11/06/2022
BREAKDOWN BILL
Seperti biasa bila pesakit dah keluar dari hospital, Doktor akan suruh datang balik untuk buat rawatan susulan (follow up) bagi memastikan kita dah sembuh sepenuhnya.
Untuk rawatan susulan boleh dituntut balik didalam manfaat "RAWATAN SEBELUM MASUK DAN SELEPAS KELUAR HOSPITAL", dimana klien perlu bayar dulu dan claim balik.
Klien akan dapat invois serta resit rasmi selepas selesai jumpa doktor dan buat bayaran di kaunter. Sedikit tips untuk mempermudahkan urusan claim nanti, klien dinasihatkan untuk minta "BREAKDOWN BILL".
Ini kerana pihak hospital tidak akan bagi melainkan atas permintaan klien, tujuannya ialah breakdown bill ni lebih detail tentang apa yang dibayar.
Contohnya, bil rawatan susulan saya ni saya buat ujian UBT (tiup belon) dan didalam invois hanya tertulis "LABORATORY" sahaja tanpa ada penerangan tentang ujian tersebut berbanding dengan breakdown bill (sila rujuk gambar dibawah).
Sekurang-kurangnya, pihak takaful/insurans tahu apa prosedur yang dibayar dan lagi-lagi kalau prosedur tu harganya mahal. Bayangkan, tiup belon pun dah RM298. 🤣
Nak tahu lebih lanjut, boleh hubungi ejen masing-masing atau roger saya je ye.
☎️ 014-360 9844