi tergendala sebab mereka nak nafikan hak akk dan anak-anak... Hatta rumah yg akk beli dari hasil titik peluh akk pun mereka nak tuntut sebagai harta sepencarian arwah.. Sebab tu sampai sekarang kes belum selesai"..

GILA!

Jangan main2 bab harta... Manusia bisa langgar sempadan kerana gelap mata..

Penyelesaian berkaitan perwarisan harta perlu HITAM PUTIH, KAEDAH YANG TEPAT, TERBUKTI BERKESAN DARI SUDUT PERUNDANGAN! Bukan solusi syok sendiri...

Ini salah satu kisah tidak merancang untuk mereka yang berkahwin semula, ketiadaan empunya badan buat waris dari perkahwinan pertama dan kedua bergaduh sesama sendiri..

Merancanglah tuan dan puan agar perkara sebegini tidak terjadi..

Rancang kerana sayang!

Mohd Usayri Bin Mohd Zin
Perunding Mawarith Profesional

26/12/2019

JANGAN SEKALI-KALI MELEPASKAN ANAK UNTUK DIBELA / DIBESARKAN ORANG LAIN !

Ini antara kisah yang di PM kepada saya oleh seorang ayah. Dalam proses bertanya perihal perancangan harta si ayah mengadu kenapa anak2 tidak rapat dengannya. Meneliti kisahnya, satu kesimp**an yang dapat dibuat ;

Jangan sekali-kali lepaskan anak2 untuk dijaga / dibesarkan oleh orang lain baik oleh datuk / nenek, ibu / bapa, adik-beradik , saudara atau oleh sesiapapun.

Susah macam mana pun kita, miskin macam mana pun kita, dhaif dan merempat macam mana pun kita, tertekan & depression macam mana pun hidup kita, JANGAN SEKALI-KALI lepaskan anak2 untuk dibela / dibesarkan orang lain.

KENAPA ?

Kerana ikatan kasih sayang dengan anak2 perlu dibina dalam keadaan susah atau senang dari mereka menjenguk dunia sehingga mereka di puncak dunia.

Jika kita struggle untuk hidup, biarkan anak itu merasai dan melihat betapa peritnya kita berusaha. Jika kita dikurnia rezeki yg murah, berkongsilah kesenangan itu dengan anak. Jika kita hidup dibelenggu pelbagai tekanan dan masalah, biarkan anak itu melihat dengan mata kepalanya sendiri kita menangis teresak2 di sejadah memohon bantuan Ilahi. Barulah mereka appreciate segala pengorbanan kita.

JANGAN SEKALI-KALI MELEPASKAN ANAK UNTUK DIBELA / DIBESARKAN ORANG LAIN.

Waktu remaja waktu paling kritikal kerana pembentukan identiti berlaku di fasa ini. Jika kita "invisible" hilang dari radar pada fasa ini ketika si anak bertempur pelbagai emosi menguji keremajaan, kita akan 'hilang' dia seumur hidup kita.

Amat sukar untuk si anak bertaut emosi berangkai kasih tatkala dewasa apabila hampir keseluruhan umur remajanya ibubapa "hilang" dari radar.

Ibubapa , JANGAN SEKALI-KALI MELEPASKAN ANAK UNTUK DIBELA / DIBESARKAN ORANG LAIN. Susah senang ketawa menangis waimah kalau kebuluran sekalipun, biarlah si anak sentiasa di sisi kita melalui segala detik susah senang bersama.

Kasih sayang ibubapa tidak cukup sekadar didoa dari jauh sahaja. Perkataan "sayang" bukan sahaja perlu diucap malah perlu diterjemah dalam bentuk pelukan mesra, ciuman hangat di dahi, butir kata mutiara nasihat & pandangan syahdu refleksi cinta yang tak bertepi SETIAP HARI / SEKERAP YANG MAMPU dari merahnya tapak kaki hingga ke penghujung nyawa.

Kasihan kepada anak yang terkial2 melalui pendewasaan tanpa kasih sayang ibubapa. Siapakah yang salah ? Tiada siapa yang bersalah. Inilah ujian Allah kepada mereka. Semoga bertemu titik persamaan.

Maaf jika ada yang terasa dengan posting ini. Tiada niat menyinggung mana2 pihak. Sekadar berkongsi pandangan.

22/12/2019

HUKUM PEWARISAN BAGI KES KEMATIAN SERENTAK

Pasangan suami isteri maut ditempat kejadian dan dua lagi parah membabitkan 3 motosikal apabila belaku kemalangan di lorong motosikal di Lebuhraya Persekutuan, Petaling Jaya, hari ini.
Dalam senario kematian di tempat kejadian, seringkali waktu kematian sukar dikenal pasti dan ada kemungkinan dikategorikan sebagai kematian serentak.
Dalam situasi begini bagaimana hukum pewarisan bagi kematian serentak?
Dibawah fatwa yang boleh digunakan sebagai rujukan. Semoga bermanafaat.
...........

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-83 yang bersidang pada 22 - 24 Oktober 2008 telah membincangkan Hukum Pewarisan Bagi Kes Kematian Serentak. Muzakarah telah memutuskan bahawa mana-mana ahli keluarga yang meninggal dunia secara serentak dalam kejadian yang sama atau sebaliknya dan tidak dapat ditentukan siapa yang mati terlebih dahulu bagi menentukan hak pewarisan, maka mereka tidak akan saling mewarisi antara satu sama lain kerana berdasarkan syarat-syarat pewarisan, waris (al-warith) hendaklah masih hidup semasa kematian orang yang mewariskan (al-muwarrith). Oleh itu, harta pusaka si mati akan dibahagikan kepada waris-waris yang hidup tanpa mengambilkira bahagian ahli keluarga yang mati bersamanya.

Bagi merekodkan waktu kematian, perakuan pakar perubatan hendaklah diterimapakai dan dicatatkan dalam Sijil Kematian.

Keterangan/Hujah:

1. Bagi kes ahli-ahli keluarga yang meninggal secara serentak yang tidak dapat ditentukan siapa meninggal terlebih dahulu dalam kejadian kapal karam, kebakaran, tertimbus dalam runtuhan, kemalangan jalan raya dan sebagainya, Jumhur Fuqaha’ kecuali mazhab Hanbali berpendapat bahawa mereka itu tidak saling mewarisi antara satu sama lain kerana syarat pewarisan ialah waris (al-warith) hendaklah masih hidup sewaktu kematian orang yang yang mewariskan (al-muwarrith) sedangkan dalam kes kematian serentak syarat tersebut tidak dipenuhi. Dalam kejadian tidak dapat ditentukan siapa yang mati terlebih dahulu di kalangan ahli keluarga, maka mereka tidak saling mewarisi antara satu sama lain.

2. Berdasarkan pendapat Jumhur Fuqaha’, harta pusaka si mati dibahagikan kepada waris-waris yang hidup tanpa mengambil kira bahagian ahli keluarga yang mati bersamanya. Sebagai contoh: sekiranya dua (2) orang adik beradik meninggal dunia secara serentak dalam kebakaran. Setiap seorang daripada mereka meninggalkan wang simpanan berjumlah RM90,000 beserta seorang ibu, seorang anak perempuan dan seorang bapa saudara sebelah bapa (‘am).

3. Menurut pandangan Mazhab Hanafi, Maliki dan Syafi’i, harta tersebut akan diwarisi oleh ibu dan anak-anak perempuan mereka tanpa mengambil kira bahagian saudara yang meninggal bersama. Dalam hal ini, anak perempuan mereka akan menerima ½ atau RM45,000 setiap seorang manakala ibu akan mendapat 1/6 atau RM15,000 daripada jumlah wang simpanan anak pertama dan anak kedua. Manakala selebihnya iaitu RM30,000 akan diperolehi oleh bapa saudara sebelah bapa mereka sebagai ‘asabah yang mengambil lebihan harta pusaka.

4. Dar al-Ifta’ Mesir telah mengeluarkan fatwa bagi kes kematian serentak melibatkan ahli keluarga dengan menyatakan bahawa ahli keluarga berkenaan tidak mewarisi antara satu sama lain.

5. Dalam isu pewarisan bagi kes kematian serentak ini, pandangan Jumhur Ulama’ lebih fokus berbanding dengan yang lain di mana Jumhur menetapkan bahawa mereka tidak saling mewarisi antara satu sama lain dan harta pusaka si mati akan dibahagikan kepada waris-waris yang hidup tanpa mengambil kira bahagian ahli keluarga yang mati bersamanya.

6. Jawatankuasa boleh mengambil pandangan Jumhur dalam menentukan hukum kerana ia berdasarkan kepentingan dan maslahah umat Islam.

Sumber:

Jakim – Fatwa Kebangsaan

26/07/2019

PERINGATAN UNTUK PASANGAN YANG ADA ANAK BAWAH UMUR 18 TAHUN !

Berita kematian sepasang suami isteri yang meninggalkan dua anak perempuan bawah umur memenuhi ruang akhbar & socmed.

Ramai orang yang bersimpati sekarang namun kehidupan perlu diteruskan. Selepas simpati itu surut anak2 yatim piatu ini perlu mengharungi kehidupan ini dengan pergantungan kepada orang2 di sekeliling mereka.

Seperti juga kes Duke beberapa tahun dulu , beberapa isu akan timbul dari kes ini :

1. Hak penjagaan ( hadhanah ) anak2. Ini akan ditentukan oleh Mahkamah Syariah.

2. Siapakah yang akan memegang secara amanah segala sumbangan orang ramai sekarang ? Apakah jaminan wang itu akan diuruskan secara profesional untuk manfaat anak2 yatim itu ?

3. Perlantikan penjaga harta. Adakah pasangan ini sudah melantik penjaga harta bagi pihak anak2 bawah umur ini ? Ini ada dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah juga.

4. Urusan harta pusaka pasangan ini. Siapa yang nak uruskan dan tanggung kosnya ? Neneknya akan urus dan tanggung kos ? Siapa yang nak bimbing nenek ni p**a ?

5. Siapa waris2 yang berhak ke atas harta pusaka pasangan ini mengikut hukum faraid memandangkan mereka hanya ada anak perempuan sahaja ?

6. Mungkin pasangan ini ada polisi takaful dengan anak2 bawah umur ini sebagai penerima hibah tetapi bagaimanakah pengurusannya dibuat kerana penerima hibah ini bawah umur ? Adakah jaminan manfaat takaful ini akan digunakan sepenuhnya untuk kebajikan anak2 bawah umur ini ?

Sebagai ibubapa kita mungkin tidak terfikir cabaran2 ini bakal dihadapi anak2 bawah umur kita jika sesuatu berlaku kepada kita hari ini.

Anda boleh membantu anak2 mengatasi cabaran2 ini dengan merancang harta anda bersama Wasiyyah Shoppe Bhd .

Kecuali persoalan no 1 yang memang kuasa di tangan Mahkamah Syariah, persoalan 2 - 6 boleh dijawab dengan mudah jika anda bertindak merancang harta anda hari ini.

Ingatlah perancangan kita tidak dapat mengatasi perancangan Allah SWT. Pasangan yang ada anak bawah umur 18 tahun, tolonglah bantu anak2 anda jika anda benar2 sayangkan mereka.

RANCANG HARTA DAN URUS PUSAKA KINI TEPAT DAN MUDAH.

26/07/2019
15/07/2019

APA KAITAN INCOME REPLACEMENT DGN MANFAAT TAKAFUL ?

Hari ini diarahkan berehat. Maka doklah rumah tapi cpu enggan berhenti. Maka inilah perkongsian saya dengan kawan2 fb sekelian.

INCOME REPLACEMENT ni antara hujah paling banyak digunakan kawan2 perunding takaful dlm mempromosikan perkhidmatan mereka.

INCOME REPLACEMENT secara tepatnya bermaksud gantian pendapatan. Jika suami membawa 'take home pay' RM 10 000 sebulan untuk menampung keluarganya, INCOME REPLACEMENT bermakna jika sesuatu berlaku kepada suami itu maka isterinya juga akan menerima RM 10 000 sebulan sama seperti ketika suaminya masih hidup.

Hibah takaful BUKAN INCOME REPLACEMENT mechanism secara tepat. Bila suami mati, sebagai penerima hibah, isteri menerima manfaat takaful contohnya RM 1 juta. Terserah kepadanya bagaimana dia ingin membelanjakannya.

Mungkin juga manfaat itu tidak akan bertahan lama jika dibelanjakan secara boros. Mungkin juga sebahagian manfaat itu akan menjadi milik lelaki lain jika si isteri p**a mati selepas berkahwin semula dengan suami yang baru. Pelbagai kemungkinan boleh berlaku ke atas manfaat takaful yang diberi secara hibah. Hasrat INCOME REPLACEMENT tidak akan tercapai jika ini keadaannya.

Sebaliknya INCOME REPLACEMENT ini confirm boleh berlaku jika peserta takaful menggunakan haknya mengikut Seksyen 7 Jadual 10 IFSA 2013.

Wasiyyah Shoppe Bhd boleh dilantik sebagai PEMEGANG AMANAH kepada manfaat takaful dan diarahkan untuk membayar secara bulanan RM 10 000 itu tadi kepada isteri atau apa2 perbelanjaan yang lain. Isteri tu nak kahwin mana2 lelaki pun selepas itu kahwinlah. Perbelanjaan bulanan tetap berjalan seperti biasa.

Di Wasiyyah Shoppe Berhad, perkhidmatan ini dikenali sebagai ISTI'MAN . Tanyalah mana2 perunding kami yang terlatih di seluruh Malaysia mereka boleh membantu.

Jadikankah manfaat takaful anda sebagai INCOME REPLACEMENT yg sebenar.

RANCANG HARTA DAN URUS PUSAKA KINI TEPAT DAN MUDAH.

PM 0132082887

14/07/2019

DAH HIBAH RUMAH KEMUDIAN NAK TUKAR NAMA PENERIMA-PENERIMA HIBAH, APA PERLU DIBUAT OLEH PEMBERI HIBAH?

Perkara ini biasa bagi mak ayah yang memberikan anak-anak rumah kemudian ingin mengubah pemberian sama ada ubah peratusan atau ubah rumah.

Contoh ayah memberikan 2 orang anak perempuannya rumah A di mana masing-masing anak menerima sama banyak 50%-50%.

10 tahun kemudian ayah ingin mengubah pemberian rumah A kepada seorang sahaja anak perempuannya kerana seorang anak perempuannya ini hanya bekerja sebagai operator kilang, manakala anak yang seorang lagi bekerja sebagai ejen takaful dan mempunyai 2 buah rumah.

Apa yang perlu dibuat oleh ayah ini?.

1. Ayah ini perlu menarik balik hibah sama ada melalui lafaz atau tindakan. Contoh lafaz,"ayah tarik balik harta yang ayah hibah ya sayang". Contoh tindakan, si ayah menjual harta tersebut diberikan kepada orang lain.

2. Penarikan kembali harta hibah yang diberikan ayah kepada anak-anak atau keturunan (cucu) tidak perlu izin dari anak-anak. Bukanlah ayah ini buruk siku!.

3. Walaupun ayah boleh menarik hibah tanpa izin, tetapi sebagai proses formal di dalam dokumen supaya tidak berlaku salah faham pada masa akan datang, ayah boleh memaklumkan kepada pembuat dokumen tentang penarikan.

4. Jika ayah membuat dokumen sendiri, ayah boleh membuat suatu akuan tentang penarikan harta hibah ini.

5. Jika ayah membuat dengan peguam atau syarikat tertentu, ayah boleh memaklumkan kepada peguam atau syarikat yang dilantiknya untuk membuat dokumen hibah ini.

6. Sesetengah peguam atau syarikat mengenakan bayaran jika pemilik harta ingin mengubah semula dokumen yang telah dibuat, sesetengah pengurusan tidak dikenakan bayaran.

7. Jika dokumen hibah tersebut telah memperolehi perintah pengishtiharan dari Mahkamah Syariah, dapatkan nasihat dari peguam atau syarikat yang mendapatkan perintah tersebut untuk dirujuk kembali perintah ke pejabat pendaftaran mahkamah untuk dibatalkan.

8. Sesetengah pembuat dokumen hibah mungkin tidak wujud lagi apabila ingin dirujuk kembali pada masa akan datang, maka pembuat hibah (ayah) ini boleh dapatkan khidmat peguam atau syarikat lain.

9. Perlu ingat, setiap syarikat mempunyai bentuk dan penulisan hibah yang berbeza kerana tiada satu "standart" penulisan yang dibuat di Malaysia melainkan di dalam dokumen hibah tersebut mempunyai rukun. Ada sebahagian penulisan menyatukan di antara sighah (ijab & qobul) dengan al-kabd ada yang mengasingkan tentang isi penerangan.

Allhua'lam



PM 0132082887

05/07/2019

Ramai orang cakap bab....
wasiat!!!
hibah!!!
faraid!!!

tapi ada ka kita pi belajaq bab ini secara serius???adakah kita sedar bab wasiat..faraid..hibah penting sangat???

cuba kita bayangkan...harta ayah kita banyak..tiba-tiba ayah kita meninggal dunia...terpingga-pingga kita nak agihkan harta ini pada waris faraid..

aduhhhh...brp bahagian utk ibu aku?aduhhh brp bahagian utk abg dan adik lelaki aku..dan aduhhh brp bahagian utk adik dan kakak perempuan aku...

aku tak tahu langsung nk kira faraid...
pening..pening..pening..

Mcm ni lah tak payah pening-pening saya boleh bantu anda buat faraid...wasiat dan HIBAH...

Hubungi saya

013-208 2887



04/07/2019

Dulu makcik ni kaya!!!!
Tiba-tiba duduk rumah orang tua!!!

La kenapa jd mcm tu...ya allah...

Nak buat mcm mana bila terlalu sayangkan anak...ada harta sendiri pi tukaq nama anak...
kenapa makcik ni cerdik sangat???

Lain kali x payahlah tukaq nama sapa-sapa pun..HIBAHLAH

PM saya segera cara-cara nak hibah..
0132082887

Kenapa mengeluh setiap bulan wang x cukup!!!Nak hidup mewah berhutang..buat personal loan...kenapa???Marilah Join saya s...
01/07/2019

Kenapa mengeluh setiap bulan wang x cukup!!!

Nak hidup mewah berhutang..buat personal loan...kenapa???

Marilah Join saya sebagai PERUNDING PERWARISAN ISLAM...Datang dengar dulu baru REJECT..

LIHAT TARIKH...LIHAT JAM
Hubungi saya segera

http://www.wasap.my/60132082887/syberminat

as salam semua..sesiapa yang ingin merancang harta anda atau ingin mengetahui faraid anda bolehlah menghubungi saya deng...
29/06/2019

as salam semua..

sesiapa yang ingin merancang harta anda atau ingin mengetahui faraid anda bolehlah menghubungi saya dengan segera...

LAGI LAMA BERTANGGUH LAGI LAMALAH ANDA TIDAK TAHU FARAID ANDA

http://www.wasap.my/60132082887/syberminatnaktahu

Address

Kajang
43500

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 10:00 - 12:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60132082887

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perunding HIBAH Wassiyyahshoppe 2020 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share