40 Pips

10/12/2022

Dalam berdagang, kita semua mempunyai matlamat yang sama; iaitu untuk mengambil peluang dengan turun atau naik bagi harga sesuatu saham. Antara cara untuk mengenal pasti pergerakan saham adalah dengan mempelajari corak carta.

09/12/2022

TREND perniagaan 2023!?!

Ketika saya menulis ini saya berada pada 40,000 kaki di atas udara dari Dubai menghala ke KL.

Dulu-dulu masa saya muda-muda dulu saya lihat orang yang naik kapal terbang, buat business sana-sini ke luar negara nampak sangat2 gah dan hebat.

Mereka berpakaian kot dan seluar slack bertali leher berbaju cukup kemas dengan kasut kulit berkilat. Selalunya mereka yang berpangkat tinggi dalam syarikat yang selalu business travel ni.

Masa tu, sekadar tengok je la dari jauh kejayaan orang lain.

Tapi 20 tahun kemudian, bila saya sendiri p**a yang berulang alik keluar dan ke dalam negara travelling, baru merasa lifestyle seperti itu. Cuma, saya tak berpakaian sebegitu, tetapi, dengan hoodie, jeans koyak, dengan cap dan berkasut sneakers!

Masalahnya, saya ni jenis tak kisah sangat dengan pakaian. Pakai simple je. Siapa macam saya baik mengaku!

Macam ni la bila menjalankan perniagaan zaman ini. Bak kata, ikut s**a hati kita la nak pakai apa. Kita la boss, kita la pekerja. Kita juga tentukan masa kita berniaga online.

Nak berjaya, kena banyak berusaha. Baru la boleh berjaya. Kalau nak gagal, buat kerja sambil lewa je pun boleh gagal. Semuanya s**a hati kita nak yang mana.

Beberapa minggu lagi dah nak masuk 2023. Saya sangattt teruja kerana ada beberapa perniagaan baru yang saya akan mulakan tahun hadapan.

Dalam kapal terbang ni pun sibuk prepare sebab banyaakkkk yang saya nak kongsikan untuk event bual bicara santai bersama saya "Trend Digital Marketing 2023" di mana saya akan kongsikan strategi dan teknik yang perlu usahawan (macam saya) fokus dalam menghadapi tahun baru 2023.

Banyak kaedah dan teknik pemasaran dan "out of date" dan masih ramai lagi gunakan! Kalau anda nak tahu teknik dan strategi perniagaan baru yang paaalinggg penting, jom kita jumpa...

Sekiranya anda menjalankan perniagaan atau merancang untuk mulakan perniagaan tahun 2023 ini, apa kata sertai sesi bual bicara santai bersama saya ESOK, Sabtu 10 Disember. Ya, sesi bersemuka!

Kita jumpa di office saya di Damansara nak? Bila lagi nak jumpa dengan saya. Saya balik ni kejap jeer...

Kalau nak... daftar di www.Perniagaan2023.com

-ik
from dubai to KL

01/12/2022

Taman Tema AL-QURAN! Mesti lawat!

Ni laaa saya nak habaq ni...

Selalu bila cerita pasal Dubai, asyik bling-bling, Burj Khalifa la, Burj Al Arab la, The Palm la dan tempat-tempat mahal je kan? Tapi...

Sebenarnya, ramaiii pelawat dari Malaysia tak tahu kewujudan tempat ni.

Ini adalah salah satu "hidden gems" di Dubai. Quranic Park!

Dalam taman tema ini, dimuatkan pelbagai maklumat dan keajaiban Al Quran di kawasan seluas lebih 150 padang bola sepak!

Satu kawasan indoor terdapat semua tumbuh-tumbuhan yang disebut dalam Al-Quran.

Di sini juga ada "Cave of Miracles" menunjukkan kisah-kisah yang terdapat dalam Al Quran menggunakan teknologi adio dan visual.

Agak2 gambar bawah ni pertunjukan apa? Cer teka...

Nak tak saya buat video dari sini untuk kongsikan dengan anda?

Kalau nak, laporkan diri!

Sebenarnya, Dubai ni ada terlalu banyak attractions. Dari rumah saya tak sampai 20 minit boleh capai lebih 20 taman tema yang pelbagai.

Bayangkan, Genting SkyPark, Sunway Lagoon dan Legoland Johor, dekat sini ada lebih 20 macam tu within 20 mins drive.

Sebabnya, kini banyak negara Timur Tengah perlu beralih kepada industri pelancongan dan bukan hanya mengharapkan minyak je.

Tapi kan, bila terlalu banyak tempat2 tarikan macam ni, nak tau tak apa jadi?

Banyak jadi kosongggg. Sebab terlalu banyak dan orang spread out tak tertumpu di satu-satu tempat.

Best tak kalau pergi ke taman tema tapi kosong je? Kalau saya dan keluarga, s**a laa. Tak payah beraturr. Haa... tu la Dubai di sesetengah masa dan tempat.

Sebab tu la adakalanya ramai tak tahu pun kewujudan sesetengah tempat menarik di Dubai ni, termasuk laaa Quranic Park ni.

Mana la tau satu hari nanti, ada rezeki anda melawat sini.

2023 makin hampir dan sekiranya matlamat anda nak tambahkan pendapatan, untuk menampung cost of living atau nak bawa family travel, apa kata mulakan "side hustle", perniagaan internet part time.

Kalau anda nak tahu cara bagaimana saya cari idea sesuatu perniagaan online, dan kembangkan perniagaan tersebut, jom join webinar percuma bersama saya di www.NakJualApa.com

Saya kongsikan idea terbaik untuk anda mulakan perniagaan 2023 ini!

-ik
dubai

01/12/2022

Address

Kuala Lumpur
Kajang
57000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when 40 Pips posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share