Kolej Komuniti Hulu Langat

Kolej Komuniti Hulu Langat FB - KKHL menawarkan 3 sijil kursus sepenuh masa dan pelbagai kursus pendek PSH.
(202)

Pengarah - Ts Nizam Mohd Nasir
Timbalan Pengarah Akademik - En Muhammad Idris Musa
Timbalan Pengarah Pengurusan - Pn Yuzilawati Mohamad Yunus

********************************************
Visi:

Kolej Komuniti Hulu Langat Institusi TVET Dan Pembelajaran Sepanjang Hayat Ulung Tahun 2025

********************************************
Misi:

1) Melahirkan graduan yang kompeten, holistik, berciri keu

sahawanan dan seimbang
2) Memperkasakan pengetahuan dan kemahiran komuniti setempat melalui Pembelajaran Sepanjang Hayat
3) Menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif
4) Memanfaatkan kolaboratif melalui perkongsian pintar

********************************************

Kursus sepenuh masa yang ditawarkan adalah seperti berikut:

STM - Sijil Teknologi Maklumat

SPU - Sijil Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara

SPP - Sijil Pengoperasian Perniagaan

KKHL tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Sebarang pertanyaan sila emelkan kepada [email protected]

Untuk PERMOHONAN Kursus Latihan Khas / Pendek:
Klik: 🖱https://app.mypolycc.edu.my/epsh/cc/borang/default.asp

Ketahui lebih lanjut untuk INFORMASI di pautan: https://linktr.ee/PSHKKHuluLangat

KLUSTER PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN ASAS VIDEO EDITING APLIKASI DI TELEFON BIMBIT UNTUK PROMOSI PERNIAGAAN (APLIKASI CAP...
12/06/2026

KLUSTER PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

ASAS VIDEO EDITING APLIKASI DI TELEFON BIMBIT UNTUK PROMOSI PERNIAGAAN (APLIKASI CAPCUT)

12 Jun 2026 | Jumaat | 8.00 am - 1.00pm | Bilik Kuliah 4 |
Pengajar: Suzana Zainol Abidin | PP: Mazwina Hanim Abu Bakar

Peserta didedahkan dengan asas-asas:
1. Memahami asas dan pengenalan keusahawanan.
2. Mempelajari dan memahami asas menyunting video untuk promosi perniagaan.
3. Praktikal menyunting video.

Semua peserta memberikan kerjasama yang baik dan menunjukkan minat dan kesungguhan semasa sesi pembelajaran. Diharapkan kursus ini dapat memberikan pendedahan kepada peserta betapa pentingnya perancangan dalam penyediaan video perniagaan yang menarik dan efektif dalam meningkatkan jualan.

KLUSTER JAHITAN & PAKAIAN SENI BATIK : JAHITAN BAJU KURUNG TRADISIONAL SIRI 1 & 212 Jun 2026 | Jumaat | 8.00am - 5.00pm ...
12/06/2026

KLUSTER JAHITAN & PAKAIAN

SENI BATIK : JAHITAN BAJU KURUNG TRADISIONAL SIRI 1 & 2

12 Jun 2026 | Jumaat | 8.00am - 5.00pm | Bengkel Jahitan, KKHL 
Komuniti Setempat
Pengajar: Fatimah Wati Mat Khairi | PP: Jaslin Azira Jaafar

Peserta didedahkan kepada pengetahuan dan kemahiran asas secara teori dan amali berdasarkan proses kerja sebenar dalam bidang jahitan. Penekanan diberikan kepada kemahiran membuat pola, memotong fabrik serta menjahit pakaian dengan menggunakan teknik dan kaedah yang betul.

Di dalam modul ini, peserta turut didedahkan kepada teknik mengambil ukuran badan sendiri, melakar pola asas, memotong fabrik dengan tepat, menjahit tepi (overlock), serta kemahiran menjahit leher bulat baju kurung dan membuat cantuman pesak dan kekek bagi menghasilkan pakaian yang kemas dan berkualiti.

KLUSTER JAHITAN DAN PAKAIAN JAHITAN DRESS PRINCESS CUT WITH PUFF SLEEVES11 JUN 2026 | Khamis | 8.00 am - 5.00 pm | Bengk...
12/06/2026

KLUSTER JAHITAN DAN PAKAIAN

JAHITAN DRESS PRINCESS CUT WITH PUFF SLEEVES

11 JUN 2026 | Khamis | 8.00 am - 5.00 pm | Bengkel Jahitan, KKHL  
Komuniti Setempat | Pengajar: Fatimah Wati Mat Khairi | PP: Yusmaria Mohd Yusoff

Peserta akan didedahkan kepada pengetahuan serta kemahiran asas jahitan melalui pembelajaran teori dan amali yang mengikut proses kerja sebenar. Antara kemahiran yang dipelajari termasuk mengambil ukuran badan, menghasilkan pola, memotong fabrik serta menjahit pakaian menggunakan teknik dan kaedah yang betul.

Melalui modul ini, peserta akan mempelajari cara menghasilkan pola Dress Princess Cut mengikut ukuran badan sendiri. Selain itu, peserta turut didedahkan kepada teknik manipulasi pola yang membolehkan pelbagai rekaan pakaian dihasilkan hanya daripada satu pola asas dress.

KLUSTER PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANANKURSUS AUTOCOUNT CLOUD ACCOUNTING 14 & 15 Mei 2026 | 9.00am - 6.00pm | Makmal Kompute...
12/06/2026

KLUSTER PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

KURSUS AUTOCOUNT CLOUD ACCOUNTING

14 & 15 Mei 2026 | 9.00am - 6.00pm | Makmal Komputer Am | Pengajar / PP: Wan Noor Elyana Wan Mohamed | Hamizah Jaapar

Seiring dengan revolusi industri 4.0, teknologi perisian telah berubah menggunakan akses berasaskan awan (cloud-based). Pelajar didedahkan secara praktikal tentang cara membuat profil syarikat yang baru, Carta Akaun, merekod transaksi belian dan jualan yang melibatkan akaun pelanggan & pembekal serta membuat Penyata Penyesuaian Bank.

Pelajar diberikan tugasan secara 'real time' untuk merekod transaksi perniagaan sehingga boleh menjana laporan Penyata Kewangan perniagaan. Seterusnya boleh melihat markah tugasan yang diperolehi sebaik sahaja selesai menghantar tugasan kerana sistem menggunakan kaedah 'auto marking'. Ini membolehkan pelajar dapat menyemak bahagian kesilapan dalam perekodan kewangan perniagaan.

Kursus ini memenuhi keperluan pembelajaran pelajar dengan penggunaan teknologi dalam penyampaian pendidikan. Justeru, kursus ini turut memberikan nilai tambah pelajar ke dalam diri pelajar bagi memenuhi permintaan industri semasa.

[UPSH] BENGKEL PEMBANGUNAN KURSUS  BERSTRUKTUR (MICRO CREDENTIAL (MC)) PROGRAM SEPENUH MASA DAN BIDANG PSH KOLEJ KOMUNIT...
12/06/2026

[UPSH] BENGKEL PEMBANGUNAN KURSUS BERSTRUKTUR (MICRO CREDENTIAL (MC)) PROGRAM SEPENUH MASA DAN BIDANG PSH KOLEJ KOMUNITI HULU LANGAT 2026 SIRI 2

10 - 12 Jun 2026, RABU - JUMAAT | AnCasa Hotel Kuala Lumpur | Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat dan barisan proofreader, semakan dokumen serta penggubal dari semua program Akademik yang dilantik.

Setiap institusi perlu membangunkan Modul Kursus Berstruktur PSH dengan mengambil kira perkara yang dinyatakan dalam Kamus KPI POLYCC 2026 bagi menyokong pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) 19 bagi tahun 2026. Inisiatif UPSH KKHL melaksanakan satu bengkel bersiri kepada Barisan Penggubal dan AJK UPSH bagi mendapat gambaran yang lebih jelas pembangunan modul kursus PSH Berstruktur.

Semoga tercapai objektif yang digariskan:-

1. Memberi pendedahan kepada konsep dan kepentingan pembangunan Micro Credential (MC).
2. Membimbing peserta dalam mereka bentuk dan membangunkan modul MC yang berkualiti.
3. Menyelaraskan hasil pembelajaran (learning outcomes) selaras dengan keperluan industri.
4. Memastikan modul yang dibangunkan memenuhi piawaian jaminan kualiti dan akreditasi.
5. Memperkukuh kefahaman terhadap kaedah penilaian yang bersesuaian bagi MC.
6. Meningkatkan kemahiran peserta dalam penggunaan teknologi digital dalam pembangunan modul.

Terima kasih diucapkan kepada YBrs. Ts. Nizam bin Mohd Nasir, Pengarah yang sudi memberikan kata-kata aluan sekaligus bersama-sama Barisan Penggubal menjayakan Bengkel kali ini.

KKHL BRISK WALKKolej Komuniti Hulu Langat, 12 Jun 2026 - Unit Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan, Kolej Komuniti Hulu Lan...
12/06/2026

KKHL BRISK WALK

Kolej Komuniti Hulu Langat, 12 Jun 2026 - Unit Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan, Kolej Komuniti Hulu Langat (KKHL) telah menganjurkan Program Brisk Walk kepada kakitangan.

Aktiviti ini bertujuan untuk meningkatkan tahap kecergasan dan juga mengeratkan hubungan silaturahim sesama kakitangan KKHL.

Brisk walk ini telah melalui jarak sejauh 2.4km di sekitar KKHL. Secara keseluruhan, kakitangan KKHL telah menamatkan jarak tersebut dibawah 30 minit.

Tahniah dan syabas diucapakan kepada semua.

Unit Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan

KLUSTER PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANANKURSUS AUTOCOUNT CLOUD ACCOUNTING Seiring dengan revolusi industri 4.0, teknologi per...
11/06/2026

KLUSTER PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

KURSUS AUTOCOUNT CLOUD ACCOUNTING

Seiring dengan revolusi industri 4.0, teknologi perisian telah berubah menggunakan akses berasaskan awan (cloud-based). Pelajar didedahkan secara praktikal tentang cara membuat profil syarikat yang baru, Carta Akaun, merekod transaksi belian dan jualan yang melibatkan akaun pelanggan & pembekal serta membuat Penyata Penyesuaian Bank.

Pelajar diberikan tugasan secara 'real time' untuk merekod transaksi perniagaan sehingga boleh menjana laporan Penyata Kewangan perniagaan. Seterusnya boleh melihat markah tugasan yang diperolehi sebaik sahaja selesai menghantar tugasan kerana sistem menggunakan kaedah 'auto marking'. Ini membolehkan pelajar dapat menyemak bahagian kesilapan dalam perekodan kewangan perniagaan.

Kursus ini memenuhi keperluan pembelajaran pelajar dengan penggunaan teknologi dalam penyampaian pendidikan. Justeru, kursus ini turut memberikan nilai tambah pelajar ke dalam diri pelajar bagi memenuhi permintaan industri semasa.

Tarikh: 14 & 15 Mei 2026
Masa: 9.00am - 6.00pm
Pengajar : Pn. Elyana
Pembantu pengajar : Pn. Hamizah

KLUSTER KECANTIKAN DAN DANDANANPROGRAM PSH LATIHAN KEMAHIRAN SABBATIKAL -SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH PUTRAJAYAASAS CROCHET ...
11/06/2026

KLUSTER KECANTIKAN DAN DANDANAN

PROGRAM PSH LATIHAN KEMAHIRAN SABBATIKAL -
SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH PUTRAJAYA

ASAS CROCHET

9 & 10 Jun 2026 | Selasa | 8.00am - 1.00pm | Pelajar SAS | Pengajar/PP: Norhazlinda Mohd Hanapi & Wan Noor Elyana Wan Mohamed

Objektif Program
Pada akhir program ini, peserta akan dapat:
- Mengenal pasti peralatan dan bahan asas crochet seperti jenis benang, saiz hook (crochet hook), stich marker, gunting
- Memilih benang dan hook yang sesuai berdasarkan jenis projek, ketebalan benang dan keselesaan penggunaan.
- Memahami teknik asas crochet termasuk cara memegang hook dan benang dengan betul untuk menghasilkan jahitan yang kemas.
- Menguasai jahitan asas crochet seperti:
* Slip Knot
* Chain Stitch (ch)
* Single Crochet (sc)
- Mengaplikasikan kemahiran asas crochet dalam menghasilkan projek mudah berbentuk keychain.

Hasil Pembelajaran Program (Learning Outcomes)
Selepas mengikuti kursus ini, peserta mampu:
-Mengenal dan menggunakan peralatan crochet dengan betul.
-Menghasilkan jahitan asas crochet secara kemas dan konsisten.
-Menyiapkan sebuah keychain crochet yang boleh digunakan atau dijadikan cenderamata.
-Mengamalkan teknik dan prosedur kerja yang selamat semasa menjalankan aktiviti crochet.

Public lecture series : china-us current relationship and it’s impact to Malaysia 10 jun 2026 (Rabu)2.00 petangDewan za’...
11/06/2026

Public lecture series : china-us current relationship and it’s impact to Malaysia

10 jun 2026 (Rabu)
2.00 petang
Dewan za’ba, KPT

Pegawai Yang Terlibat :
1. Pn. Noorhidayah Mansor
2. Pn. Mazwina Hanim

Daripada sidang ini, kesimpulannya Malaysia perlu memperkukuh daya saing ekonomi, mempelbagaikan hubungan perdagangan, serta meningkatkan keupayaan diplomatik untuk menghadapi perubahan aspek geopolitik, ekonomi dan pendidikan.

11/06/2026

MAJLIS PENUTUPAN19 th MALAYSIA FIRA CUP 2026 POLITEKNIK KOTA BHARU

Address

Taman Prima Saujana
Kajang
43000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60387370037

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kolej Komuniti Hulu Langat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Kolej Komuniti Hulu Langat:

Share