Lindung Aset bersama Idham Amzirin

Call Directions

Lindung Aset bersama Idham Amzirin Saya bantu orang biasa faham takaful dan simpanan emas tanpa pening
Perlindungan masa depan keluarga

Semalam min derma darah. 🩸Setelah cukup waiting period 3 bulan, akhirnya boleh derma lagi.Tapi masa tengah derma tu, min...
17/09/2026

Semalam min derma darah. 🩸

Setelah cukup waiting period 3 bulan, akhirnya boleh derma lagi.

Tapi masa tengah derma tu, min terfikir satu benda…

Konsep derma darah ni ada sedikit persamaan dengan konsep takaful.

Kita derma darah → darah kita masuk ke tabung darah.

Masa kita derma, mungkin kita sendiri tak perlukan darah tu.

Tapi bila ada orang lain yang memerlukan, bekalan darah dalam tabung tu boleh digunakan untuk membantu mereka.

Takaful pun ada konsep yang hampir sama.

Kita sama-sama menyumbang ke dalam tabung/dana takaful.

Hari ni mungkin kita sihat dan tak perlukan bantuan.

Tapi bila ada peserta yang ditimpa musibah dan memenuhi syarat manfaat, dana tersebut boleh digunakan untuk membantu peserta yang memerlukan.

🩸 Derma darah:
Kita sumbangkan darah hari ini untuk membantu orang yang memerlukannya.

🛡️ Takaful:
Kita menyumbang ke dalam dana bersama sebagai sebahagian daripada sistem perlindungan kewangan.

Bezanya, derma darah tak bermaksud kita akan dapat balik darah yang sama.

Begitu juga takaful — bukan konsep “aku bayar, aku mesti claim”.

Kita menyumbang kerana kita mahu ada satu sistem yang boleh membantu apabila berlaku musibah yang dilindungi.

Kita tak derma darah sebab kita nak sakit.

Kita juga tak ambil takaful sebab kita nak ditimpa musibah.

Kita bersedia kerana kita tahu, ada perkara dalam hidup yang kita tak mampu jangka.

Semalam min derma darah.

Hari ni min teringat satu perkara:

Kadang-kadang kita bersedia bukan untuk diri kita hari ini, tapi untuk kemungkinan yang kita harap tak pernah berlaku.

Nak mula simpan emas? 🪙✨Tak perlu tunggu ada banyak.Mula je dulu.Emas untuk simpanan hari ini,aset untuk masa depan.📲 Sc...
14/09/2026

Nak mula simpan emas? 🪙✨
Tak perlu tunggu ada banyak.
Mula je dulu.

Emas untuk simpanan hari ini,
aset untuk masa depan.

📲 Scan QR untuk mula dengan Meem Gold.

"𝘔𝘢𝘬 𝘤𝘪𝘬 𝘣𝘦𝘭𝘪 𝘦𝘮𝘢𝘴 𝘥𝘶𝘭𝘶 𝘴𝘦𝘬𝘢𝘥𝘢𝘳 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘴𝘪𝘮𝘱𝘢𝘯𝘢𝘯. 𝘛𝘢𝘬 𝘴𝘢𝘯𝘨𝘬𝘢 𝘴𝘦𝘭𝘦𝘱𝘢𝘴 𝘣𝘦𝘳𝘵𝘢𝘩𝘶𝘯-𝘵𝘢𝘩𝘶𝘯, 𝘯𝘪𝘭𝘢𝘪𝘯𝘺𝘢 𝘴𝘦𝘮𝘢𝘬𝘪𝘯 𝘮𝘦𝘯𝘪𝘯𝘨𝘬𝘢𝘵 𝘥𝘢𝘯 𝘮𝘦𝘯𝘫𝘢𝘥...
06/09/2026

"𝘔𝘢𝘬 𝘤𝘪𝘬 𝘣𝘦𝘭𝘪 𝘦𝘮𝘢𝘴 𝘥𝘶𝘭𝘶 𝘴𝘦𝘬𝘢𝘥𝘢𝘳 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘴𝘪𝘮𝘱𝘢𝘯𝘢𝘯. 𝘛𝘢𝘬 𝘴𝘢𝘯𝘨𝘬𝘢 𝘴𝘦𝘭𝘦𝘱𝘢𝘴 𝘣𝘦𝘳𝘵𝘢𝘩𝘶𝘯-𝘵𝘢𝘩𝘶𝘯, 𝘯𝘪𝘭𝘢𝘪𝘯𝘺𝘢 𝘴𝘦𝘮𝘢𝘬𝘪𝘯 𝘮𝘦𝘯𝘪𝘯𝘨𝘬𝘢𝘵 𝘥𝘢𝘯 𝘮𝘦𝘯𝘫𝘢𝘥𝘪 𝘢𝘴𝘦𝘵 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘴𝘢𝘯𝘨𝘢𝘵 𝘮𝘦𝘮𝘣𝘢𝘯𝘵𝘶 𝘢𝘱𝘢𝘣𝘪𝘭𝘢 𝘥𝘪𝘱𝘦𝘳𝘭𝘶𝘬𝘢𝘯."

Begitulah kelebihan emas. Ia bukan jalan cepat untuk kaya, tetapi satu bentuk simpanan yang membantu melindungi nilai wang dalam jangka masa panjang.

Semakin awal anda bermula, semakin banyak masa yang dapat anda berikan untuk simpanan emas anda berkembang. Walaupun anda bermula dengan jumlah yang kecil namun konsisten, anda pasti dapat melihat hasilnya insyaAllah.

Mulakan simpanan hari ini untuk manfaat pada masa hadapan.

🏆 ALHAMDULILLAH, REZEKI Ogos 2026 🏆Berjaya menamatkan bulan Ogos sebagai 2nd Runner Up Top 10 Agent AnNur Cluster dan 10...
04/09/2026

🏆 ALHAMDULILLAH, REZEKI Ogos 2026 🏆

Berjaya menamatkan bulan Ogos sebagai 2nd Runner Up Top 10 Agent AnNur Cluster dan 10th Top 10 Producer

Alhamdulillah atas setiap rezeki, setiap kepercayaan daripada client dan setiap peluang untuk terus membantu lebih ramai orang mendapatkan perlindungan.

Terima kasih kepada semua client yang mempercayai aku, mentor, rakan-rakan dan semua yang sentiasa memberi sokongan. 🙏

Masih banyak yang perlu dikejar. Masih ramai yang perlu dibantu.

Ogos dah berlalu. September, kita sambung lagi! 🚀🔥

🇲🇾 Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-69!Merdeka bukan sekadar bebas daripada penjajahan.MERDEKAKAN KEWANGAN ANDA dari...
30/08/2026

🇲🇾 Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-69!

Merdeka bukan sekadar bebas daripada penjajahan.

MERDEKAKAN KEWANGAN ANDA daripada beban kewangan yang tidak dijangka dengan perlindungan Takaful yang sesuai. 🛡️

Rancang awal. Lindungi yang tersayang. ❤️

Selamat Hari Kebangsaan! 🇲🇾

Kadang-kadang kita terlalu fokus fikir pasal cukup tak KWSP untuk hari tua…Tapi kita terlupa satu perkara — kalau sakit ...
23/08/2026

Kadang-kadang kita terlalu fokus fikir pasal cukup tak KWSP untuk hari tua…

Tapi kita terlupa satu perkara — kalau sakit dan perlu masuk hospital sebelum sampai usia pencen, duit mana yang akan digunakan?

Kalau terpaksa keluarkan simpanan untuk bayar kos rawatan, wang yang sepatutnya untuk kehidupan selepas pencen boleh berkurang.

Sebab itu perancangan kewangan bukan sekadar simpan untuk masa depan, tapi juga lindungi simpanan yang kita sedang bina.

💙 KWSP untuk hidup. Medical Card untuk bil hospital.

Rancang awal, supaya bila diperlukan nanti, kita tak perlu korbankan simpanan hari tua.

Perlindungan kesihatan bukan sekadar untuk diri sendiri. 🏥❤️Bila kita sakit, bukan kita seorang yang terkesan.Pasangan m...
22/08/2026

Perlindungan kesihatan bukan sekadar untuk diri sendiri. 🏥❤️

Bila kita sakit, bukan kita seorang yang terkesan.

Pasangan mungkin perlu menjaga.
Anak-anak mungkin terjejas rutin harian.
Dan kewangan keluarga juga boleh menerima kesan.

Sebab itu perlindungan kesihatan bukan hanya tentang “kalau saya sakit.”

Ia juga tentang:

“Kalau sesuatu berlaku kepada saya, bagaimana keluarga saya?”

Kita tak mampu jangka apa yang akan berlaku, tetapi kita boleh buat persediaan ketika masih sihat.

Lindungi kesihatan. Lindungi keluarga. Lindungi masa depan. ❤️

Amanah Dalam Perniagaan EmasDalam industri emas dan perak, amanah, ketepatan dan pematuhan muamalat adalah asas kepada k...
21/08/2026

Amanah Dalam Perniagaan Emas

Dalam industri emas dan perak, amanah, ketepatan dan pematuhan muamalat adalah asas kepada keberkatan perniagaan.

Antara perkara yang kami tekankan di MEEM Gold Assayer:
• Ketepatan kualiti & ketulenan
• Timbangan yang tepat
• Pematuhan prinsip syariah
• Tidak menzalimi mana-mana pihak

Perniagaan emas bukan sekadar mengejar keuntungan, tetapi membina kepercayaan.

Kerana yang paling bernilai bukan hanya emas yang disimpan, tetapi amanah yang dipelihara.

Amanah dijaga, muamalat dipatuhi, keuntungan diberkati.

Tak perlu tunggu kaya nak simpan emas. Mula je dulu! ✨

Emas vs Pelaburan 5.5% Setahun 🥇📈Kalau ada modal RM5,540, mana lebih menarik?Berdasarkan harga emas dalam gambar:🥇 Emas ...
20/08/2026

Emas vs Pelaburan 5.5% Setahun 🥇📈

Kalau ada modal RM5,540, mana lebih menarik?

Berdasarkan harga emas dalam gambar:

🥇 Emas — 50 hari
Modal: RM5,540
Nilai akhir: RM5,840
Keuntungan: RM300

💰 Pelaburan 5.5% setahun — 50 hari
Modal: RM5,540
Nilai akhir: RM5,581.67
Keuntungan: RM41.67

➡️ Beza keuntungan: RM258.33
➡️ Dalam tempoh ini, keuntungan emas kira-kira 7.2 kali ganda.

Yang menarik, pelaburan 5.5% setahun memerlukan hampir setahun untuk menghasilkan sekitar RM304.70, manakala contoh emas ini mencapai RM300 dalam 50 hari.

Ini bukan bermaksud emas sentiasa untung lebih tinggi. Harga emas boleh naik dan turun. Ini cuma perbandingan berdasarkan harga beli dan harga belian semula dalam tempoh tersebut.

📌 Simpan emas bukan tentang kejar harga setiap hari.
Yang penting, faham aset yang kita simpan dan konsisten membina simpanan.

Tak perlu tunggu kaya nak simpan emas, mula je dulu. ✨

Address

110, Jalan Sutera 3, Taman Sentosa
Johor Bahru
80150

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+601132000295

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Lindung Aset bersama Idham Amzirin posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share