Aiman Zaidy

Aiman Zaidy Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Aiman Zaidy, Investing Service, Menara IIB, 9, Persiaran Medini Sentral 1, Bandar Medini Iskandar, 79250 Iskandar Puteri, Johor, Johor Bahru.

Sebab saham ni  bukan tempat dan jawapan untuk korang dapatkan duit dengan cepat. Ya mungkin korang rasa teruja tengok o...
18/10/2025

Sebab saham ni bukan tempat dan jawapan untuk korang dapatkan duit dengan cepat.
Ya mungkin korang rasa teruja tengok orang lain share screenshot selalu profit. Profit besar p**a tu.
Don't get too excited. Orang tu mungkin dah tahun ke-6 dalam market .

Rekod Baharu Dunia Kripto: RM28 Bilion Masuk Dalam Seminggu Pasaran kripto minggu lepas memang gila panas. Dalam masa tu...
17/10/2025

Rekod Baharu Dunia Kripto: RM28 Bilion Masuk Dalam Seminggu
Pasaran kripto minggu lepas memang gila panas. Dalam masa tujuh hari je, dana pelaburan kripto catat aliran masuk bersih lebih USD5.95 bilion (sekitar RM28 bilion) — tertinggi dalam sejarah.
Untuk bagi gambaran, rekod sebelum ni dah besar… tapi yang ni pecah rekod lama lebih USD1 bilion sekali gus.

🔰 Bitcoin Masih Raja
Daripada jumlah tu, Bitcoin sorang je telan USD3.55 bilion.
Nampaknya pelabur masih percaya Bitcoin ni “safe haven” dalam dunia aset digital — terutamanya bila ekonomi global tengah goyah.
Ada teori kata pelabur lari dari ketidaktentuan politik AS (termasuk risiko kerajaan shutdown baru-baru ni) dan cari perlindungan dalam aset alternatif.
Macam biasa, bila Bitcoin bergerak, pasaran lain pun ikut bergetar.

🔰 Ethereum Kembali Bertenaga
Yang lagi menarik, Ethereum pun tak nak kalah. Minggu lepas dana Ethereum terima USD1.48 bilion — dan kalau dikira dari awal tahun, jumlah keseluruhan dah cecah USD13.7 bilion.
Itu hampir tiga kali ganda lebih tinggi daripada tahun lepas.
Ramai percaya lonjakan ni berpunca daripada keyakinan terhadap masa depan DeFi, NFT, dan potensi Ethereum 2.0 yang makin matang.

🔰 Solana & XRP Pun Buat Kejutan
Kalau sebelum ni ramai pandang ringan altcoin, minggu ni cerita lain.
• Solana (SOL) catat aliran masuk USD706.5 juta, rekod tertinggi pernah direkod.
• XRP (Ripple) pun tak ketinggalan — USD219.4 juta masuk ke dana mereka.
Dua-dua ni nampaknya makin diterima pelabur besar, mungkin sebab transaksi pantas, yuran rendah, dan semakin banyak syarikat guna teknologi mereka.

🔰 Apa Maksud Semua Ni?
Secara mudah, ini tanda keyakinan pelabur terhadap kripto semakin tinggi semula.
Institusi besar dah mula masuk balik — bukan setakat orang runcit.
Bila dana besar mula park duit dalam ETF dan produk kripto, ia menunjukkan kripto bukan lagi mainan spekulatif semata-mata, tapi dah jadi salah satu kelas aset yang diiktiraf.

🔰 Tapi jangan lupa realiti
Ya, inflow besar bukan bermakna semua duit tu terus beli kripto spot.
Sebahagian besarnya melalui produk pelaburan macam ETF, ETP, atau dana lindung nilai (hedge fund). Tapi signalnya jelas — minat dan permintaan terhadap aset digital kembali membuak.
Dan bila semua ni berlaku serentak — Bitcoin naik, Ethereum melonjak, altcoin pun ikut —
itu tanda pasaran kripto mungkin sedang masuk fasa baharu: gelombang institusi 2.0.

Ringkasnya, minggu lepas pasaran kripto membuktikan sesuatu —
sebelum ni orang anggap hype, tapi sekarang…
duit sebenar dah mula masuk.
Soalannya sekarang,
ini permulaan bull run baru, atau sekadar “smart money” tengah buat positioning sebelum badai seterusnya?
Macam biasa, siapa yang faham risiko dan sabar tunggu waktu,
mungkin akan jadi antara yang tersenyum bila pasaran ni betul-betul meletup nanti

MBSB Bank Bhd memperuntukkan RM1 bilion untuk pembiayaan solar dengan RM104 juta daripadanya sudah dalam proses penyalur...
16/10/2025

MBSB Bank Bhd memperuntukkan RM1 bilion untuk pembiayaan solar dengan RM104 juta daripadanya sudah dalam proses penyaluran kepada peminjam.
Ketua Pegawai Operasi MBSB Bank, Jesleigh Johari berkata, inisiatif berkenaan sebahagian daripada usaha menyokong peralihan tenaga bersih di bawah Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR).
"Peruntukan ini bertujuan membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta pemain industri untuk melabur dalam projek tenaga boleh baharu dan mengurangkan jejak karbon mereka.
"Selain pembiayaan, transformasi berlaku apabila industri bekerjasama dan berkongsi idea, dan kerjasama kami dengan MPSEA mencerminkan visi bersama ke arah Malaysia berdaya tahan, rendah karbon serta dipacu oleh inovasi, matlamat dan kewangan bertanggungjawab," katanya dalam kenyataan pada majlis Jaringan Perniagaan Minum Petang MBSB dan Persatuan Industri Fotovoltaik Malaysia (MPSEA).
Majlis itu menghimpunkan lebih 300 pihak berkepentingan industri daripada seluruh rantaian nilai solar, termasuk pengeluar, penyepadu sistem, perunding, pembiaya kewangan dan ahli akademik untuk memperkukuh kerjasama dalam menjayakan aspirasi tenaga bersih Malaysia.

Menurutnya, di bawah Rangka Kerja Kewangan Mampan dan Peralihan, MBSB telah menggerakkan sebanyak RM4.7 bilion untuk pembiayaan mampan dan peralihan, sekali gus menuju ke arah mencapai sasaran RM10 bilion menjelang 2026.
"Melalui model pembiayaan dua hala dengan Malaysian Industrial Development Finance Bhd (MIDF), MBSB Bank menawarkan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) laluan pertumbuhan berstruktur menerusi kemudahan seperti Kemudahan Teknologi Tinggi dan Hijau, Semua Sektor Ekonomi dan Kemudahan Peralihan Karbon Rendah," katanya.MBSB Bank Bhd memperuntukkan RM1 bilion untuk pembiayaan solar dengan RM104 juta daripadanya sudah dalam proses penyaluran kepada peminjam.
Ketua Pegawai Operasi MBSB Bank, Jesleigh Johari berkata, inisiatif berkenaan sebahagian daripada usaha menyokong peralihan tenaga bersih di bawah Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR).
"Peruntukan ini bertujuan membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta pemain industri untuk melabur dalam projek tenaga boleh baharu dan mengurangkan jejak karbon mereka.
"Selain pembiayaan, transformasi berlaku apabila industri bekerjasama dan berkongsi idea, dan kerjasama kami dengan MPSEA mencerminkan visi bersama ke arah Malaysia berdaya tahan, rendah karbon serta dipacu oleh inovasi, matlamat dan kewangan bertanggungjawab," katanya dalam kenyataan pada majlis Jaringan Perniagaan Minum Petang MBSB dan Persatuan Industri Fotovoltaik Malaysia (MPSEA).

Majlis itu menghimpunkan lebih 300 pihak berkepentingan industri daripada seluruh rantaian nilai solar, termasuk pengeluar, penyepadu sistem, perunding, pembiaya kewangan dan ahli akademik untuk memperkukuh kerjasama dalam menjayakan aspirasi tenaga bersih Malaysia.

Menurutnya, di bawah Rangka Kerja Kewangan Mampan dan Peralihan, MBSB telah menggerakkan sebanyak RM4.7 bilion untuk pembiayaan mampan dan peralihan, sekali gus menuju ke arah mencapai sasaran RM10 bilion menjelang 2026.
"Melalui model pembiayaan dua hala dengan Malaysian Industrial Development Finance Bhd (MIDF), MBSB Bank menawarkan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) laluan pertumbuhan berstruktur menerusi kemudahan seperti Kemudahan Teknologi Tinggi dan Hijau, Semua Sektor Ekonomi dan Kemudahan Peralihan Karbon Rendah," katanya.

15/10/2025

Terima kasih kepada semua pelabur yang telah memberikan maklum balas / ulasan semoga semua profit yang diterima dapat memberi keberkahan kepada anda dan keluarga 😇😇
SALAM PROFIT 🙏

🟣 Tidak mustahil untuk mencapai kebebasan kewangan melalui pelaburan saham jika anda melabur dalam jangka panjang dengan...
14/10/2025

🟣 Tidak mustahil untuk mencapai kebebasan kewangan melalui pelaburan saham jika anda melabur dalam jangka panjang dengan cara yang betul.
🟣 Tetapi, kalau anda mula melabur saham hari ini, adalah mustahil untuk esoknya anda sudah jadi jutawan.
▪ Pulangan yang diharapkan haruslah realistik dan bersesuaian dengan pelbagai faktor seperti modal pelaburan, kemahiran, pengalaman dan tempoh masa.
🟣 Pelabur yang tidak dapat mengawal emosi, kurang sifat sabar dan hanya fikirkan keuntungan semata-mata tanpa mengambil kira faktor risiko adalah ciri-ciri pelabur yang akan gagal dalam pelaburan saham.
▪ Sifat tidak sabar ini akan membuatkan mereka kehilangan modal pelaburan dengan sangat cepat dalam pasaran saham.
🟣 Semua orang mengimpikan untuk cepat kaya, namun kita harus berfikir secara rasional.
🟣 Ramai orang terperangkap dengan skim pelaburan palsu disebabkan nak cepat kaya. Sedangkan kalau fikirkan secara rasional, p**angan yang scammer tawarkan tidak masuk akal.
▪ Sebagai contoh, anda melabur RM1,000 dan dalam tempoh 6 jam sahaja, anda akan dapat p**angan sebanyak RM15,000.
▪ Ini bermakna akan akan dapat 1500% keuntungan hanya dalam tempoh 6 jam sahaja.
▪ Logik kah? Maka, berhati-hatilah jika anda dengar tentang skim pelaburan “too good to be true” seperti ni.
🟣 Sekarang ni, dengan ilmu anda boleh melabur dan uruskan kewangan anda sendiri. Jadi kenapa perlu harapkan orang lain?
🟣 Anda hanya perlu percaya kepada diri sendiri yang anda juga boleh lakukannya.
🟣 Great achievements take time. There is no overnight success.

5 Pesanan Buat Trader Saham🤩Apakah pesanan-pesanan tersebut?Jom baca infograpfik di bawah, jangan lupa take notes. 😉
13/10/2025

5 Pesanan Buat Trader Saham🤩

Apakah pesanan-pesanan tersebut?

Jom baca infograpfik di bawah, jangan lupa take notes. 😉

Address

Menara IIB, 9, Persiaran Medini Sentral 1, Bandar Medini Iskandar, 79250 Iskandar Puteri, Johor
Johor Bahru

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Aiman Zaidy posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share