PG FadzGold

PG FadzGold Mohd Fadzil Bin Md Noor
Authorized Dealer Public Gold
PG 00517073
PGG100Network Group

MELABUR EMAS IKUT-IKUTAN TANPA ILMU Orang yang membeli emas tanpa ilmu dan hanya ikut-ikutan biasanya tidak konsisten da...
27/10/2021

MELABUR EMAS IKUT-IKUTAN TANPA ILMU

Orang yang membeli emas tanpa ilmu dan hanya ikut-ikutan biasanya tidak konsisten dalam menyimpan emas. Beli sekali selepas itu senyap. Sentiasa berfikiran negatif, resah dan merasa rugi bila harga emas turun naik. Berbeza dengan individu yang bermula dengan ilmu, harga emas naik atau turun mereka sentiasa cool kerana tahu apa tindakan yang perlu dibuat.

Sebenarnya, bukan emas itu membuatkan kita kaya tapi ilmu tentang emas itu yang menjadikan kita kaya dan berjaya. Disenaraikan 5 sebab kenapa penyimpan emas berilmu konsisten menyimpan:

1. Membaca Buku
Membaca buku mempunyai banyak manfaat kerana ia adalah jendela dunia. Bacalah beberapa buku untuk mengetahui asas pelaburan emas yang telah kita buat. Boleh juga melayari laman web dan blog-blog pelaburan emas bagi meningkatkan kefahaman anda berkaitan emas. Cuba hadirkan diri untuk menyertai seminar pelaburan emas yang diadakan oleh pakar tentang emas. Lagi banyak ilmu yang perolehi lagi banyak untung yang boleh kita buat dalam mana-mana pelaburan sekalipun.

2. Harga Emas Naik Dalam Jangka Masa Panjang
Wang kertas atau wang fiat tidak dapat mengekalkan kuasa beli kerana nilainya akan jatuh. Setiap tahun nilainya akan menurun dimakan inflasi. Emas memang ada naik turun dalam jangka masa pendek tapi jangka masa panjang nilainya semakin tinggi. Penyimpan yang berilmu tidak akan melabur kesemua duitnya pada emas. Pakar kewangan, Azizi Ali menyarankan simpanan emas 10% daripada pendapatan. Ataupun membeli emas menggunakan duit simpanan jangka panjang yang tidak digunakan dalam tempoh masa 2 – 5 tahun.

3. Kenaikan Harga Barang Selari Dengan Emas
Kadar inflasi di Malaysia naik 4.4% pada Mei 2021. Jika anda ada simpanan sebanyak RM100,000 kuasa beli duit hanya tinggal RM95,600 sahaja. Kita kehilangan RM4,400 kuasa beli akibat inflasi. Harga barang naik, kuasa beli duit menurun. Kita perlu bayar duit yang lebih untuk dapat barang yang sama. Beza simpan emas kenaikannya selari dengan kenaikan harga barang namun nilai kekayaannya selamat dari dimakan inflasi.

4. Emas Adalah Duit
Jika perlukan duit tunai segera, emas yang kita miliki boleh dipajak atau digadai di Ar-Rahnu dan institusi kewangan yang lain. Stigma mengatakan orang pajak emas seolah-olah terdesak nak pakai duit, kini sudah tidak relevan lagi kerana hanya orang berduit sahaja boleh pajak emas.

5. Emas Pelaburan Yang Tiada Risiko
Emas adalah satu-satunya aset yang nilainya tak akan jatuh kosong seperti pelaburan saham, unit amanah dan sebagainya. Emas adalah aset yang tiada dalam sistem kewangan. Tiada siapa tahu berapa banyak simpanan emas kita. Beza dengan pelaburan lain, jika kita diisytiharkan bankrap semua aset akan dibekukan. Belum pernah orang bankrap sebab simpan emas tapi terlalu banyak orang bankrap sebab simpan duit kertas.

Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu sila hubungi saya di www.wasap.my/0173809100

Jom! Sertai keluarga besar G100 Network!

EPP (Easy Payment Purchase) dan OutrightGais,Nak tak paksa diri menabung emas? Jika kita seorang yang boros dan mahu kon...
26/10/2021

EPP (Easy Payment Purchase) dan Outright

Gais,
Nak tak paksa diri menabung emas?
Jika kita seorang yang boros dan mahu konsisten menabung emas secara konsisten saya sarankan penyimpan emas menggunakan kaedah Syariah EPP (Syariah Easy Payment Purchase). Kaedah ini adalah salah satu kaedah yang boleh menyelamatkan wang anda dari terus dibelanja habis dan membentuk disiplin dengan jadual pembayaran bulanan.

EPP bermaksud kita lock harga hari ini untuk kita bayar beberapa bulan ke hadapan dengan harga yang sama pada masa hadapan. Harga emas yang dibeli kekal dan tetap tanpa dipengaruhi kenaikan atau penurunan harga emas selepas membuat invoice pertama. EPP boleh dilakukan selama 6 bulan atau 10 bulan ( tertakluk pada promosi dari PG) bagi sebarang items emas berkadar RM1,000 ke atas. Setelah bayaran habis dilakukan, emas boleh diambil di cawangan bagi gram melebihi 21.25g atau pengeposan GIT berinsuran ke alamat kita bagi gram di bawah 21.25g.

Kaedah ini mempunyai banyak kelebihan terutama bagi penyimpan emas modal rendah atau pekerja yang mendapat gaji secara bulanan. Cara ini dapat memaksa diri kita untuk menabung.

Anda juga boleh membeli emas secara runcit bermula dengan 1 gram gold bar melalui website Public Gold atau melaluikan kaedah pengeluaran dari akaun emas GAP. Kaedah ini boleh sangat cepat dan memudahkan semua lapisan masyarakat untuk menabung emas.

Mudah kan? Jom disiplinkan diri menggunakan kaedah ini untuk selamatkan wang dari dibelanja. Elak boros!

Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu sila hubungi saya di www.wasap.my/0173809100

Jom! Sertai keluarga besar G100 Network!


EMAS PERHIASAN VS EMAS 999.9Kenapa barang kemas tidak sesuai untuk pelaburan?. Ada waktu, kita terlalu bersemangat untuk...
22/10/2021

EMAS PERHIASAN VS EMAS 999.9

Kenapa barang kemas tidak sesuai untuk pelaburan?. Ada waktu, kita terlalu bersemangat untuk melabur dalam emas, tanpa asas ilmu emas. Ini amatlah merugikan. Apabila sudah terbeli barang kemas untuk pelaburan memang tidak boleh buat apa- apa. Teruskan menyimpan emas dan tidak akan rugi selagi tidak menjualkan nya. Cumanya untuk mendapatkan keuntungan, terpaksa menunggu beberapa tahun lagi untuk dapatkan keuntungan disebabkan faktor utama:

1. Harga per gram lebih mahal
Harga barang kemas yang ditetapkan oleh persatuan kedai emas rata rata 10 hingga 15 peratus lebih mahal berbanding harga emas pelaburan 999. Ini adalah biasa kerana adanya kos upah design emas perhiasan itu sendiri.

2. Kadar spread sangat tinggi
Kadar susut nilai akan menentukan berapa banyak dan berapa cepat kita dapat menjana keuntungan daripada emas yang kita beli itu kalau kenaikan harga emas. Spread barang kemas rata ratanya sekitar 25 hingga 40% berbanding emas pelaburan 999 kurang dari 10%.

3. Kos upah yang dimanipulasi
Kos upah bergantung kepada kehalusan reka bentuk barang kemas. Lagi halus dan lagi seni cantik seni buatannya , lagi mahal kos upah yang dikenakan. Jika harga emas mahal, mereka boleh rendahkan kos upah,manakala jika harga emas turun rendah, mereka boleh naikkan caj ini. Maksudnya kalau harga emas sedang rendah kita tetap membayarnya pada harga yang mahal.

4. Semakan harga sangat lambat
Biasanya, harga emas dunia naik, harga barang kemas terus naik! Tetapi jika harga emas turun, biasanya kedai emas lambat semak harga dan mungkin kekalkan harga tinggi sampai beberapa minggu. Hanya jika berlaku perubahan harga ketara emas dunia barulah disemak.

Solusinya? Anda boleh mula menabung emas pelaburan 999 yang memiliki spread tiga kali lebih rendah, malah ada jaminan belian balik bagi emas jenama Public Gold. Pastikan pilih jenama yang diakui kukuh di dalam pasaran ya.

Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu sila hubungi saya di www.wasap.my/0173809100

Jom! Sertai keluarga besar G100 Network!


Salam Maulidur Rasul۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞
18/10/2021

Salam Maulidur Rasul
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

STRATEGI ASAS JANA KEUNTUNGAN DENGAN EMASPelaburan emas bukanlah pelaburan ajaib yang boleh memberikan kita keuntung seg...
14/10/2021

STRATEGI ASAS JANA KEUNTUNGAN DENGAN EMAS

Pelaburan emas bukanlah pelaburan ajaib yang boleh memberikan kita keuntung segera. Namun, secara puratanya, kenaikan emas tahunan adalah sekitar 10% hingga 11% bergantung kepada pergerakan sebenar harga emas.

Dalam urusan simpanan, ada tiga strategi paling asas jana keuntungan dengan emas.

1) Beli dan Simpan (Gold Saver)

Beli emas dan simpan dalam jangka masa panjang dan jual balik apabila hendak mengambil keuntungan. Kita dapat keuntungan hasil kenaikan harga emas secara amnya sekitar 3 tahun.

Sementara menunggu harga emas naik, emas itu kita boleh manfaatkan untuk perkara lain seperti dijadikan modal pusingan bisnes dengan cara gadaian Ah Rahnu. Sementara dapat keuntungan perniagaan, segera tebus emas bagi menjimatkan kos upah simpan.

2) Beli, Jual, Beli, Jual (Gold Investor)

Strategi kedua dipanggil trading, iaitu beli harga rendah, jual apabila harganya tinggi secara kerap. Kaedah ini memerlukan kemahiran ilmu asas Analisi Teknikal Harga Emas.

3) Berniaga Emas (Gold Dealer)

Strategi ini paling senang bagi yang ada modal dan serius mahu membina kerjaya. Jadi ejen syarikat emas. Kemudian beri kesedaran kepada orang ramai tentang kepentingan simpan emas dan bimbing mereka tentang pelaburan emas yang betul. Setiap orang yang membeli melalui kita, syarikat emas akan bayar insentif sebagai komisyen atau margin jualan.

Melabur dalam Amanah Saham Berhad (ASB) atau Tabung Haji , kita akan dapat dividen setiap hujung tahun. Melabur dalam simpanan emas , tidak ada dividen namun keuntungannya adalah pada waktu kita selamatkan kekayaan kita melalui emas.

Konflik terjadi sebab kita tidak tahu dimanakah posisi kita sebenarnya dalam pelaburan emas. Golongan pelabur minset fokus kepada kenaikan RM bukannya gram emas. Fokus sebenar kita ialah keuntungan yang dapat dijana dengan peningkatan harga emas berbanding modal yang kita keluarkan itu.

Golongan pelabur membeli emas pada harga rendah dan menjualnya pada harga tinggi. Untuk mengenalpasti harga ini, perlu hadiri kelas Analis Teknikal Harga Emas . Didalam kelas ini, kita diajar membaca dan menganalisis graf pergerakan harga emas dunia berdasarkan perkembangan ekonomi dunia pada satu satu masa.

Tanpa ilmu ini, pelabur akan keliru bilakah sepatutnya membeli emas dan bila sepatutnya menjual emas? Pelabur emas bukan hendak simpan emas tetapi kita hanya mahu buat duit dengan naik turun harga emas.

Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu sila hubungi saya di www.wasap.my/0173809100

Jom! Sertai keluarga besar G100 Network!


Address

Sg Ramal Dalam
Kajang
43000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PG FadzGold posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to PG FadzGold:

Share