RJ PLANNING CONSULTANT (JM0347380-M) telah ditubuhkan dibawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Suruhanjaya Syarikat Malaysia) pada tahun 2002. Syarikat menawarkan perkhidmatan perunding dalam bidang Pakarundingan Perancangan Bandar, Perancangan Lanskap, Senibina Lanskap dan Pengangkutan dan Pengurusan Projek. Bidang utama kepakaran adalah perancangan bandar (perumahan, industri, perdagangan dan
lain-lain) bermula dari kajian kemungkinan (feasibility study), merekabentuk pelan konsep, membentuk pelan leaut, mengemukakan permohonan kelulusan pelan susunatur hinggalah kelulusan perancangan diberikan oleh Pihak Berkuasa Tempatan dan Negeri. Di antara perkhidmatan yang diberikan adalah seperti berikut :
• Penyediaan Pelan Konsep, Preliminary Study, Master Plan
• Penyediaan dan mengemukakan Pelan Susunatur Untuk Tukar Syarat, Pecah Sempadan, Pecah Bahagian dan Kebenaran Merancang untuk tujuan pembangunan (perumahan, industri, perdagangan, pembangunan bercampur dan lain-lain).
• Laporan Cadangan Pemajuan
• Penyediaan Pelan Pembangunan (Rancangan Kawasan Khas, Pelan Induk, Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan)
• Kajian khusus subjek perancangan bandar (rekabentuk bandar, sosio-ekonomi, pelancongan, pengangkutan, perancangan wilayah, fizikal dan lain-lain)
• Pengurusan Projek
• Projek penswastaan
• Kajian Perancangan Landskap
• Kajian Kesan Sosial (SIA)
• Pengumpulan data
Syarikat RJPC adalah diiktiraf dan berdaftar dengan Pertubuhan Perancang Malaysia (M.I.P) sejak 2002 (Nombor Pendaftarannya ialah PC/B-097/2002. Syarikat layak dan boleh menyediakan dan mengemukakan pelan susunatur dan tugas perancangan bandar berkaitan, Laporan Cadangan Pembangunan serta lain-lain dokumen kepada Pihak Berkuasa Negeri dan Tempatan. Prinsipal syarikat adalah Perancang Bandar Berdaftar dengan Pertubuhan Perancang Malaysia dan Lembaga Perancang Malaysia. Nombor Pendaftaran adalah seperti berikut :
Hajjah Rahani binti Jusoh– APPM 434/2001 (Persatuan Perancang Bandar Malaysia);
LPBM A0294 (Lembaga Perancang Bandar Malaysia)
Beliau juga merupakan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (Bendaharai) MIP Cawangan Selatan dari tahun 2005- hingga kini (2017). Syarikat RJPC berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia sebagai Pakarunding dalam bidang Pakarundingan Perancangan Bandar, Perancangan Lanskap, Senibina Lanskap dan Pengangkutan dan Pengurusan Projek. Pendaftaran ini membolehkan syarikat mengambil bahagian dalam projek-projek yang dikendalikan oleh kerajaan dalam bidang yang berkaitan dengan perancangan bandar dan wilayah. Nama Syarikat : RJ PLANNING CONSULTANT
Tarikh Ditubuhkan : Januari 2002
Alamat Berdaftar : No. 17-01, Jalan Titiwangsa 3, Tampoi Indah 81200 JOHOR BAHRU
No. Telefon : 07-2349080
No. Fax : 07-2344080
Email : [email protected]
[email protected]
Struktur Ekuiti : 100% Bumiputra
Bank : AFFIN BANK Berhad, Tampoi Indah, Johor Bahru