11/10/2021
KESAL! AKIBAT LARI CUKAI, PENIAGA HILANG ASET RATUSAN RIBU SEMALAMAN!
Tahukah anda, kebanyakan kes 'lari cukai' bukanlah disengajakan! Malah, jika ditanya, ramai yang tidak tahu pun mereka telah melakukan kesilapan. Mereka anggap, jumlah yang mereka 'declare' itu tepat!
Malangnya, ramai pemilik syarikat, yang telah ber-bisnes bertahun-tahun, masih kurang faham tentang cara pengiraan cukai yang tepat! Dan mereka tidak tahu pun jenis pendapatan apakah yang perlu/dikecualikan cukai.
Jadi, untuk memudahkan urusan Cukai Perniagaan anda, ingat 4S ini:
➡️ SIMPAN
Resit biasanya saiznya kecil, jadi anda perlu pastikan tiada satu pun yang tercicir atau terlepas pandang. Antara resit perbelanjaan & jualan yang WAJIB anda simpan adalah bil api, air, internet, sewa & lain-lain, penyata gaji staf, resit stock/restock barang, invois jualan, resit yuran hadir kelas & seminar, dan banyak lagi!
➡️ SALINAN
Lebih baik jika anda kumpul dan tampal resit² tersebut di atas kertas A4. Kemudian, fotostat resit² (yang telah ditampal atas kertas A4) tersebut kerana salinan asal ni biasanya akan pudar.
➡️ SUSUNAN
Asingkan salinan fotokopi A4 yang dah siap fotostat tadi, mengikut bulan. Sebabnya? Memudahkan anda, atau akauntan, untuk 'track' dan kira jumlah perbelanjaan & jualan mengikut bulan.
➡️ SUBMIT
Lebih mudah jika anda 'outsource' Akauntan bertauliah luar. Mereka akan uruskan dari segi pendaftaran borang online di LHDN, submit borang, dan berapa amount cukai yang perlu dibayar dari keuntungan (tahunan).
Ingin tahu lebih lanjut mengenai cara uruskan Cukai Perniagaan?
Layari website kami sekarang untuk DAPATKAN KONSULTASI PERCUMA.
https://hexcorporate.com/perkhidmatan/cukai-perniagaan