02/12/2020
Sharing is caring..
BAHAYA INSURANS KERETA 'MARKET VALUE'
Pernah tak anda tanya ejen insurans semasa 'renew roadtax', apa jenis (sum insured) insurans yang digunakan? Sama ada 'Agreed Value' atau 'Market Value'? Apa beza dua jenis ni?
Ketahuilah, selain daripada memilih insurans 'first party' atau '3rd party', jenis perlindungan agreed/market value turut perlu dititikberatkan. Kami bantu untuk terangkan kenapa.
Seperti yang kita semua tahu, nilai kereta akan jatuh sekitar 10-15% setiap tahun. Dan sesetengah kenderaan, mengalami penurunan yang lebih tinggi setiap tahun. Namun, apa kaitannya dengan sum insured insurans kenderaan?
Sum insured insurans berfungsi membantu pemilik kenderaan yang mengalami kemalangan 'total-loss'. Sekiranya kenderaan bebas hutang, duit tersebut boleh digunakan untuk membeli kereta yang baru. Namun sekiranya masih berhutang dengan pihak bank, duit tersebut boleh digunakan untuk melunaskan segala baki hutang kenderaan.
Oleh sebab itu, sum insured kereta perlu sekurang-kurangnya melebihi jumlah hutang kita dengan pihak bank.
Yang menjadi masalah dengan sum insured jenis market value adalah apabila harga kereta kita jatuh teruk. Market value kenderaan kita mungkin RM90,000 sewaktu insurans diambil. 11 bulan kemudian, harga kereta mungkin boleh jatuh menjadi RM75,000. Maka sekiranya anda mengambil sum insured jenis market value, pihak insurans hanya bayar RM75,000 bersamaan dengan market value kereta anda.
Yang menjadikan ia sebagai satu masalah adalah apabila pemilik masih mempunyai baki pinjaman yang lebih tinggi. Misalnya, baki hutang bank adalah RM85,000, namun pampasan insurans hanyalah RM75,000. Maka pemilik kenderaan masih perlu menyelesaikan baki RM10,000 hutang kepada pihak bank.
Kereta tiada, hutang p**a bertambah. Maka sekiranya anda ingin memperbaharui insurans kenderaan di masa akan datang, sebaiknya dapatkan sum insured jenis agreed value untuk mengelakkan hutang yang tidak diingini.
Dapatkan quotation percuma.
Mulakan WhatsApp kami nama owner, no ic dan no kereta.
Renew online. Jamin sampai depan pintu.
Mudah, jimat dan pantas.
Wasap.my/60122123406/quotation
Hubungi kami sekarang
0122123406
Barakbah Agency
EtiqaMyEG
Trusted Agent
Since 2000
Etiqa General Takaful
Zurich General Takaful
MyEG Services