National Cars Perodua Proton

National Cars Perodua Proton Jual Beli Kereta Baru & Terpakai. Menguruskan semua urusan belian kereta pelbagai jenama Proton,Perodua,Toyota,Honda & Nissan.

PROSEDUR PEMINDAHAN NOMBOR PENDAFTARAN KENDERAAN Prosedur Pemindahan merupakan proses memindahkan nombor pendaftaran dar...
29/04/2024

PROSEDUR PEMINDAHAN NOMBOR PENDAFTARAN KENDERAAN

Prosedur Pemindahan merupakan proses memindahkan nombor pendaftaran daripada kenderaan motor yang telah didaftarkan (asal) kepada kenderaan motor yang belum didaftarkan(baru) serta menguntukkan nombor pendaftaran baru kepada kenderaan tersebut.

Syarat-syarat permohonan:

Permohonan boleh dikemukakan oleh pemilik berdaftar kenderaan atau wakil.
Kedua-dua kenderaan asal dan baru dimiliki oleh pemilik yang sama.
Kenderaan baru belum didaftarkan lagi.
Hanya kenderaan asal yang hendak dibuat pemindahan nombor dikehendaki menjalani pemeriksaan PUSPAKOM untuk mengenalpasti identiti kenderaan. Bagi kenderaan baru, pemeriksaan TIDAK diperlukan kecuali bagi kenderaan impot.
Kenderaan asal tiada senaraihitam JPJ dan PDRM.
Tarikh e-Insuran adalah terbuka bagi kenderaan baru selepas pemindahan nombor pendaftaran diproses.
Fi yang telah ditetapkan.


Dokumen yang perlu dikemukakan:

KENDERAAN BAHARU
2 (dua) salinan Borang Senarai Semak eDaftar.
2 (dua) salinan Borang JPJ K1 cetakan elektronik.
Dokumen pengenalan diri mengikut jenis pemohon.
Laporan Pemeriksaan PUSPAKOM(B2) bagi kenderaan orang cacat atau kenderaan impot.
Salinan Sijil Kelulusan Kenderaan Diesel Hijau (SIRIM) yang masih berkuatkuasa (bagi kenderaan diesel hijau).
Borang Kastam K1 (bagi kenderaan impot).
Lesen Impot (AP) asal dan salinan (bagi kenderaan impot).
Surat/borang keputusan tempahan nombor pendaftaran kenderaan yang berjaya (jika berkenaan); dan
Fi yang telah ditetapkan.


KENDERAAN LAMA
2 (dua) salinan Borang JPJ K1E.
2 (dua) salinan Borang JPJ K1A.
Dokumen pengenalan diri mengikut jenis pemohon.
Perakuan Pendaftaran Kenderaan(JPJK2) asal.
Laporan Pemeriksaan PUSPAKOM (B2) atau B5.
Surat pengesahan/persetujuan daripada Kastam (bagi Labuan dan Langkawi).
Dokumen pengenalan diri asal dan salinan wakil (sekiranya wakil hadir).

Sumber: JPJ

16/04/2024

Sudah habis bayar loan kereta dan motosikal??

Cuba lihat pada bahagian bawah geran kenderaan anda. Nampak tak ada satu ayat yang tertera bahawa hak milik kenderaan tersebut dituntut oleh Bank pinjaman anda??

Soalan:
Apa yang perlu anda lakukan sekarang??

Jawapan:
Anda perlu batalkan nama Bank pinjaman itu dengan E-Batal.

Maksud E-Batal adalah kenderaan tersebut masih menjadi hak milik bank atau pemberi pinjaman kewangan. Jadi, kenderaan tersebut bukanlah hak milik anda sepenuhnya lagi.

Bagi mendapatkan hak anda sebagai pemilik kenderaan terbabit, langkah penting adalah dengan menghapuskan status hak milik dari pemiutang kepada hak milik anda secara mutlak.

Urusan menyelesaikan hak milik dari pemberi pinjaman dipanggil E-Batal. Syarat utama untuk E-Batal adalah BAYARAN PINJAMAN HENDAKLAH SUDAH HABIS DIBAYAR SEPENUHNYA.

Cara-caranya:

1) Selesai sahaja pembayaran terakhir, anda akan diberikan geran asal oleh syarikat kereta yang anda berurusan.

2) Pastikan dan dapatkan surat pelepasan dari Bank peminjam untuk meneruskan prosedur pembatalan ini. Namun, lebih baik lagi jika surat pelepasan tersebut terus mereka hantarkan kepada JPJ.

Kerap bertanya kepada Bank peminjam sama ada surat pelepasan sudah dikeluarkan dan telah dihantar ke JPJ ataupun tidak. Jika sudah dihantar, terus ke cawangan JPJ berhampiran tempat tinggal anda.

3) Kemudian, anda perlu hadir ke cawangan JPJ berhampiran untuk mematikan dan/atau membatalkan hak milik Bank peminjam itu. Tujuan ini adalah untuk mengeluarkan nama Bank peminjam daripada geran asal kenderaan tersebut.

4) Di cawangan JPJ tersebut juga, jangan lupa untuk pastikan terdapatnya cop E-Batal pada geran kenderaan anda mengikut prosedur mereka. Jangan risau, proses mengecop E-Batal bukanlah perkara yang rumit. Selepas geran tersebut telah di cop, kereta tersebut telah menjadi milik anda sepenuhnya. Senang kan??

Kesimpulannya,

Prosedur selesaikan E-Batal di JPJ amat mudah sebenarnya. Ramai yang masih belum mengetahui perkara yang perlu dilakukan selepas habis bayar pinjaman kereta.

Ada juga sehingga bertahun-tahun masih tidak membatalkan lagi hak milik itu jadi, bagi anda yang masih belum batalkan hak milik kereta, sila berbuat sedemikian untuk memudahkan urusan anda di kemudian hari.

Kredit : Puan Nadia Izzati

26/02/2024

"Buat² bodoh adalah tindakan yang bijak"
😁

26/02/2024

Selamat Tahun Baru 2024 ❤️
31/12/2023

Selamat Tahun Baru 2024 ❤️

Assalamualaikum
02/11/2023

Assalamualaikum

Toyota Avanza 1.5G AutoTahun 2011Tip Top ConditionEnjin ✅Gearbox ✅Aircond ✅Kusyen Kain BalduCat OriginalSatu OwnerKereta...
29/07/2020

Toyota Avanza 1.5G Auto
Tahun 2011

Tip Top Condition
Enjin ✅
Gearbox ✅
Aircond ✅
Kusyen Kain Baldu
Cat Original
Satu Owner
Kereta "Trade-In"
Bukan kereta tarik.

Sila hubungi saya untuk maklumat lanjut.

4 model kereta paling penting keluaran 2020, Perodua Myvi Style dan banyak lagi!Baca disini >
25/07/2020

4 model kereta paling penting keluaran 2020, Perodua Myvi Style dan banyak lagi!

Baca disini >

Tahun ini pembuat-pembuat kereta kegemaran anda tengah bersiap siaga untuk memperkenalkan barisan model-model terbaharu mereka.

Myvi new color : Electric Blue
25/07/2020

Myvi new color : Electric Blue

Address

Juru

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when National Cars Perodua Proton posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share