15/10/2020
TERGAMAKNYA ADIK BERADIK AKU‼️
Hati manusia mana tak kecewa bila melihat perangai sebenar adik-beradik kandung mengintai segala aset yang kita miliki. Bertambah kecewa bila mereka bertanya berkaitan berapa banyak simpanan dan di mana letaknya simpanan tersebut.
Itulah situasi yang dialami oleh seorang Hj yang merupakan client kepada rakan seperjuangan saya. Sedih air muka Hj dan isterinya bila meluahkan perasaan mereka kepada saya. Saya hanya mampu tersenyum sebab dah biasa jumpa situasi Hj ni. Lebih-lebih lagi berkaitan Harta dan Pusaka!
Paling menarik, Hj ni dulu kerja dalam bidang Oil & Gas ; Offshore tau! Mestilah duit dan aset Hj ada banyak kan.
Kenapa situasi itu terjadi? Adik-beradik dah sibuk intai dan tanya berkaitan aset Hj sedangkan Hj masih hidup?
Pernah anda terfikir?
Begini, Hj dan Isteri hanya mempunyai 3 orang anak perempuan sahaja. Ibu dan Bapa Hj sudah lama meninggal dunia. Hj ada 6 orang adik-beradik yang lain; 3 lelaki dan 3 perempuan.
Maka, semua adik-beradik Hj merupakan waris faraid dan berhak ke atas aset dan tunai yang Hj bakal tinggalkan kelak! Hal ini kerana Hj tidak mempunyai waris lelaki yang lain selain adik-beradik tersebut.
Berikut merupakan pembahagian terakhir faraid setiap waris untuk Hj:
Isteri 27/216
3 Anak (P) 48/216
3 Sdr (L) SIB 10/216
3 Sdr (P) SIB 5/216
Untuk mudah faham, saya bagi contoh Hj ada simpanan RM1,000,000.00 , pembahagian faraid jadi seperti berikut:
Isteri RM125,000
3 Anak (P) RM222,222.22
3 Sdr (L) SIB RM46,296.30
3 Sdr (P) SIB RM23,148.15
Faham?
Itu belum kira aset yang lain seperti Rumah, Tanah, dan lain-lain.
Hadirnya saya bersama rakan seperjuangan adalah untuk menyelesaikan masalah dan kerisauan Hj tersebut. Hj khuatir bila dia sudah tiada, isteri dan anak-anak tidak akan terbela nasib mereka kerana aset dan tunai Hj pasti menjadi rebutan adik-beradik yang lain.
Apa yang bermain difikirkan Hj adalah, Isteri dan anak-anak mungkin tidak akan mendapat bahagian mereka. Maklumlah, mereka berempat perempuan yang lemah, memang tidak mampu untuk berbalah dengan adik-beradik Hj yang dah agresif tentang pusaka tersebut.
Hj akhirnya membuat penulisan wasiat dan hibah, dimana Hj melantik dua orang Wasi sebagai pentadbir harta, pesanan lanjutan kepada semua waris, hibahkan beberapa aset supaya isteri dan anak-anak terbela.
Di sini, Hj berlaku “kejam” dengan menghibahkan harta bernilai dan kesayangannya kepada isteri dan anak-anak supaya dapat dimanfaatkan oleh mereka kelak.
Selebihnya merupakan harta yang akan difaraidkan kepada waris yang lain sebagai penghargaan kepada adik-beradik yang lain atas sokongan dan doa kepada Hj sepanjang hayat beliau.
Alhamdulillah, selesai perancangan untuk Hj tersebut.
Mula perancangan anda sekarang!
www.wassap.my/601120597393/RancangHarta
Semoga bermanfaat 👍