Takaful Solution By Zahri

Takaful Solution By Zahri Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Takaful Solution By Zahri, #03-06 Tropika Welcome Centre, 10 Jalan Setia Tropika 1/21, Setia Tropika, Johor Bahru.

PLAN TAKAFUL YANG DITUNGGU-TUNGGU!!!AL-Shams! 🥳🥳🥳Peluang kedua kepada mereka yang TIDAK LAYAK memiliki semua POLISI TAKA...
03/07/2023

PLAN TAKAFUL YANG DITUNGGU-TUNGGU!!!

AL-Shams! 🥳🥳🥳

Peluang kedua kepada mereka yang TIDAK LAYAK memiliki semua POLISI TAKAFUL di Malaysia kini telah dibuka!! 📢📢📢

TEMPOH TERHAD BERMULA 12/4/2022

Berikut Tahap Kesihatan Yang Layak Memohon :
👩🏻‍🎓Ada Penyakit sedia ada
👩🏻‍🎓Sedang Lumpuh
👩🏻‍🎓BMI obesity lebih 30
👩🏻‍🎓Buta / Hilang penglihatan
👩🏻‍🎓Hilang Anggota Badan
👩🏻‍🎓Pekak / Bisu
👩🏻‍🎓Golongan OKU
👩🏻‍🎓Anak2 Istimewa
👩🏻‍🎓Cancer Fighter
👩🏻‍🎓Ada Dialisis Buah pinggang

MOHON DAN LULUS SEKARANG!

Your future Takaful Advisor 💙
www.wasap.my/60129054003

"Usaha kita sebelum Tawakal melalui Takaful Al-Shams”




-shams

"Kalau kena hernia (angin pasang), medical kad cover tak?". Hernia akan cover kalau pesakit diwadkan sahaja, dengan syar...
20/09/2022

"Kalau kena hernia (angin pasang), medical kad cover tak?".

Hernia akan cover kalau pesakit diwadkan sahaja, dengan syarat ia baru wujud selepas tempoh menunggu 120 hari. Bukan dah wujud sebelum memohon atau sejak lahir.

Untuk dewasa, mudah cover.

Untuk kanak kanak bawah 5 tahun, hernia yang berlaku mungkin disebabkan congenital. Maka ada kemungkinan besar ia tak cover. Bergantung kepada report doktor

APA GUNA CRITICAL ILLNESS BANYAK?Kekadang bila cakap pasal keperluan Takaful, prospek pertikai kenapa letak coverage Pen...
23/06/2022

APA GUNA CRITICAL ILLNESS BANYAK?

Kekadang bila cakap pasal keperluan Takaful, prospek pertikai kenapa letak coverage Penyakit Kritikal banyak-banyak? 🤔

Ada yang tuduh sebab nak kejar komisyen, letak caruman mahal mahal. Dan ada juga yang cakap, medical kad dah cover penyakit kritikal, nak buat apa letak rider ni tinggi? 😅

Sebenarnya sebab ANDA PERLUKAN BACK-UP sebanyak 3 ke 4 tahun gaji kalau sakit kritikal, walaupun sudah ada medical kad.

Pertama sebab, anda mungkin hilang gaji, samada kerana terpaksa ambil cuti panjang tanpa gaji, atau terpaksa berhenti kerja, kerana perlu jalani rawatan pemulihan.

Kedua sebab, akan ada banyak BELANJA LUAR JANGKA yang perlukan anda bayar secara tunai dan tak dilindungi oleh medical kad anda. Kebanyakannya melibatkan kos pesakit luar seperti pemeriksaan doktor, ujian diagnostik, ubat-ubatan bulanan, supplement & vitamin, susu kas, perjalanan pergi balik, alat sokongan seperti kerusi roda, katil pesakit, lampin dewasa dan bermacam lagi.

Ketiga, kalau anda tak mempunyai simpanan tunai yang banyak, harta pelaburan anda terpaksa dilebur atau dijual murah semata-mata nak dapatkan tunai. Tak kira hartanah, emas, saham amanah mahupun wang kripto sekalipun.

Ini contoh claim kanser stage 1 oleh doktor hospital awam yang merupakan client kami. Sekali claim, terus dapat tunai 400,000. Nak buat apa banyak-banyak ni?

Nak selesaikan macam-macam belanja luar jangka dan ganti gaji seperti saya terangkan di atas ⬆️.
Jauh bezanya antara ada faedah Penyakit Kritikal yang mencukupi, dengan ada sekadar 20,000-30,000 sahaja 😓

MOHON LOAN RUMAH TAPI DAH BERPENYAKITBaru ni seorang kawan lelaki mengadu, dia baru beli rumah pertama. Buat loan kat ba...
10/06/2022

MOHON LOAN RUMAH TAPI DAH BERPENYAKIT

Baru ni seorang kawan lelaki mengadu, dia baru beli rumah pertama. Buat loan kat bank 300,000, tapi bank cakap, oleh kerana badannya obes (BMI lebih 35) dan ada penyakit kencing manis, maka mereka tak boleh sediakan pelan MRTT untuk cover pembiayaan rumahnya.

Jadi kiranya, apa-apa berlaku nanti, waris kena lupuskan baki hutang yang ada. Masalah dia, isterinya surirumah sahaja, takde sebarang income nak sambung bayar rumahnya 😅

So dia tanya, boleh tak dia tak declare penyakit sedia-ada supaya boleh mohon Takaful MLTT dengan mudah untuk cover loan rumah tu? Leceh la nak mohon Takaful, tapi susah nak lepas.

Saya cakap, memang betul kalau dah berpenyakit dan badan obes, Takaful Hayat memang susah nak terima. Jangan amalkan tipu maklumat kesihatan dan berat badan semata-mata nak mohon Takaful. Bukan sahaja claim nanti akan dipertikai, jangan rosakkan produk shariah dengan tingkah-laku haram (menipu maklumat). 😔

Mohon saja Takaful Al-Shams dari Zurich Takaful dari semurah 200.28 je sebulan untuk umur 31 tahun. Dah cover 300,000 kalau meninggal dunia selepas 2 tahun kerana penyakit sedia-ada. Kalau meninggal accident, dia BAYAR DOUBLE 600,000.

Apa jadi kalau meninggal sebelum 2 tahun?
Kalau meninggal accident, tetap bayar 600,000.
Kalau bukan accident, syarikat pulang semula kesemua caruman. Amacam? 🤩

Nak mohon, jom abg bantu

BETUL KE PESAKIT STROK, JANTUNG atau KANSER BOLEH MOHON?Betul, di Zurich kami ada pelan Insurans & Takaful khas untuk me...
31/05/2022

BETUL KE PESAKIT STROK, JANTUNG atau KANSER BOLEH MOHON?

Betul, di Zurich kami ada pelan Insurans & Takaful khas untuk mereka yang sudah berpenyakit kritikal

Sebab kami faham, anda perlu WUJUDKAN HARTA kalau jadik apa-apa.
Untuk belanja sara hidup keluarga
Untuk selesaikan hutang hutang yang ada

Cuma kena fahamkan, kematian kerana penyakit sedia-ada, cover selepas 2 tahun. Kematian bukan kemalangan, selepas 2 tahun juga.

Hanya kematian akibat kemalangan sahaja, dia cover dari mula sijil diluluskan. Dan dibayar 2x ganda sehingga 600,000.

Boleh dimulakan dari semurah 50 sebulan sahaja
Caruman berbeza mengikut umur dan jantina

Untuk pertanyaan, klik link WhatsApp di bawah
wasap.my/60129054003/TakafulKhas

*TPD juga cover, tetapi bukan dari keadaan/penyakit sedia-ada. Cover selepas 2 tahun. TPD kemalangan cover selepas sijil diluluskan.

WANITA BIJAK, TAKAFULKAN SUAMINYASeorang wanita mesej saya tadi, bertanyakan kalau suaminya boleh mohon Takaful. Umur 34...
18/04/2022

WANITA BIJAK, TAKAFULKAN SUAMINYA

Seorang wanita mesej saya tadi, bertanyakan kalau suaminya boleh mohon Takaful. Umur 34 tahun, bekerja sendiri. Tapi ada darah tinggi dan kencing manis. Badan pun obes sikit. Ituhari dah buat angio, sebab saluran jantungnya ada sumbat sikit. Suaminya cuba mohon Hibah Takaful tapi syarikat Takaful tolak. Boleh tolong? 😅

Saya jawab, boleh insha'Allah. Saya kasi solusi yang LAGI POWER puan, tak perlu hibah hibah ni. Saya letak puan sebagai OWNER POLICY, iaitu pemohon. Suami puan hanya orang dilindungi. Pembayar saya letak suami puan, potong akaun dia setiap bulan. Puan tak perlu bayar apa apa.

Kalau jadi apa-apa kat suami, pampasan Takaful 300,000 hingga 1.2 JUTA akan dibayar kepada puan nanti. Orang lain tak boleh tuntut termasuk bank dan tak perlu faraid. Yang bestnya, polisi Takaful ni GERENTI LULUS, tak perlu medical check-up atau medical report. 💪🏼

Wow! Beliau terkejut! Tentu mahalkan?? tanya dia lagi. Caruman cuma 200 sebulan je puan. Perlindungan bermula selepas 2 tahun, kecuali disebabkan kemalangan, itu cover serta merta.

Terus beliau nak SIGN UP SEKARANG 🤭
Wanita BIJAK, akan TAKAFULKAN SUAMINYA.
Sebab bila suami dah takde, semua hutang suami dan tanggungan keluarga, isteri jugak kena tanggung dan uruskan. Belum pernah hutang difaraidkan. Para isteri kena BERTINDAK BIJAK!

Saya dah ada Insurans. Tapi Insurans konvensional. Perlu ke saya bertukar kepada Takaful? Sayang nak terminate sebab dah...
25/03/2022

Saya dah ada Insurans.

Tapi Insurans konvensional. Perlu ke saya bertukar kepada Takaful?

Sayang nak terminate sebab dah bayar lama

Credit : Idris

💙

Kami terus komited dalam membuktikan kekuatan kewangan Zurich di dalam industri dan menyelesaikan proses tuntutan pelang...
25/03/2022

Kami terus komited dalam membuktikan kekuatan kewangan Zurich di dalam industri dan menyelesaikan proses tuntutan pelanggan semudah yang mungkin tanpa sebarang kerumitan. Mulai Februari 2022, kira-kira RM8.7 juta nilai tuntutan telah dibayar kepada pelanggan Zurich menjadikan kira-kira 19.4 juta telah dibayar pada 2022 dalam tempoh masa 2 bulan.

05/03/2022

Pemegang Sijil Life Takaful(Takaful Nyawa) /Insurance jgn lupa buat pelepasan cukai..

Yang mana belum ada Life Takaful jgn risau, jangan malu², jangan segan², boleh contact sy, tahun depan boleh buat pelepasan 😊


Checklist Sebelum Masuk Bulan CukaiLHDN kata kalau gaji setahun selepas tolak KWSP lebih RM34,000 barulah kena daftar no...
04/03/2022

Checklist Sebelum Masuk Bulan Cukai

LHDN kata kalau gaji setahun selepas tolak KWSP lebih RM34,000 barulah kena daftar nombor cukai / hantar borang cukai.

Contoh:

Gaji setahun sebelum tolak KWSP = RM38,202
Potongan KWSP (11%) = RM4,202
Gaji setahun selepas tolak KWSP = RM34,000 (dibundarkan)

Sekiranya pendapatan korang tak sampai pun RM34,000 setahun (lepas tolak KWSP) tapi majikan tiba-tiba ada buat potongan PCB, maka submit saja borang cukai tu, insha-Allah dapat refund.

Jadi menjelang bulan cukai yang bakal menjelma Mac ini, jika rasa tak nak bayar cukai banyak sangat, ini maklumat/dokumen yang perlu disimpan :

1. Borang EA / EC / CP58

Orang kerja kerajaan, sediakan borang EC.
Orang kerja swasta, sediakan borang EA.
Orang makan komisen (ejen-ejen penapis air, MLM, Takaful, Unit Trust, Remisier) sila minta borang CP58 (penyata bayaran insentif) dari syarikat.

Jika makan gaji sahaja, isi borang BE sebelum 30 April 2022. Jika makan gaji dan ada terima komisen atau income bisnes, sila isi borang B sebelum 30 Jun 2022.

Sila take note kalau korang makan gaji dan termasuk dalam gaji kasar tu elaun petrol, elaun perjalanan atau elaun tol atau kombinasi darinya, sila tolak sebab elaun/perkuisit ini dikecualikan cukai. Terhad kepada RM6,000 setiap tahun.

2. No kad pengenalan ibu dan / atau ayah kandung/angkat

Err…Hafal tak no kad pengenalan mak ayah? Ada mak dan / atau ayah berumur 60 tahun dan ke atas yang bermastautin di Malaysia? Kalau mereka masih bekerja pastikan pendapatan tahunan mak atau ayah TIDAK melebihi RM24,000 seorang. Kalau cukup syarat ni anda boleh claim RM1,500 seorang. Kalau dua-dua masih hidup maka boleh claim RM3,000.

“Tapi mak ayah duduk kampung? “

Rileks, korang masih boleh claim walaupun tidak tinggal bersama.

Individu yang LAYAK menuntut pelepasan ini merujuk kepada anak kandung atau anak angkat yang sah di bawah undang-undang. Tuntutan pelepasan ini TIDAK dibenarkan ke atas ibu bapa tiri.

Nota : Kalau yang ada adik beradik ramai dan masing-masing nak claim, cara pengiraan seperti di Helaian Kerja HK15.

3. Penyata Takaful / Insuran

Sila minta statement tahun 2021 dekat ejen Takaful kalau penyata tu tak sampai rumah. Statement Takaful ini penting sebab dalam bayaran bulanan boleh jadi ada bahagian yang tak dibenar tolak cukai. Dekat statement tu biasa ada tulis. Jadi jangan declare semua kalau ada bahagian yang tak dibenarkan.

Yang boleh claim hanyalah Takaful/insuran nyawa, pendidikan dan perubatan. Takaful/insuran kereta tak boleh.

Takaful/insuran nyawa boleh claim untuk individu, suami atau isteri / isteri-isteri. Bayaran premium atas polisi nyawa anak tidak dibenarkan.

Manakala premium Takaful/insurans yang dibayar atas polisi pendidikan atau manfaat perubatan boleh untuk individu, pasangan atau anak.

4. Resit Gaya Hidup

Silalah korek semula resit-resit dan bil kalau tahun lepas (2021) ada beli dan bayar;

smartphone/komputer/laptop/tablet
buku/ subscription news online
bil langganan internet
Pembelian alat sukan / yuran gym
Boleh claim bawah pelepasan gaya hidup maksimum RM2,500. Belian mestilah untuk kegunaan peribadi saja, bukan untuk bisnes.

Ingat, tipu dosa.

5. Resit Alatan Penyusuan

Korek juga resit-resit berkaitan peralatan penyusuan (kalau ada beli). Pelepasan ini untuk pembayar cukai wanita saja atas pembelian peralatan penyusuan ibu untuk kegunaan menyusukan anak yang berumur 2 tahun dan ke bawah. Encik suami tak boleh claim (rasanya dalam borang dia disable ruang ini untuk lelaki).

Amaun claim adalah terhad kepada amaun yang dibelanja dan maksimum RM1,000 walaupun ada lebih daripada seorang anak.

Peralatan penyusuan ibu yang layak mendapat potongan adalah:

(i) set pam susu dan pek ais (breast pump kit dan ice pack);
(ii) bekas pengumpulan dan penyimpanan susu (breast milk collection
and storage equipment); serta
(iii) set penyejuk atau beg penyejuk (cooler set / bag).

6. Resit Pra-Sekolah

Ada anak berumur 6 tahun dan ke bawah yang dihantar ke pra-skolah atau pusat asuhan? Simpan lagi tak resit bayaran tu?

Potongan ini terhad kepada amaun yang dibayar dan maksimum boleh claim hanya RM1,000. Tapi tahun depan (tahun 2021) masa isi borang untuk taksiran 2020 boleh claim maksimum RM2,000. Yelah, yuran pra-sekolah macam Little Caliphs, Children Islamic Centre (CIC), Brainy Bunch, Genius Aulad, Smart Reader bukan biashe-biashe.

Tapi, pastikan taman asuhan kanak-kanak yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau pra-sekolah kerajaan/swasta yang berdaftar dengan Jabatan Pendidikan Negeri di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.

7. Penyata SSPN-i

Ada menabung untuk anak dalam SSPN-i? Baguslah. Rasanya sekarang dah boleh print penyata SSPNN-i secara online. Kalau takde boleh ke kaunter PTPTN yang berhampiran.

Ingat, boleh claim amaun bersih, bukan berapa banyak korang masukkan dalam akaun.

(Jumlah simpanan dalam tahun 2021 tolak jumlah pengeluaran dalam tahun 2021).

Contoh: Dalam tahun 2021,
Baki Bawa Hadapan: RM4,500;
Simpanan : RM2,000; dan
Pengeluaran : RM1,500.
Potongan yang layak dituntut adalah RM500 (RM2,000 – RM1,500).

Untuk taksiran tahun 2021, maksimum boleh claim RM8,000, sebelum ini hanya RM6,000.

LHDN mesti dah ada data pencarum SSPN-i ni, jadi berfikir panjang sebelum bertindak mengisi ruang pelepasan tu.

8. Resit bayaran zakat

Resit atau penyata bayaran zakat boleh dapatkan dari Pusat Zakat Negeri masa buat bayaran. Kalau bayar online memang senang nak print balik. Kalau ikut FAQ LHDN, zakat yang dimaksudkan adalah semua jenis bayaran zakat yang dibuat dalam sesuatu tahun tu. Maknanya termauklah zakat fitrah, zakat pendapatan, zakat emas dan zakat wang simpanan. Biasa yang orang claim adalah zakat fitrah dengan zakat pendapatan.

Dokumen lain yang perlu disediakan (jika ada) adalah yuran sambung pengajian ke peringkat Ijazah di peringkat Sarjana atau Doktor Falsafah, penyata Skim Persaraan Swasta (PRS), resit-resit kalau ada derma dekat institusi atau organisasi yang diluluskan oleh LHDN (cari dan semak di sini).

Paling penting selain no akaun bank untuk LHDN refund duit PCB kita, ingat lagi tak password e-filing? Kalau boleh rekodkan maklumat e-filing ni. Senang esok-esok nak login, id dengan password dah tersedia.

Ingat, TAK PERLU hantar resit-resit atau dokumen atas ni, simpan saja elok-elok mana tahu dapat surat audit dari LHDN supaya tunjuk bukti.

Ingat, tipu dosa.

Bersamalah kita membangunkan negara yang tercinta.

Kredit: Faizah Salleh

5 KANSER LELAKI YANG ANDA PATUT TAHU5 kanser lelaki yang perlukan rawatan dari peringkat awal (Carcinoma In Situ) adalah...
07/02/2022

5 KANSER LELAKI YANG ANDA PATUT TAHU

5 kanser lelaki yang perlukan rawatan dari peringkat awal (Carcinoma In Situ) adalah seperti di bawah.

Penting untuk anda sedar bahawa Faedah Penyakit Kritikal dalam pelan Takaful biasa, tak lindungi kelima-lima kanser peringkat awal ini. Ia hanya dilindungi dalam pelan khas CancerCare.

Serendah RM41* sebulan utk perlindungan khas Kanser sebanyak RM200,000

PM saya!

Bila Ali KOMA, keluarganya boleh claim  Rm 200,000 dari faedah 51 penyakit kritikal..P/s: Takaful ini bukan sekadar meni...
04/02/2022

Bila Ali KOMA, keluarganya boleh claim Rm 200,000 dari faedah 51 penyakit kritikal..

P/s: Takaful ini bukan sekadar meninggal dunia baru boleh claim ye, mcm² manfaat yang ada spt:
-Elaun warded
-Elaun mc mingguan akibat kemalangan
-pampasan kemalangan
-Reimbursement claim kemalangan
-waiver

Info lanjut rujuk polisi dan Takaful Advisor anda, nak rujuk saya pun boleh 😎

Your future Takaful Advisor 💙
www.wasap.my/60129054003

Address

#03-06 Tropika Welcome Centre, 10 Jalan Setia Tropika 1/21, Setia Tropika
Johor Bahru
81200

Telephone

+60129054003

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Takaful Solution By Zahri posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Takaful Solution By Zahri:

Share