Aku nak gaya hidup aku berubah
Alangkah indah kalau dah tak susah
Jadi pemilik bukan sewa rumah
Makan tak habis minum tak sudah
Bil api air semua bayar awal
Tulis cek selamba tak risau batal
Masuk dalam bank semua melopong
Dalam akaun ada banyak 0 0 0 0 0
Bebas kewangan maksudnya di sini adalah segala duit perbelanjaan tak perlu dirisaukan lagi, kerana simpanan sedia ada terlalu banyak sehingga bila pun dipakai ianya tak akan habis.
Persoalannya di sini, bagaimana kita nak tahu berapa banyak jumlah wang simpanan yang benar-benar cukup untuk kita simpan supaya ianya tak boleh habis dipakai hingga kita meninggal dunia kelak ? Ada yang memberi formula 10 tahun gaji. Ada yang kiraannya 20 tahun gaji. Tapi yang mana satu sebenarnya yang benar-benar cukup, dan menyeluruh tanpa mengabaikan faktor inflasi, jumlah hutang serta tanggungan, kesihatan dan IMPIAN (apa impian aku, kalau aku kaya... heheh) ?
Di sini lah tugas dan tanggungjawab team Freedom Empire bermula....
Sebelum memberikan sebarang saranan, sebagai seorang perunding kewangan kami perlu membuat kira-kira dan mengenalpasti keperluan serta jumlah kewangan yang diperlukan oleh seseorang pelabur kami. Kira-kira ini kami fikirkan juga untuk kegunaan bukan sahaja apabila pelabur kami mencapai hari tua kelak, namun kami turut ambil kira pelbagai faktor keperluan semasa pelabur agar setiap pelan kewangan yang diambil mencapai matlamat yang disasarkan. Antara faktor yang kami perhatikan adalah seperti :
kemampuan dan liabiliti pelabur
keperluan perbelanjaan bulanan tanpa mengabaikan kecemasan dan kos perubatan
‘current saving behaviour’
Ini termasuklah kos ‘event’ tahunan yang pastinya mengetuk kocek pelabur setiap tahun tanpa gagal. Antaranya yang popular dan trending pada hari ini adalah seperti :
perbelanjaan persiapan sekolah anak-anak
pembaharuan insurans dan road-tax kereta
kos rutin selenggaraan kereta
persiapan puasa dan raya
cukai pintu rumah, khairat kematian dan penduduk setempat
caruman takaful tahunan
percutian keluarga
Oleh yang demikian, memandangkan keperluan semasa pada hari ini amatlah banyak maka wang yang ada perlulah diagih dan dilaburkan dengan betul supaya mampu dan CUKUP untuk hari ini, esok dan setelah meninggal dunia (jika ada balu atau tanggungan yang tinggal, serta hutang-piutang yang belum dilangsaikan).
Apa tu ? ASB ke ?
Haaa... di sinilah kesilapan ramai-orang bahawa bila kita cakapkan tentang dividen, ramai yang beranggapan hanya ASB saja yang mapu memberikan pulangan yang terbaik. Hakikatnya, ada banyak lagi instrumen simpanan dan pelaburan yang mampu memberikan pulangan yang kompetetif, bersesuaian dengan keperluan yang berbeza-beza.
Kenapa pelan #DividendSponsorMyLifestyle ini penting ?
Kalau aku kaya
Aku nak gaya hidup aku berubah
Alangkah indah kalau dah tak susah
Jadi pemilik bukan sewa rumah
Makan tak habis minum tak sudah
Bil api air semua bayar awal
Tulis cek selamba tak risau batal
Masuk dalam bank semua melopong
Dalam akaun ada banyak 0 0 0 0 0
Yes, inilah sebabnya kita perlu ada pelan #DividendSponsorMyLifestyle. Supaya wang simpanan kita tidak habis dipakai, diguna, dimakan, di’bakar’, di’flush’ begitu saja. Bagai gunung yang ditarah-tarah, lama-lama tandus dan leperlah tanah itu. Pelan #DividendSponsorMyLifestyle yang kami sarankan ini sangat unik untuk setiap individu dan mungkin tidak sama dengan individu lain. Konsepnya sama dengan menanam ‘pokok’. Di mana ‘pokok’ ini suatu hari nanti bakal berbuah dan memberikan buah yang berterusan kepada kita selagi mana ‘pokok’ ini tidak ditebang. Malahan seandainya kita sudah meninggal kelak, ‘pokok’ ini boleh diwariskan kepada insan yang kita sayangi.
Apa bezanya jika berurusan dengan perunding kewangan Freedom Empire jika dibandingkan berurusan terus dengan kaunter bank ataupun dengan mana-mana perunding kewangan yang ada di pasaran ?
Kami yakin bahawa servis dan khidmat nasihat yang kami berikan adalah pada level berbeza dengan kebiasaan yang boleh diperolehi di kaunter bank, mahupun melalui perunding kewangan yang ada di luar sana. Ini adalah kebanyakkan perunding kewangan kami adalah yang terlatih, fasih dan kami diberikuasa melalui perlesenan dari pelbagai syarikat kewangan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bank Negara Malaysia.
Penerangan yang kami berikan juga adalah menyeluruh, langkah-demi langkah. Kami bimbing pelabur hingga matlamat pelaburan tercapai. Dari tempoh menanam benih ‘pokok’, menyiram, menuai buah, hingga ke proses mewariskan kepada insan pilihan tuan/puan, semuanya boleh kami uruskan tanpa perlua tuan/puan berulang-alik dari satu kaunter ke kaunter yang lain, atau dari satu perunding ke perunding yang lain.
Ini sudah tentu dapat menjimatkan banyak masa tuan/puan, mengurangkan kos pengurusan serta melapangkan fikiran tuan/puan.
Kami telah mempunyai banyak portfolia pelaburan yang telah bersama-sama kami sejak tahun 2005 hingga kini. Dan ramai yang telah berjaya menikmati hasil tuaian pelaburan di hari tua masing-masing.
Jika saya berminat, apa yang perlu dilakukan untuk saya mendapatkan khidmat perundingan kewangan dari team perunding Kewangan Freedom Empire ?
Ada beberapa pilihan yang boleh dibuat :
PILIHAN PERTAMA
Datang terus ke pejabat kami di Pusat Hentian Kajang, Kajang, Selangor. Bagi memastikan tempoh menunggu yang wajar, kami sarankan tuan/puan hubungi kami dahulu sekurang-kurangnya 3 jam sebelum datang agar perunding kewangan kami dapat menyusun jadual masing-masing. Nombor hotline kami adalah 010-5525-010. Kelebihan datang ke pejabat kami adalah dapat meningkatkan keyakinan tuan/puan bahawa telah berurusan dengan perunding yang betul, lokasi yang selesa, dan memberi kemudahan untuk berurusan lagi pada masa akan datang kerana telah tahu lokasi pejabat kami.
PILIHAN KEDUA
Hubungi nombor hotline kami untuk tetapkan temujanji jika tuan/puan berada di sekitar Kuala Lumpur ataupun Selangor. Jika tuan/puan berada di negeri lain, kami turut mempunyai perunding kewangan yang terlatih termasuk di Sabah dan Sarawak. Hubungi nombor hotline kami untuk kami aturkan. Mudah sahaja.
Adakah apa-apa dokumen yang perlu dibawa semasa temujanji bersama perunding kewangan Freedom Empire ?
Supaya dapat melancarkan dan memanfaatkan ruang dan masa termujanji itu nanti, berikut adalah dokumen yang perlu di bawa bersama :
Salinan kad pengenalan (3 keping)
Penyata KWSP
Penyata gaji (3 bulan terkini)
Penyata akaun bank tempat gaji masuk (3 bulan terkini)
Lain-lain penyata akaun (jika ada)
Polisi insurans/ takaful
Penyata hutang (jika perjumpaan bertujuan untuk pelan melangsaikan hutang awal)
Perlu difahami bahawa sebagai perunding kewangan yang berdaftar dan berintegriti, segala maklumat tuan/puan adalah dirahsiakan. Namun dalam masa yang sama, kami perlu mengesahkan setiap salinan dokumen yang tuan/puan serahkan kepada kami sekiranya tuan/puan memilih untuk mengikut saranan yang kami berikan.
Adakah sebarang paksaan pembelian apa-apa produk semasa temujanji ?
Tiada paksaan yang kami kenakan. Perkhidmatan yang kami tawarkan adalah mesra pelanggan. Tuan/puan boleh mendengar penerangan kami sebelum membuat sebarang pembelian ke atas mana-mana produk kewangan yang disarankan. Oleh itu sekiranya tuan/puan belum bersedia untuk membuat sebarang pembelian, bagi memastikan kedua-dua pihak mendapat manfaat daripada temujanji itu maka kami sarankan tuan/puan datang ke pejabat kami di Kajang untuk mendengar penerangan dan saranan kami secara percuma. Malah kami berbesar hati untuk menghadiahkan cenderamata atas kesudian datang berjumpa kami. Kami berharap dapat memudahkan urusan tuan/puan dan semoga tuan/puan mendoakan yang sama untuk semua team perunding kewangan Freedom Empire juga.