Syam Marcello

Syam Marcello Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Syam Marcello, No. 17, Jalan BM 3/18, Seksyen 3, Bandar Bukit Mahkota, Kajang.

24/09/2019



NAM atau New Age Movement, gerakan zaman baru.

NEW AGE adalah gerakan kebangkitan agama-agama bumi/ pagan melawan agama-agama langit seperti Islam, Nasrani, dan Yahudi.
NEW AGE bergerak di tiga cabang - cara pemikiran, spiritualisme / rohani, dan training motivasi & training personal development.
- puja berhala, puja semangat, puja pokok. Yang ni orang Islam tak akan buat sebab tahu salah!!

- puja diri sendiri seolah diri itu tuhan, ianya bermula dengan kita diajar untuk percaya/yakin akan kekuatan diri sendiri (will power, inner power, mind power, physical power). Benda ini akan membawa kepada diri. Walhal kita sudah diajar oleh nabi bahawa kita perlu buang sifat ‘aku’ kerana setiap perkara kita kena letak allah didalam hati dalam setiap kerja buat kita. Firaun adalah contoh manusia yg terlalu yakin akan kekuatan dan kekuasaan diri sendiri sehingga mencabar allah bila sampai kemuncaknya.

- spiritualisme tanpa tuhan ini akan membenarkan kita campur aduk ritual pelbagai agama. Ia dihidangkan secara ilmiah sehingga orang Islam terpegun & percaya, its ok untuk buat ritual pelik, yang penting kita masih ingat Allah. Perkara ini masyarakat mengambil ringan, sebab itu ilmu perlu ada bersanad sampai ke rasulullah (bersalasilah/jurai dari guru ke guru sampai ke rasulullah) kerana di akhirat nanti guru tersebut akan menjadi saksi kita di akhirat.

- dalam kelas motivasi kita diajar untuk yakin diri hebat, yakin dengan diri sendiri, yakin dengan potensi diri, akhirnya mewujudkan UJUB & KAGUM pada kehebatan diri sendiri. Antara keyword yang sering dihidangkan kepada kita adalah “Unleash Your Potential”. Daripada Abu Hurairah r.a. Katanya, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda “Umatku akan ditimpa penyakit -penyakit yang pernah menimpa umat-umat terdahulu” Sahabat bertanya “Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?” Nabi SAW menjawab “Penyakit-penyakit itu adalah, 1.Terlalu sombong, 2.Terlalu mewah, 3.Mengumpulkan harta sebanyak mungkin, 4.Tipu menipu dalam merebut harta benda dunia, 5.Saling memarahi, 6.Dengki-mendengki sehingga menjadi zalim menzalimi” (HR Hakim)

- kita digalakkan untuk melabel diri sebagai No 1, Best Coach, Best Motivator untuk wujudkan kagum pada diri sendiri. Berhati-hati juga sebab dalam bisnes, kita juga buat TOP RANKING STOKIS, Bestseller Product, Hot Selling #1.. Tapi cuba kita tengok balik bagaimana mereka ini menjadi top ranking, adakah dengan usaha mereka sendiri..TIDAK!! Mereka memerah keringat orang bawahan untuk mengejar sale, yang tiada sale akan dipinggirkan tanpa memikirkan masalah org bawahan, yang buat sale banyak akan dipuji dan menjadi anak emas bahkan apabila leader menang award mereka menyatakan diri mereka layak dapat diatas usaha keras dirinya sendiri tp dia lupa orang bawahan punya keringat yang diperah untuk mencapai impiannya..adakah ini AKHLAK yang baik dan ADIL???

- kita digalakkan untuk buang rasa takut, supaya semakin lama kita akan semakin hilang rasa takut pada Allah. No wonder mereka buat reality show Fear Factor! Inilah contoh Teknik BRAINWASH untuk hilangkan rasa takut. Contoh ekstrim kepada hilangnya rasa takut pada Tuhan - manusia berani tukar jantina, berani modify muka & badan untuk jadi apa yang nafsu mereka mahukan.
- digalakkan untuk happy selalu ketawa selalu, semakin banyak ketawa kita semakin bahagia. Namun Nabi ajar banyak ketawa itu mematikan hati. Tanya diri, berapa banyak cerita lawak popular yang ada di tv kita?

CARA NEW AGE - pada awalnya, kita diajar untuk guna suara kuat (contoh macam kita jerit-jerit I Am A Money Magnet macam dalam seminar), kita diajar detailskan doa kita, guna visualization (bayangan), guna gambar (macam vision board).

CARA NEW AGE - di hujungnya, ini adalah peringkat bilamana kita dah semakin berjaya, kita akan mula berdoa seolah kita nak Allah yang tunduk kepada permintaan kita. Iya, Allah makbulkan, namun dalam keadaan DIA MURKA. Inilah namanya “ISTIDRAJ”.

- manusia itu kononnya mempunyai potensi energy spiritual (rohani) yang tidak terbatas. Manusia disuruh untuk hilangkan rasa terbatasnya energy spiritual. Namun hakikat sebenar gerakan New Age adalah untuk HILANGKAN UCAPAN dalam diri umat Islam.

* LAHAULAWALAQUWATAILLABILLAH maksudnya “Tidak ada daya dan upaya kecuali dengan bantuan dari Allah”. Ini adalah ungkapan ketidakberdayaan seorang hamba kepada Allah.

Wallahualam.

Ya Allah,
AMPUNKAN KAMI YANG HINA INI.
AMPUNKAN KESILAPAN & DOSA KAMI.

Semuga ALLAH tetap sayang dan maafkan kesilapan kecuaian kami yang telan bulat-bulat ilmu barat tanpa usul periksa. InsyaAllah. Pintu taubat masih terbuka untuk kita semua.\

Daripada Abu Sa’id Al-Khudri r.a. Beliau berkata, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda “Kamu akan mengikut jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak sekalipun kamu akan mengikut mereka” Sahabat bertanya “Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nasrani yang Tuan maksudkan?” Nabi SAW menjawab “Siapa lagi?” (HR Muslim).



MENJUAL AGAMA KERANA DUNIA………………………………..

Daripada Abu Hurairah r.a. Beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda “Akan keluar pada akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka berpakaian di hadapan orang lain dengan pakaian yang dibuat daripada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat SIMPATI orang ramai, dan perkataan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala. Allah SWT berfirman kepada mereka “Apakah kamu tertipu dengan kelembutanKu? Ataukah kamu terlalu berani berbohong kepadaKu? Demi kebesaranKu, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim (cendekiawan) pun akan menjadi bingung” (HR Tirmizi)

20/07/2019
19/07/2019
16/07/2019

Challenges

16/07/2019
16/07/2019

Kegagalan Kerajaan Pakatan Harapan menangani isu ARAK ZERO ALKOHOL

Baru- baru ini, Syarikat Heineken Malaysia berhad sudah pun mempromosikan minuman tanpa alkohol dalam pasaran.

Apa? "NOW YOU CAN"? Apakah maksud tersirat sebalik tagline ini? Siapakah sasaran penjualan produk ini? Adakah produk ini boleh diminum oleh orang Islam?

Bagi Saya, Slogan dan iklan 'Zero' kandungan alkohol dalam produk syarikat itu mengelirukan umat Islam dan bukan Islam di negara ini.

Izinkan saya menerangkan serba sedikit fakta yang saya baca mengenai Isu Alkohol dalam makanan dan minuman. Menurut Muzakarah khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang membincangkan 'isu alkohol dalam makanan Dan minuman, pewangi dan ubat ubatan pada 14 hingga 16 julai 2011 telah bersetuju memutuskan :

1. Setiap minuman arak adalah mengandungi alkohol. Walaubagaimanapun bukan semua alkohol itu arak. Alkohol yang diperolehi dari prose's pembuatan arak, hukumnya Haram dan najis.

2. Manakala alkohol yang diperolehi bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis, tetapi haram (tidak Boleh) diminum dalam bentuk asalnya kerana is adalah racun Dan Boleh membunuh.

3. Minuman ringan yang diproses/dibuat bukan dengan tujuan untuk menghasilkan arak Dan mempunyai alkohol di bawah aras 1% v/v adalah harus (Boleh) diminum.

4. Manakala minuman ringan yang dibuat dengan niat Dan cara yang sama seperti proses membuat arak, sama ada mengandungi banyak atau sedikit alkohol atau alkoholnya disuling adalah haram diminum.

5. Makan atau minuman yang mengandungi alkohol secara semulajadi seperti buah-buahan, kekadang stay bijirin serta perahannya, atau alkohol yang terkandung itu secara sampingan semasa prose's pembuatan makanan atau minuman adalah tidak najis Dan harus (Boleh) dimakan/minum.

6. Makan atau minuman yang mengandungi bahan perisa atau pewarna yang mengandungi alkohol untuk tujuan penstabilan adalah harus (Boleh) digunakan sekiranya alkohol itu bukan dihasilkan dari prose's pembuatan arak Dan kuantiti alkohol dalam produk akhir itu adalah tidak memabukkan dannkadar alkohol tidak melebihi 0.5%.

7.Ubat ubatan Dan pewangi yang mengandungi alkohol sebagai bahan pelarut adalah tidak najis Dan diharuskan sekiranya alkohol tersebut bukan diambil melalui prose's pembuatan arak.

Maka dengan jelasnya, minuman ringan yang dibuat dengan niat dan cara yang sama seperti proses membuat arak, sama ada mengandungi banyak atau sedikit alkohol atau alkoholnya disuling adalah haram diminum dan tiada ruang untuk soal untuk menghalalkan apa jua minuman Jenis arak yang boleh diklasifikasikan sebagai halal.

Jadi soalannya, kenapa produk produk sebegini diberi kebenaran untuk pengiklanan secara terbuka?

Kita tahu majoriti golongan belia dalam negara kita adalah yang beragama Muslim. Bukankah pengiklanan sebegini mengelirukan dan memberi andaikan bahawa ianya boleh diminum oleh semua lapisan masyarakat tidak mengira agama dan bangsa?

Bukan itu sahaja, Kita juga melihat gejalah gejalah sosial dikalangan remaja yang sering melibatkan diri dalam pergaduhan di tepi jalan dan di restoran akibat mabuk minum arak. Bukankah promosi zero alkohol ini akan mengundang lagi ramai remaja untuk mencuba arak ini?

Saya berasa kesal dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama Islam , Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa kerana beliau sepatutnya peka dengan isu-isu semasa yang secara tidak langsung bertentangan dengan ajaran agama Islam dan agama-agama lain. Bukankah patut jika pihak berkuasa agama seperti Jabatan M***i dan JAKIM dapat mengeluarkan ketetapan yang jelas terhadap isu sebegini?

Sama seperti Ajaran Agama Islam, Agama Hindu juga mengharamkan semua jenis makanan ataupun minuman yang memudaratkan kesihatan dan membahayakan diri.

Sekurang-kurangnya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) patut menubuhkan majlis penasihat di peringkat kementerian kerana kepimpinan sedia ada tidak memadai untuk mengemudi Kementerian. KPDNHEP seharusnya pantau dan meneliti segala produk di negara sebelum memasuki pasaran.

Begitu banyak kelemahan dalam Kerajaan Pakatan Harapan. Isu-isu sebegini tidak memerlukan pengalaman lama dalam pentadbiran negara.



A.Subash Chandrabose

SEDAR MALAYSIA

Address

No. 17, Jalan BM 3/18, Seksyen 3, Bandar Bukit Mahkota
Kajang
43000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Syam Marcello posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share