Eyla Hady

Eyla Hady Nak belajar urus gaji dan ilmu kewangan? KLIK LIKE untuk tips pengurusan kewangan dan pelaburan secara PERCUMA.

BERKONGSI TIPS PENGURUSAN KEWANGAN BIJAK DAN PELABURAN.

Last year tanya RM800 ,this year tanya RM1000😌HURM..nampaknya lagi 4tahun mahunya cecah RM1800..Harini kak eyla attend 3...
05/11/2024

Last year tanya RM800 ,this year tanya RM1000😌

HURM..nampaknya lagi 4tahun mahunya cecah RM1800..

Harini kak eyla attend 3days course..

So time makan tadi, sempatlah I berborak -borak dengan 1 of my friend..

Tapi kawan ni berumur siket level kakak2 dengan I.

Umur dia lebih kurang 50YO gitu..

Dia ibu anak 3.

Dan anak 1st dan 2nd dia setahun 1.

Yang bongsu jer di asrama..

Masa makan tadi sempat I bertanyakan khabar anak2 dia..

Topik mak2 ni kalau cite pasal keje pasti ada terselit part anak-anak..

So long story short, rupanya sekarang ni, anak1st & 2nd dia sedang sambung pengajian degree..

Si abg di IPTA dan si adik di IPTS..

Si abang pinjaman PTPTN dan si Adik dapat pinjaman boleh ubah..

So si adik ni lega siket sebab ada elaun sara diri..

Tapi si abang yang ambil PTPTN agak struggle siket ..

Sebab duit pinjaman yang ada still tak cukup untuk menampung perbelanjaan pengajian..

Mujur si abg ada jugak sedikit simpanan sebab bekerja selepas diploma dulu..

After kakak ni bercerita..

I pun tanya dia..

Berapa lah belanja bulanan anak2 bila di IPT ni..

Dia jawab lebih kurang RM1000 sebulan untuk seorang..

Sebab zaman sekarang makan pun dah mahal..

Belum masuk lagi buku , transport dan asrama...

Tambah2 lagi anak2 belajar kat bandar besar

Lagilah mahal.. sebab berbayar..

Hurm..

Baru belanja bulanan pun dah banyak tu..

Macam manalah p**a kalau betul T15, yang anggaran yuran kos pengajian anak 30K setahun..

Hurm.. so based on experience kakak ni..

I rasa kos besarkan anak di IPT ni rasanya jauh lebih tinggi dari kos anak2 masa baby & kecil..

Masa anak2 baby & kecil, tak mampu pakai pampers mahal kita beli yang murah..

Tak mampu beli susu mahal kita beli susu murah..

Tak mampu beli baju poney or branded lain, kita beli baju murah di kedai harian biasa .

Tapi bila dah masuk IPT, bajet belanja bulanan dah tak boleh nak di adjust macam masa anak2 masih bayi..

Dalam pengajian, ada sesetengah course perlukan peralatan untuk siapkan assignment/ projek..

Nak tak nak terpaksa juga anak2 dapatkan ..

Mahal pun terpaksa beli..

Bila dah pengajiannya di luar kawasan..

Nak taknak anak terpaksa menyewa..

Murah ke mahal, terpaksa terima sebab nak habiskan pengajian..

So kesimp**annya..

Makin besar anak makin besar kos yang kita perlukan untuk mereka..

Simpanlah dan bersedialah sedari mereka kecil..

Sebab sooner or later pasti kita akan perlukan juga..

Begitulah!!

Sekadar berkongsi untuk manfaat bersama

"SEJAK FOLLOW TIPS SIS DALAM JIMAT CHALLENGE, BELANJA DAPUR SAYA BERKURANG DARI RM1500 SEBULAN KEPADA RM 800 SEBULAN"!!I...
26/10/2024

"SEJAK FOLLOW TIPS SIS DALAM JIMAT CHALLENGE, BELANJA DAPUR SAYA BERKURANG DARI RM1500 SEBULAN KEPADA RM 800 SEBULAN"!!

Ini antara komen yang i nampak sewaktu scroll TT tadi..

Dalam akaun TT tu, pemilik akaun ni rupanya dia banyak berkongsi tentang HOW DIA BUAT JIMAT CHALLENGE!!

Macam2 challenge dia buat

Ada JIMAT CHALLENGE RM200 2Minggu++ before gaji!

Ada JIMAT CHALLENGE RM900 sebulan!!

& Sebagainya..

Ada juga follower dia yang tanya...

"YOU TAK BOSAN KE MAKAN RUMAH HARI-HARI, TAKKAN TAKDE CRAVING LANGSUNG?"

Sis ni jawap ada juga tapi kalau dia craving pun, bukan harini teringin hari ni juga nak dapatkan..

Kadang2 boleh jadi harini teringin next month baru gi makan, sebab dia masukkan dalam bajet dia..

Apa yang dia buat ni namanya "DELAY GRATIFICATION" dalam kewangan..

Mindset DELAY GRATIFICATION ni, biasanya memang HABIT ORANG2 KAYA & SUCCESS DALAM FINANCIAL PLANNING..

Selepas I tengok a few content menu2 dia..

I nampak dia buat meal planning...

Apa yang penting, anak2 kenyang & ada makanan harian, dan tak melebihi bajet dia..

Kat sini I nampak another skill dia dimana skill ni kebanyakkan orang yang stabil dalam kewangan buat!!

Skill RAJIN & KREATIF!!

Nak kaya kena RAJIN CARI DUIT..

Tapi RAJIN CARI DUIT SAHAJA TAK CUKUP

Kena RAJIN MANAGE DUIT!!

MANAGE DUIT NI SELAIN MELABUR & MENYIMPAN KENA ADA SKILL KREATIF dalam mengurus!!

SO kat ni dia KREATIF dalam mengurus MEAL PLAN dia untuk pastikan bajet cukup & duit lebihan dapat DISIMPAN & DILABURKAN!!

Selepas kak eyla scroll content dia!!

Terus big boss sound I

"WHY NOT YOU TRY BUAT THIS CHALLENGE YANG"

Tengok betul ke possible JIMAT banyak tu!😅

Hurm.. saje jer big boss ni ...

sebab dia tau i memang sejenis terlebih RAJIN part memasak ni!!

So kalau I TERLEBIH RAJIN CUBA CHALLENGE NI...

POKET DIA PUN AKAN TERLEBIH JIMAT!!😆

I yang buat dia yang JIMAT!!

Walaupun i nampak logik dengan bahan2 dia..dengan bajet yang dia bagi..

Tapi tak salah juga kita cuba accept challenge ni!!

Untuk dapatkan result yang proven!!

Bak kata RONALDO

" EVERYONE WANTS TO BE CRISTIANO RONALDO, BUT I GIVE YOU A MAPS, YOU THINK YOU WILL DO IT THAT? "

"DISCIPLINE IS THE MOST DEFFICULT THING, NOT ONLY IN SPORT BUT FOR THE WHOLE LIFE!"

So challenge 1st day accepted!!

0 kos sebab guna jer apa yang ada di rumah..

Moga I mampu istiqomah lah ya part ni!!

Sebab i sejenis, lebih RAJIN BUAT DUIT dari RAJIN BUAT MAKAN...😆

Sekadar berkongsi untuk manfaat bersama!!

25/10/2024

1 Cina mati 1 Jutawan dilahirkan..
1 Melayu mati 1 court case bermula..hurm..😔

Baru kelmarin  nampak 1 kes..Semalam nampak lagi 1 kes..Dua2 kes pecahkan kereta sebelum kereta ditarik..1st kes katanya...
25/10/2024

Baru kelmarin nampak 1 kes..

Semalam nampak lagi 1 kes..

Dua2 kes pecahkan kereta sebelum kereta ditarik..

1st kes katanya isu sambung bayar..

2nd kes tak pasti sambung bayar atau sendiri..

Kalau sendiri sure koranglah, orang yang paling merugikan diri sendiri..

Kenapa??

Sebab bila kereta kita di tarik..

Next step bank akan buat lelongan..

Kalau kata kereta cantik, masa lelongan ada pembida yang beli melebihi harga baki loan..

Korang selamat dari 1 bebanan hutang..

Hutang kereta lama settle, baki lebihan bank refund balik kepada owner/peminjam yang tertunggak loan tadi..

Itu ceritanya kalau harga pembida melebihi baki pinjaman..

Kalau tak cukup macam mana p**a???

Kalau tak cukup, baki loan tetap owner kena bayar..

Tapi mungkin tak sebanyak hutang asal..

Contoh baki loan katakan RM15K.. TAPI Pembida tertinggi hanya RM10K..

So peminjam /owner lama perlu bayar lagi RM5K untuk settlekan hutang tertunggak..

Dalam condition ni pun, tetap baik kepada peminjam..

Daripada nak cari RM15K settelkan pinjaman..

Last2 tinggal RM5K sahaja..yang penting rekod cris korang clear...

So untuk yang ada masalah tunggakan hutang kereta..

Jangan tunggu sampai kena tarik baru nak bertindak..

Kalau dah tertunggak , sebenarnya korang boleh jer cepat2 ke bank pinjaman korang tadi..

Cuba buat rundingan, untuk pelan pembayaran yang baru..

Kalau solution bank pun korang tak mampu..

Last choice boleh ke AKPK restructure semula..

Kat sini biasanya AKPK akan bantu buat rundingan dengan bank, dan akan restructure semula hutang2 kita ..

I ada beberapa client yang serah diri, kepada AKPK...

Sebulan jumlah yang mereka perlu bayar ikut penjadualan semula..tidaklah sebanyak monthly komitmen yang asal..

Bila dah tiada komitmen yang besar, diaorang start belajar urus duit dengan betul..

Guna baki lebihan gaji tadi buat simpanan emergency..

Then komited bayar ikut jadual ..

Dalam tempoh AKPK, diaorang ni memang tak boleh buat any hutang baru...

Part ni boleh bantu diaorang untuk stop dari habit s**a buat hutang...

Ye la.. kalau dah sampai tak boleh manage hutang means.. habit berhutang mereka ni, memang masalah..

SO BILA HUTANG BARU TAK BERTAMBAH, DAN ADA LEBIHAN BOLEH SIMPAN BUAT TABUNG KECEMASAN..

financial akan lebih healthy..

Lepas bebas dari AKPK..

bila nak berhutang baru pun, korang akan fikir berpuluh kali...

Takkan nak repeat kesilapan lama kan!!

Begitulah...

Sekadar berkongsi untuk manfaat bersama

Betul ke penjawat awam ni tak perlu medical card??Ini Kisah benar salah seorang client kak eyla.Puan ni merupakan seoran...
22/05/2022

Betul ke penjawat awam ni tak perlu medical card??

Ini Kisah benar salah seorang client kak eyla.

Puan ni merupakan seorang penjawat awam.

Sekitar bulan 10 tahun lepas, beliau text kak eyla bagitau nak apply medical card.

Masa tu sebenarnya, dia cuma nak survey-survey sahaja.

Tapi selepas consult, akhirnya puan ni terus proceed application.

Tak lama pun consult dia..

Sebab walaupun dia ni penjawat awam.. Tapi awareness dia sangat baik.

Terutamanya bab nak dapatkan rawatan segera.

Sebab dia tahu, walaupun dia ada GL hospital kerajaan, namun untuk mendapatkan rawatan segera, dia masih lagi perlu menunggu jika sakit.

Long story short, petang 2 hari lepas.

Tiba-tiba dia text kak eyla..

Lepas dia text tu, terus kak eyla tak senang duduk..

Sebab client kak eyla ni, perlukan emergency operation kerana tercekik tulang.

Lagi tambah merisaukan...

Bila dia maklumkan, yg dia dah muntah darah sejak dari lepas lunch tadi

Fuh.. Betul-betul terketar-ketar kak eyla followup CS masa tu..

Setiap detik jam tu, kak eyla rasa macam nak meletup jer..

Nervous nya tuhan je tahu..

Alhamdulillah dalam jam 6 lebih gitu GL APPROVED!!

Lega sangat masa tu..

Then, lepas dah approve, client terus dibawa ke OT room sekitar jam 8 malam gitu..

Malam tu kak eyla singgah juga ziarah dia sekitar jam 10 lebih malam.

Alhamdulillah time tu dia dah pun selamat operation..

Sempat juga kak eyla snap gambar tulang yang tercekik tu..

Keesokkan harinya, client dibenarkan discharge.

Total Bil rawatan 2 harini RM 7037.

Alhamdulillah medical card client cover RM6672. Client cuma bayar sedikit deductible amount & registration.

Bila settle semua ni, rasa lega sangat, dan bersyukur kak eyla dah bantu dia decide untuk proceed.

Jika tidak pastinya.. Kak eyla rasa bersalah sekarang ni..

Begitulah...

Kita takkan pernah tahu apa yang bakal berlaku pada kita akan datang..

Apabila BNM umum kenaikan OPR harini.. Daripada 1.75% Sebelum ini kepada 2.00% Ada 3 perkara penting yang kak eyla rasa ...
11/05/2022

Apabila BNM umum kenaikan OPR harini..

Daripada 1.75% Sebelum ini kepada 2.00%

Ada 3 perkara penting yang kak eyla rasa kita semua tahu, terutama bagi yang membuat pinjaman atau merancang nak membuat pinjaman baru.

1.Apa itu OPR??

OPR overnight policy rate ialah kadar faedah yang ditetapkan oleh Bank negara Malaysia (BNM), untuk institusi kewangan meminjamkan wang antara satu sama lain untuk tempoh satu malam.

2.Apa kesannya kenaikan OPR ini terhadap pinjaman kita??

Apabila berlaku kenaikan dari segi kadar faedah untuk pinjaman antara bank, maka secara tidak langsung kenaikan ini juga akan memberi kesan kepada kenaikan kadar faedah pinjaman kita sebagai individu.

Bahasa mudahnya, bila OPR naik⬆️ kadar faedah pinjaman individu naik⬆️

3. Apakah persediaan kita??

Sebagai individu / peminjam, perkara asas yang perlu kita bersedia apabila OPR naik, adalah kenaikan komitmen Bulanan kita.

Terutama yang buat pinjaman jenis pembiayaan flexi /flexi loan.

Sedikit ilustrasi kesan kenaikan

Contohnya
Pembiayaan RUMAH RM380,000
Rate 3.5%
Ansuran Bulan RM1570. 50

Selepas kenaikan OPR dari 1.75% kepada 2.0%

Rate 3.75%
Ansuran Bulanan RM1626. 04

Kenaikan RM55.54
( contoh ini sekadar ilustrasi sahaja nak mudahkan kefahaman, kenaikan sebenar korang boleh rujuk kepada bank /institusi perbankan masing-masing)

Kenaikan sekitar RM50++ bagi 1 pinjaman, mungkin nampak sedikit tapi kalau kita suami isteri combine ada 4 pinjaman maka kenaikan menjadi RM200++.

Kesan kenaikan ini terkesan kepada semua jenis pinjaman/ pembiayaan flexi ya.

Dengan keadaan ekonomi global semasa seperti sekarang ni, tidak mustahil akan ada kenaikan lagi selepas ini.

Sebagai peminjam yang Bijak, buatlah persediaan & Rancanglah Perbelanjaan sebaik yang mungkin.

Sekadar berkongsi untuk Manfaat bersama

Teringat p**a pada dia pagini...Macam manalah dia sekarang ni..Beberapa bulan lepas kak eyla ada tugasan di luar kawasan...
22/04/2022

Teringat p**a pada dia pagini...

Macam manalah dia sekarang ni..

Beberapa bulan lepas kak eyla ada tugasan di luar kawasan.

Memandangkan tugasan ni di luar kawasan dan tidak dapat diselesaikan segera.

Maka kak eyla dan seorang rakan ni terpaksa lah menginap di sebuah hotel.

Jadi bila decide nak menginap, memandangkan rakan kak eyla ni pun adik- adik yang baru nak bekerja.

So kak eyla ajak dia tidur sebilik je dengan kak eyla.

Jadi jimatlah sedikit duit poket dia.

Singkat Cerita kami pun check in hotel jam 12 malam.

Sampai di bilik tak dan nak borak panjang selesai isyak masing- masing ketiduran.

Tepat jam 5pagi kak eyla terjaga.

Macam biasa jam 5 ni memang waktu mak-mak dah bangkit tidur.

Rakan kak eyla masih tidur.

Lepas bangkit kak eyla terus mandi dan tunggu waktu subuh.

Sementara menunggu tu kak eyla baca zikir harian yang kak eyla selalu amalkan, sambil buka VTT ustaz wadi anuar.

Selesai subuh, kak eyla ambil phone. Tap-tap...

Then kak eyla sambung gosok pakaian untuk hari tersebut Sambil2 sambung zikir slow2.

VTT ustaz wadi anuar masih lagi kak eyla on.

Sampaila jam 7 pagi, kami Turun ke Cafe hotel untuk sarapan.

Masa sarapan tu, adik ni bertanya pada kak eyla

Akak memang macam ni ke hari-hari??

Oh akak memang macam ni kalau ada appointment penting..

Isy.. Bukan tu la kak.. Sambung adik ni.

Hah!! Masa tu terasa malu gak..

Hahaha..

Sebab kak eyla ingat dia nak kata harini akak lain macam cantik.. Sebab akak memang dress up lain dari biasa..

Rupa-Rupanya, dari awal akak bangkit sampai la ke Cafe dia duk perhatikan rutin kak eyla.

Memandangkan dia tanya, jadi kak eyla pun share la dengan dia.

Kak eyla bukan ahli agama, tapi kak eyla tertarik dan sampai sekarang kak eyla pegang kata-kata seorang teman baik kak eyla ni..

"Beb jangan sedih kalau harini kita mengaji tak selancar orang lain, jangan sedih kalau kita tak mampu puasa sunat seperti orang lain, ada banyak pintu-pintu kebaikan lain yang kita boleh buat ikut kemampuan kita".

Kita masuk ke syurga ni kerana rahmat Allah..

Ada orang masuk kerana amalan dia berpuasa, ada orang kerana dia rajin baca Quran, ada orang kerana dia bersedekah, ada orang p**a kerana dia berzikir..

Kau pilihlah mana-mana amalan yang kau rasa kau boleh sentiasa amalkannya dan dimana jua.

Ikut kemampuan kau, yang penting kau istiqomah.

Singkat Cerita sejak dari itu 3 amalan yang kebiasaan kak eyla lakukan adalah:-

1.Zikir pagi/ harian
2.Sedekah
3. Berada dalam majlis ilmu, paling tidak sempat pun VTT ustaz wadi anuar ni kak eyla on setiap hari pagi2 waktu driving.

Jadi kak eyla mintak adik ni pilihlah mana-mana amalan yang dia rasa selesa dan mampu konsisten.

Tak sangka p**a sejak dia tahu apa kak eyla buat tu, dia mula amalkan.

Selepas seminggu dia text ajak jumpa..

Siap bersemangat nak belanja tanda terima kasih..

Rupanya dia kata sejak dia amalkan zikir pagi dan sedekah, hati dia tenang lain sekali.

Kalau ada masalah di tempat keje pun, dia tenang je tak mudah nak marah-marah..

Yang paling best, dia teringat ayat ustaz wadi anuar yang kak eyla share dengan dia

"Allah s**a kita mintak dengan DIA dahulu Sebelum kita mintak dengan mana-mana manusia. Walaupun permintaan kita itu sekecil sebiji garam".

Katanya Allah bantu dan kabulkan doa dia dalam masa beberapa jam selepas dia minta Allah tolong urusan dia.

Sejak dari itu, dia kata setiap apa yang dia nak buat dia akan mintak dengan Allah dahulu....

Begitulah.. Kenikmatan yang telah tuhan berikan buat kami.

Jadi sempena hari jumaat dan bulan yang mulia ni gais.

Jangan lepaskan peluang bersedekah dan berdoalah sebaik yang boleh..

Setiap pagi kalau boleh korang amalkan lah surah al waqiah, sedekah subuh, dan zikir astagfirullah 100x, subahanallah, Alhamdulillah, allahu akbar 33x.

Last sekali jangan lupa baca " Innahaza larizzkuna maalahu minnafaad33x"

Mudah-mudahkan Allah permudahkan urusan kita semua.

Semoga bermanfaat buat semua..

Renungan pagi

Sempena Salam EPF 10k + mood nak beraya.Ada yang bertanya "OK ke kak, kalau saya tukar kereta baru raya ni?"Memang tradi...
19/04/2022

Sempena Salam EPF 10k + mood nak beraya.

Ada yang bertanya "OK ke kak, kalau saya tukar kereta baru raya ni?"

Memang tradisi Rakyat Malaysia ya?? Asal raya je semua nak baru..

Mentang2 la tahun ni, tahun pertama kita dapat beraya setelah 2thn tak beraya.

Tambah p**a korang terasa Kaya sebab baru dapat duit RAYA dari EPF.

Sabar dulu dik..

Sebelum awak fikir nak tukar kereta tu..

Cuba check dulu, awak ada tak mana2 HUTANG yang belum dibayar??

Baik HUTANG bank mahupun HUTANG dengan orang.

Jangan lupa, check sekali ada tak HUTANG nafkah bini yang korang Buat2 lupa nak bayar??

Kalau semua ni korang takde..

Then korang kira p**ak kemampuan nak pakai kereta baru ni..

PAKAI tau bukan BELI!!

Sebab Mampu BELI belum tentu mampu PAKAI!!

Cara mudah nak tau korang mampu pakai atau tak??

Korang kira Keseluruhan kos kereta yang nak dipakai..

Major kos sebuah kereta biasanya ada 4

Installment kereta, servis, renewal roadtax dan insurans, & last sekali kos tukar tayar.

Korang kira semua total kos ni, then pecahkan ikut Bulanan..

Mesti korang terkejut..

Kadang2 kereta yang kita bajet Ansuran kereta RM500 sebulan, tiba-tiba lepas tambah dengan 3 kos yang lain boleh jadi RM800-900 sebulan...

So lepas dah tahu, korang check la pocket sendiri..

Kalau korang ada portion duit sebanyak tu setiap bulan untuk pakai kereta tu nanti..

Then korang proceed jer... Should be no problem!!

Tapi jika korang kira-kira portion tu korang terpaksa cut duit sana cut bajet sini untuk pakai kereta tu..

Then better JANGAN!!!

Tak de kereta baru pun kita still boleh beraya dik!!

Bahagia pakai kereta baru ni sehari dua, tapi menanggungnya 9 tahun lamanya.

Buat pilihan yang Bijak gais!!!

Jangan sampai kita jadi macam lagu raya senario.. Sudahla!!

"Bila raya semua macam nak gila"
"Habis raya semua mula bekerja"
"Poket kosong baru ingat nak puasa"

Ingatlah.

Besederhana itu lebih baik, dari berlebih-lebihan gais..

Since end of Feb, market unit trust drop banyak.So mulalah lagi episod ramai yang membandingkan antara keuntungan simpan...
25/03/2022

Since end of Feb, market unit trust drop banyak.

So mulalah lagi episod ramai yang membandingkan antara keuntungan simpanan emas dan unit trust.

Pertamanya gais, apa yang korang perlu faham

Apabila Berlakunya crisis / atau any geopolitical issue.

Pasaran semasa memang akan menurun, sebab crisis baru bermula dan terlalu banyak uncertainty yang boleh mengakibatkan ramai yang panik.

Reaction ini biasanya hanya bersifat sementara sahaja.

So is normal semasa ada crisis / geopolitical issue ini, harga emas memang akan melambung tinggi.

Tengok sahaja masa September 2020, masa pendamik covid harga emas naik luar biasa.

Sebaliknya, pasaran unit trust masa tu drop sehingga - 47%++

Asal ada crisis je market akan drop teruk pada 30-60 hari pertama.

Then perlahan-lahan market akan mula mendaki

Jadi as a real investor, apa yang penting adalah kita perlu faham strategi pelaburan setiap instrumen yang kita laburkan.

Dalam pelaburan unit trust misalnya, key indicator pelaburan kita adalah units.

Sebab dalam pelaburan unit trust game kita adalah kita nak kumpul seberapa banyak units yang boleh.

Antara sebab Kenapa kita sakan nak kumpul lebih banyak units, sebab dalam unit trust penentu agihan pendapatan/ Dividen yang bakal kita terima, adalah bergantung kepada berapa banyak pegangan units yang kita ada.

So untuk MENINGKATKAN jumlah units yang boleh kita kumpul dengan kos yang paling minima.

Waktu-waktu pasaran yang sedang dalam crisis / geopolitical issue inilah peluang terbaik untuk kita MEMBELI.

Sebab kita dapat membeli pada harga yang jauh lebih murah dan rendah untuk satu units yang sama.

Mana tidaknya, jika Sebelum ini harga seunit sekitar RM1.00 tetapi sekarang ini korang dapat membelinya pada harga sekitar RM0. 60 sen seunit.

Dan pastinya membeli semasa harga rendah ini akan membuatkan kita memperolehi lebih banyak units.

Lebih banyak units terkumpul ini p**a, akan meningkatkan peluang kita mendapat lebih banyak dividen/ agihan pendapatan.

Bila units terkompaun secara luar biasa banyak, barulah boleh sembang return yang luar biasa tinggi selepas harga kembali PEAK nanti.

So saranan kak eyla, bagi pelabur-pelabur unit trust, jangan panik Melihat keadaan pasaran semasa.

Kita dah pun pernah melalui pelbagai crisis Sebelum - Sebelum ini ternyata yang pasaran unit trust / ekuiti ini always akan recover semula selepas crisis.

Jadi best solution buat korang dalam tempoh seperti sekarang ni adalah hold the investment dan keep investing.

JANGAN SESEKALI lakukan PANIK SELLING!!

Wait untill market kembali peak!!

Bagi yang follow nasihat kak eyla ni, jangan lupa belanja kak eyla bila dah UNTUNG nanti!!!

Hahaha....

Moga bermanfaat gais!

"Perlu ke saya keluarkan KWSP RM10K ni?"Bagi korang yang masih ragu-ragu perlu atau tidak korang keluarkan RM10K ni. Bol...
19/03/2022

"Perlu ke saya keluarkan KWSP RM10K ni?"

Bagi korang yang masih ragu-ragu perlu atau tidak korang keluarkan RM10K ni. Boleh semak 4perkara ni sebelum decide.

Yang ke 4 ni paling penting!!

1.Semak adakah pekerjaan semasa korang sekarang ni stabil atau tidak?

Ada atau tidak kebarangkalian yang syarikat akan ditutup atau pernah lakukan pembuangan pekerja Sebelum ini.

2.Semak industri/ sektor pekerjaan korang

Adakah perniagaan / industri semasa korang ni bawah kategori industri yang still high demand, walaupun pendamik mahupun endamik.

3.Semak tabung kecemasan

Berapa tabung kecemasan semasa yang korang ada? Dah cukup ke 3-6 bulan gaji?

Dah semak 1-3, dan korang dapati korang ada risiko boleh diberhentikan kerja, industri pekerjaan korang pun memang terjejas teruk masa pendamik, dan korang still tak ada tabung kecemasan.

Maka korang wajiblah buat pengeluaran KWSP kalini!!

Tapi jika korang sebaliknya, maka korang WAJIB SEMAK perkara ke 4 ni!

4. Semak semula pengeluaran I-sinar, I-Citra, I-Lestari korang Sebelum ni?

Daripada RM30, 000 pengeluaran KWSP Sebelum ni, kemanakah korang spend??

Adakah korang gunakan untuk menukar Handphone baru??

Perabot baru?? Holiday?? Down payment kereta baru?? Atau pun Renovate rumah??

Atau duit tadi masih Kekal dalam tabung simpanan / pelaburan korang??

Jika korang dalam golongan yang duit tadi masih Kekal dalam simpanan, maka korang boleh lah buat pengeluaran kalini.

Tapi jika duit RM30, 000 Sebelum ni telah berjaya korang HILANGKAN dengan begitu sahaja.

Maka nasihat kak eyla, lebih baik korang JANGAN KELUARKAN!!

Belajarlah dari kesilapan yang lepas.

Gais Walaupun duit kwsp tu memang duit kita, tapi Fungsi duit tadi adalah untuk tabung persaraan kita.

Jika tabung persaraan semasa kita pun, belum tentu cukup untuk buat kita BERTAHAN di usia persaraan nanti.

Inikan p**a, kita dah mula KURANGKANNYA!!!

Renungkanlah!!

Macam mana Agaknya kalau si isteri tahu nanti...Pagini kak eyla agak terkejut juga terbaca  posting ni.Luahan seorang su...
23/02/2022

Macam mana Agaknya kalau si isteri tahu nanti...

Pagini kak eyla agak terkejut juga terbaca posting ni.

Luahan seorang suami dan bapa anak 3, yang bergaji besar, tapi tidak dapat menyimpan, malah keberhutangan..

Dalam Cerita ni, penulis menyatakan yang pada permulaan kerja, dia bergaji RM 7,000, sekarang ini gajinya sudah pun 2kali ganda.

Masalahnya dengan gaji itu, dia ada HUTANG rumah RM900K, Personal Loan RM400K dan 8 Kad kreadit.

Rumah pertama beli RM 770K, Bulanan RM3000, Tapi sewa cuma RM500.

Rumah kedua di kampung tapi joint name dengan isteri.

Awal kerja dia beli kereta type H.

Ada ASBF tapi tengah bulan dia keluarkan untuk survive.

Now dia juga buat Personal Loan baru sebab ada niat nak daftar AKPK lepasni.

Dan last sekali, semua hutang ni isteri dia tak tahu!

Hurm..

Key problem dia yang kak eyla nampak adalah, dia mempunyai masalah menguruskan duit.

Sebab gaji dia bukan kecil dan tak mampu nak survive.

Tapi sebaliknya, dia tak mampu nak manage duit dia yang banyak tu dengan betul.

Kalau kata dia nak memperbaiki semula kewangan, maybe dia boleh cuba Cara ni:-

1. Manfaatkan personal loan barunya nanti untuk tutup 8 kreadit Kadnya tadi.

2. Rolling Dividen asbf dia bayar kereta H.

After adjust 2 ni, secara kasar komitmen dia tinggal PL RM400K (RM2000 sebulan), Rumah pertama RM3000 sebulan, Rumah kedua anggaran RM800 sebulan, ASBF anggaran RM 800 sebulan.

Anggaran komitmen baru dia sebulan RM 6,600, so cashflow gaji boleh ada RM7,700.

Bila dah ada Lebihan cash flow gaji, tukar Cara berbelanja, terminate semua Kad kreadit lagi baik, untuk elak dia terbelanja luar kemampuan lagi.

Downgrade life style!!

Last sekali, jangan lupa mula menabung 3 tabung asas, protection, emergency fund dan longterm saving.

After a year kalau dia konsisten berubah, in Sha Allah masih dia akan nampak hasilnya.

Pengiraan kak eyla ni sekadar kiraan kasar je ya berdasarkan beberapa info yang dia mention.

Last advice kak eyla, sebagai suami better dia terus terang pada isteri, sebab merancang kewangan ni akan lebih mudah jika kita suami isteri saling bekerjasama.

Jika kita terlupa, isteri bantu ingatkan, bila isteri lupa, kita bantu ingatkan.

Begitula.. Seterusnya...

Buat bersama sampai berjaya keluar darn masalah.

In sha Allah semuanya akan baik-baik sahaja kalau sama-sama sepakat!

NAK MENYIMPAN TAPI STRUGGLE???Inilah antara puncanya Kenapa korang masih struggle untuk mula menyimpan.1. MINDSET"Korang...
12/02/2022

NAK MENYIMPAN TAPI STRUGGLE???

Inilah antara puncanya Kenapa korang masih struggle untuk mula menyimpan.

1. MINDSET

"Korang always amalkan konsep BELANJA DULU BARU SIMPAN"!

Cara ni akan buatkan korang tiada Lebihan untuk menyimpan, sebab selagi ada baki di akaun, korang akan cenderung untuk berbelanja!!

2. CARA MANAGE YANG SALAH

"DAPAT GAJI REWARD DIRI DULU"

Normally, bila dapat gaji korang akan mula clearkan checklist barang yang korang nak beli.

Pada korang masa nilah nak reward diri, setelah penat keje sebulan.

3. MUDAH BERBELANJA

"RASA BERBALOI BILA DAPAT BELANJA DUIT YANG KORANG DAPAT"

Korang akan rasa berbaloi berbelanja, walaupun mengeluarkan belanja ratusan dan ribuan ringgit.

4. TAK MINAT MENYIMPAN

Korang rasa belanja RM100 itu BERBALOI, tapi menyimpan RM 100 itu membazir.

5. S**A BERHUTANG

S**a amalkan BUY FIRST PAY LATER!! Korang sanggup berhutang asalkan dapat membeli barang yang korang inginkan.

Lama kelamaan, HUTANG korang makin membukit dan korang mula buntu nak menyelesaikannya.

Gais, inilah antara puncanya Kenapa korang struggle untuk menyimpan sampai sekarang ini.

Pada kak eyla simple sahaja, jika korang nak perbaiki kewangan cubalah atasi punca - punca dahulu.

Percayalah setelah korang atasi punca-punca ni korang akan jumlah Jalan seterusnya untuk menyimpan.

Semua orang pernah lakukan kesalahan. Semua orang juga pernah lakukan kesilapan.

Namun kesilapan paling besar, adalah apabila kita berterusan melakukan kesalahan tersebut. Walaupun kita tahu perkara itu akan memusnahkan kehidupan kita!!

Renung-renungkan!!

Hady IFP

Address

Johor Bahru

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Eyla Hady posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Eyla Hady:

Share