18/09/2019
Risiko beli rumah bersama pasangan bila salah seorang meninggal dunia.
Biasanya, suami isteri akan membeli rumah bersama untuk kuatkan dokumen. Di SPA/SNP p**a akan ada dua nama. Nama suami dan nama isteri. Dua-duanya mengambil MRTA atau MRTT (takaful).Sekarang apa akan berlaku jika salah seorang meninggal dunia?
Jika harga rumah RM500,000. Rumah itu terbahagi 2 (sebab 2 nama):
• 50% nama suami (RM250,000)
• 50% nama isteri (RM250,000)
Jika suami meninggal dunia, 50% bahagian suami sudah takperlu bayar lagi , kerana takaful sudah bayarkan. Betul kan? Baki tu p**a 50% lagi isteri kena bayar lagi ke bank.
Isu yang timbul selepas Kematian Salah Seorang Penama
Bahagian suami(50%) dah jadi harta pusaka. Jika suami masih ada mak ayah, mereka boleh tuntut hak mereka daripada 50% tersebut.
Ya mereka ada hak ke atas bahagian anak lelaki nya itu yang mana nilainya 1/6 untuk ayah suami dan 1/6 untuk mak suami.
Jadi jom kita cuba kirakan berapa nilainya.
Contoh kes ikut harga rumah di atas rm500,000. Bahagian suami RM250,000
Seorang balu yang baru kehilangan suaminya, anak ada dua. Mak dan ayah mertua tidak mahu lepaskan hak. Mereka tetap mahukan bahagian mereka dalam rumah. Si isteri tidak mampu bayar, kerana jumlah bahagian mereka lebih kurang rm83,000
Ya, RM83,000
Sudahlah harta ini saja tinggal kepada balu dan anak-anaknya.Jadi macam mana bila emak dan ayah suami datang minta 50% bahagian suami tadi tu.Kenapa? sebab bahagian suami tu dah jadi pusaka.
Ini kes biasa yang ada di Malaysia. Ini baru mak ayah mertua, bagaimana p**a kalau waris ialah adik-beradik mertua?
Jadi apa penyelesaiannya? Buat lah satu polisi takaful untuk kita buat tebus hak.
Klik link ni untuk info lanjut berkaitan hibah takaful
www.wasap.my/601128833836/hibah_takaful