Haziq muzamil takaful consultant

Haziq muzamil takaful consultant Wasiat / Medical coverage / Life Takaful / Housing Takaful MLTT/ Child’s education saving

29/03/2026

Di bawah langit yang sama
aku membesar dalam doa kalian,
tangan kecil ini pernah dipimpin
oleh kasih yang tak pernah hilang arah.

Mama…
lembut suaramu penenang jiwa,
setiap pelukanmu
adalah rumah paling damai.

Abah…
teguh langkahmu jadi pedoman,
diam pengorbananmu
lebih lantang dari seribu kata.

Mama, Abah…
jika dunia pernah terasa berat,
kalianlah alasan aku kuat,
kalianlah cahaya dalam gelap.

Tak mampu aku balas segalanya,
hanya doa yang kupanjatkan setiap waktu semoga Allah menjaga kalian,
seperti kalian menjaga aku dulu.

Terima kasih…
atas cinta yang tak pernah meminta balasan,
atas hidup yang kalian perjuangkan,
hingga aku mampu berdiri hari ini.

Aku sayang mama, abah.
Cintaku…selamanya. ❤️

Semoga mama ku Zalila & abah ku Muzamil sentiasa dalam perlindungan dan rahmat Illahi. Suatu hari nanti, coretan ini akan menjadi memori.

🌙✨ Selamat Hari Raya Aidilfitri ✨🌙Maaf zahir dan batin.Semoga Syawal ini membawa sinar kebahagiaan, keberkatan yang meli...
20/03/2026

🌙✨ Selamat Hari Raya Aidilfitri ✨🌙

Maaf zahir dan batin.
Semoga Syawal ini membawa sinar kebahagiaan, keberkatan yang melimpah, serta dikurniakan kesihatan, rezeki yang luas dan hati yang tenang di bawah rahmat-Nya. 🤲
Taqabbalallahu minna wa minkum. Semoga Allah menerima segala amalan kami dan kamu.

Pergi ke pekan membeli selasih,
Singgah sebentar membeli ketupat;
Di hari mulia saling berkasih,
Salah dan silap mohon diampun ikhlas dari hati yang erat.

Ikhlas daripada,
Haziq Muzamil

Ramai orang sanggup buat satu benda ni tanpa gagal setiap tahun.Renew insurans kereta. 🚗Kalau tak renew, rasa tak tenang...
14/03/2026

Ramai orang sanggup buat satu benda ni tanpa gagal setiap tahun.

Renew insurans kereta. 🚗

Kalau tak renew, rasa tak tenang.Takut accident.Takut repair mahal.

Macam kereta ni…

Kalau calar sikit pun sayang.Kalau accident, kos repair boleh cecah puluhan ribu.

Sebab tu orang tak berkira untuk protect kereta.

Tapi saya terfikir satu soalan masa tengok situasi ni.

Kalau kereta rosak, insurans boleh bayar.

Tapi kalau tuan kereta yang jatuh sakit, tak boleh kerja, atau sesuatu berlaku…

Siapa protect income dia? 🤔

Kereta mungkin bernilai RM200,000.

Tapi orang yang berdiri di sebelah kereta tu…Sepanjang hidup bekerja mungkin hasilkan RM1 juta, RM2 juta atau lebih untuk keluarga dia.

Ironinya…

Benda yang bernilai puluh ribu kita protect.Tapi diri sendiri yang bernilai berjuta sepanjang hayat, kita biarkan tanpa perlindungan.

Kereta rosak boleh repair.Kereta hilang boleh beli lagi.

Tapi kalau pencari nafkah hilang kemampuan bekerja, yang terjejas bukan kereta…

Seluruh kehidupan keluarga.

Sebab tu dalam perancangan kewangan, benda pertama yang patut dilindungi bukan kereta.

Tapi manusia yang menjana semua itu.

So kereta ni betul ke orang kata best? Siapa s**a kereta ni? Komen sikit..

Hari ni saya hadir ke kelas Persediaan Future Leader.Bukan sebagai peserta utama…Tetapi untuk duduk sebaris mereka, meme...
12/03/2026

Hari ni saya hadir ke kelas Persediaan Future Leader.

Bukan sebagai peserta utama…
Tetapi untuk duduk sebaris mereka, memerhati dan meraikan mereka yang sedang belajar.

Melihat mereka duduk dalam kelas, bertanya soalan, berbincang dan cuba memahami sesuatu yang baru… sebenarnya memberi satu rasa yang sangat bermakna.

Topik hari ni sangat menarik.

Analisa Personality.

Bagaimana seorang agent atau leader boleh mengenali karakter seseorang hanya dari cara mereka berkomunikasi.

Dalam bisnes ini, kita jumpa pelbagai jenis manusia.

Ada yang:

✔️ S**a bercakap terus kepada point
✔️ S**a mendengar fakta dan data
✔️ Perlukan masa untuk rasa selesa
✔️ Atau jenis yang membuat keputusan berdasarkan emosi dan hubungan

Kalau kita gunakan cara komunikasi yang sama kepada semua orang, besar kemungkinan mesej kita tidak akan sampai dengan baik.

Sebab itu seorang leader bukan sekadar perlu pandai bercakap.

Seorang leader perlu pandai membaca manusia.

Dalam kelas tadi mereka belajar bagaimana untuk:

• Memerhati body language
• Mengenal cara seseorang bertanya soalan
• Mendengar nada suara dan cara respon
• Menyesuaikan pendekatan komunikasi mengikut personality

Kadang-kadang hanya dalam beberapa minit pertama pertemuan…
kita sudah boleh mengenal gaya karakter seseorang.

Dan dari situ kita tahu bagaimana untuk berkomunikasi dengan lebih efektif.

Saya duduk di belakang kelas hari ini…
melihat mereka belajar dengan penuh fokus.

Dan jujurnya, saya rasa bangga.

Kerana leader masa depan sedang dibentuk.

Perjalanan menjadi leader bukan berlaku dalam sehari.

Ia bermula dengan kesediaan untuk belajar, memahami manusia dan memperbaiki diri setiap hari.

Hari ini… saya hanya datang untuk meraikan mereka.

Dan saya percaya, dari kelas kecil seperti ini…
akan lahir leader-leader besar pada masa depan.




Servicing Takaful Selepas Jualan — Kenapa Review Polisi Sangat Penting?Ramai orang ada polisi takaful, tapi tak pernah b...
18/02/2026

Servicing Takaful Selepas Jualan — Kenapa Review Polisi Sangat Penting?

Ramai orang ada polisi takaful, tapi tak pernah buat review polisi takaful selepas sign.

Hakikatnya, masalah kewangan bukan sebab plan salah —
tetapi sebab tiada servicing selepas jualan.

Sepanjang pengalaman saya sebagai wealth consultant di Malaysia, kebanyakan client hubungi saya bukan nak beli polisi baru.

Mereka datang dengan ayat sama:

“Agent lama dah tak reply.”

Bila kami semak semula, banyak perkara dah berubah:
– Kahwin
– Ada anak
– Income meningkat
– Komitmen bertambah

Tetapi coverage masih kekal seperti 5–10 tahun lepas.

Bayangkan medical card masih limit RM120 sehari,
sedangkan bil hospital swasta sekarang boleh cecah RM300 – RM500 sehari.

Inilah punca ramai rasa takaful mahal, claim tak cukup, atau polisi tak membantu.

Contoh kes sebenar:
Seorang client dah bayar hampir 3 tahun.
Selepas buat review, rupanya ada pertindihan coverage dan bahagian kritikal langsung tak cukup.

Selepas susun semula:
Contribution lebih rendah
Coverage lebih tepat
Dan waris lebih jelas

Di sinilah beza antara beli polisi dengan urus pelan kewangan.

Servicing selepas jualan sepatutnya merangkumi:
• Review polisi tahunan
• Kemaskini penama / hibah
• Penyesuaian coverage ikut fasa hidup
• Bantuan semasa claim

Jika anda dah lama tak buat semakan, atau agent takaful anda sudah tidak aktif,

Saya sediakan sesi review polisi secara percuma.

Taip REVIEW untuk semak sama ada pelan anda masih relevan atau sekadar terus bayar tanpa perlindungan sebenar.

18/02/2026

Satu hari nanti kita akan sedar, yang mahal bukan langkah berani yang kita ambil, tetapi tahun-tahun yang kita habiskan hanya untuk ragu-ragu.

Alhamdulillah, Hibah Yang Lulus Pada Tahun 2025 🙏🌿 Amirul – RM1,000,000🌿 Hafizi – RM700,000🌿 Azahari – RM100,000Semua po...
03/11/2025

Alhamdulillah, Hibah Yang Lulus Pada Tahun 2025 🙏

🌿 Amirul – RM1,000,000
🌿 Hafizi – RM700,000
🌿 Azahari – RM100,000

Semua polisi bawah 2 tahun sahaja.
Punca kematian: sakit jantung & kanser tahap 4.

💔 Hidup kita tak menunggu cukup kaya baru nak sedia.
Kerana ajal, sakit & ujian semuanya datang tanpa isyarat.

Hibah ini bukan sekadar angka,
ia legasi kasih sayang yang menyambung perjuangan keluarga selepas kita tiada.

Jangan tunggu masa,
masa tak pernah tunggu kita.

Kami bantu anda mudahkan urusan, Insyaallah. Kerana konsep murni Takaful adalah saling menjamin antara satu sama lain.

🎀 PINKTOBER FLASH SALE  🎀Untuk wanita bawah 30 tahun 💗💥 Pampasan Sakit Kritikal RM100,000💰 Kalau tak sakit, duit caruman...
31/10/2025

🎀 PINKTOBER FLASH SALE 🎀
Untuk wanita bawah 30 tahun 💗

💥 Pampasan Sakit Kritikal RM100,000
💰 Kalau tak sakit, duit caruman dipulangkan semula RM59,978 selepas 20 tahun!

“Sihat dapat duit, sakit kami bantu 💪”
Sesuai untuk wanita muda yang nak force saving sambil lindungi diri dari risiko kanser.

Orang laki pon boleh ambil, tapi risiko paling besar perempuan la kan… Pening la kalau yakda tapi terkene… Jangan sampai jem sendirian sisbro.

Confirm tak rugi.. kalau claim, UNTUNG. Tak claim pun, UNTUNG.. tak UNTUNG, kalau tak apply.

📅 Promosi khas sempena bulan kesedaran kanser payudara.

📞 Klik link sekarang sebelum offer tamat!

wasap.my/60127743140/nakplanCI

💭 “𝘗𝘭𝘢𝘯 𝘯𝘪 𝘮𝘶𝘳𝘢𝘩, 𝘵𝘢𝘱𝘪 𝘱𝘶𝘭𝘢𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘥𝘪𝘢 𝘣𝘦𝘴𝘢𝘳 𝘨𝘪𝘭𝘢 — 𝘴𝘢𝘬𝘪𝘵 𝘬𝘢𝘮𝘪 𝘣𝘢𝘺𝘢𝘳, 𝘴𝘪𝘩𝘢𝘵 𝘬𝘢𝘮𝘪 𝘱𝘶𝘭𝘢𝘯𝘨𝘬𝘢𝘯!”Ramai dah ambil sebab 𝗰𝗮𝗿𝘂𝗺𝗮𝗻 𝘀...
30/10/2025

💭 “𝘗𝘭𝘢𝘯 𝘯𝘪 𝘮𝘶𝘳𝘢𝘩, 𝘵𝘢𝘱𝘪 𝘱𝘶𝘭𝘢𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘥𝘪𝘢 𝘣𝘦𝘴𝘢𝘳 𝘨𝘪𝘭𝘢 — 𝘴𝘢𝘬𝘪𝘵 𝘬𝘢𝘮𝘪 𝘣𝘢𝘺𝘢𝘳, 𝘴𝘪𝘩𝘢𝘵 𝘬𝘢𝘮𝘪 𝘱𝘶𝘭𝘢𝘯𝘨𝘬𝘢𝘯!”

Ramai dah ambil sebab 𝗰𝗮𝗿𝘂𝗺𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗿𝗲𝗻𝗱𝗮𝗵 𝗥𝗠𝟮 𝘀𝗲𝗵𝗮𝗿𝗶 tapi 𝗰𝗼𝘃𝗲𝗿 𝟯 𝗿𝗶𝘀𝗶𝗸𝗼 𝗯𝗲𝘀𝗮𝗿: 𝗺𝗮𝘁𝗶, 𝗰𝗮𝗰𝗮𝘁 𝗸𝗲𝗸𝗮𝗹, 𝘀𝗮𝗸𝗶𝘁 𝗸𝗿𝗶𝘁𝗶𝗸𝗮𝗹.

📩 𝗞𝗹𝗶𝗸 𝗹𝗶𝗻𝗸 𝗯𝗮𝘄𝗮𝗵 𝗻𝗶 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝘀𝗲𝗺𝗮𝗸 𝗸𝗲𝗹𝗮𝘆𝗮𝗸𝗮𝗻 & 𝗾𝘂𝗼𝘁𝗮 𝗯𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗻𝗶!
wasap.my/60127743140/pelanCIFirst

✅ Dapat pampasan tunai bila disahkan sakit kritikal, kematian atau hilang upaya kekal
✅ Kalau sihat — semua caruman dapat balik (moneyback guarantee)
✅ Jadi simpanan paksa yang berbaloi untuk masa depan keluarga

Murah, berbaloi, & tenang.
Pelan ni bukan beban, tapi 𝗯𝗮𝗰𝗸𝘂𝗽 𝗽𝗹𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗯𝗲𝗻𝗮𝗿 bila hidup diuji.

Bayangkan, dengan sedikit simpanan setiap bulan:
– Ada dana bila sakit,
– Ada pampasan bila tak mampu kerja,
– Ada pulangan bila sihat.

Semua tu dalam 𝘀𝗮𝘁𝘂 𝗽𝗲𝗹𝗮𝗻 𝗖𝗜 𝗙𝗶𝗿𝘀𝘁.

📩 𝗞𝗹𝗶𝗸 𝗹𝗶𝗻𝗸 𝗯𝗮𝘄𝗮𝗵 𝗻𝗶 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝘀𝗲𝗺𝗮𝗸 𝗸𝗲𝗹𝗮𝘆𝗮𝗸𝗮𝗻 & 𝗾𝘂𝗼𝘁𝗮 𝗯𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗻𝗶!
wasap.my/60127743140/pelanCIFirst

💚 Sakit Kami Bayar, Sihat Kami Pulangkan!

“𝘙𝘶𝘮𝘢𝘩, 𝘬𝘦𝘳𝘦𝘵𝘢, 𝘥𝘢𝘯 𝘴𝘪𝘮𝘱𝘢𝘯𝘢𝘯 𝘵𝘶 𝘴𝘦𝘮𝘶𝘢 𝘢𝘵𝘢𝘴 𝘯𝘢𝘮𝘢 𝘴𝘪𝘢𝘱𝘢?Bila kita tiada nanti, siapa yang akan urus?”Ramai tak sedar 𝗵𝗮𝗿𝘁𝗮...
30/10/2025

“𝘙𝘶𝘮𝘢𝘩, 𝘬𝘦𝘳𝘦𝘵𝘢, 𝘥𝘢𝘯 𝘴𝘪𝘮𝘱𝘢𝘯𝘢𝘯 𝘵𝘶 𝘴𝘦𝘮𝘶𝘢 𝘢𝘵𝘢𝘴 𝘯𝘢𝘮𝘢 𝘴𝘪𝘢𝘱𝘢?
Bila kita tiada nanti, siapa yang akan urus?”

Ramai tak sedar 𝗵𝗮𝗿𝘁𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗱𝗶𝘂𝗿𝘂𝘀 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗿𝗲𝘇𝗲𝗸𝗶, 𝘁𝗮𝗽𝗶 𝗯𝗲𝗯𝗮𝗻 kepada waris.

Setiap tahun, 𝗯𝗲𝗿𝗯𝗶𝗹𝗶𝗼𝗻 𝗿𝗶𝗻𝗴𝗴𝗶𝘁 𝗵𝗮𝗿𝘁𝗮 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺 “𝗯𝗲𝗸𝘂” sebab tiada pentadbir dilantik.
Anak, isteri, atau ibu ayah tak boleh buat apa-apa, semuanya tersekat sebab proses mahkamah memerlukan 𝗽𝗲𝗻𝘁𝗮𝗱𝗯𝗶𝗿 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘀𝗮𝗵.

Sedangkan semua itu boleh dirancang awal…
Dengan 𝗹𝗮𝗻𝘁𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗻𝘁𝗮𝗱𝗯𝗶𝗿 & 𝗽𝗲𝗿𝗮𝗻𝗰𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝘁𝗮𝗸𝗮𝗳𝘂𝗹 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝘁𝘂𝗹, waris boleh teruskan hidup tanpa tekanan.

Bayangkan bila tiba hari tu…
✔️ Akaun bank arwah boleh diurus tanpa perlu bertelagah
✔️ Rumah boleh dipindah milik ikut hasrat sebenar
✔️ Harta diagih dengan adil dan cepat
✔️ Waris hidup tenang sebab semua dah disusun rapi

Inilah fungsi sebenar 𝗽𝗲𝗿𝗮𝗻𝗰𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗽𝘂𝘀𝗮𝗸𝗮 & 𝗹𝗮𝗻𝘁𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗻𝘁𝗮𝗱𝗯𝗶𝗿.

Ia bukan untuk orang kaya, tapi 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘀𝗮𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗸𝗲𝗹𝘂𝗮𝗿𝗴𝗮.

📩 DM saya, 𝗛𝗮𝘇𝗶𝗾 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗠𝘆𝗔𝗻𝗴𝗸𝗮𝘀𝗮 𝗔𝗺𝗮𝗻𝗮𝗵, rakan usahasama Al-Isra' Group dan FWD Takaful, untuk semakan percuma cara lantikan pentadbir yang sah dan patuh syariah.

Saya bantu anda rancang harta, dari sekarang 𝘀𝘂𝗽𝗮𝘆𝗮 𝘄𝗮𝗿𝗶𝘀 𝘁𝗮𝗸 𝗺𝗲𝗻𝗮𝗻𝗴𝗴𝘂𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗯𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗺𝘂𝗱𝗶𝗮𝗻.

| |

Payudara itu aset wanita. Bila aset hilang, banyaklah yang akan terjejas, betul kan?”Kanser payudara bukan sekadar ujian...
30/10/2025

Payudara itu aset wanita. Bila aset hilang, banyaklah yang akan terjejas, betul kan?”

Kanser payudara bukan sekadar ujian kesihatan,
tapi juga ujian kewangan yang boleh runtuhkan kestabilan keluarga.

Setiap tahun, wanita di Malaysia semakin terdedah kepada risiko kanser payudara, penyakit nombor satu yang menyerang wanita berusia 30 tahun ke atas.
Masalahnya, bila sakit datang:
• 💸 Gaji terhenti.
• 💊 Kos rawatan meningkat.
• 😞 Simpanan cepat habis.

Sebab tu penting ada backup plan. Bukan sekadar untuk rawatan, tapi untuk teruskan kehidupan bila kita tak mampu bekerja.

🛡️ SOLUSI: CI FIRST PLAN by FWD Takaful

Pelan ini direka khas untuk bantu wanita hadapi risiko kanser payudara dan penyakit kritikal lain dengan tenang.

✅ Pampasan Sakit Kritikal Sehingga RM250,000 dibayar sekaligus bila disahkan.
✅ Cash Advance Sara Hidup RM5,000 - bantu tampung perbelanjaan harian masa rawatan.
✅ Pulangan 100% Caruman Jika Sihat - kalau tak pernah claim, semua caruman dikembalikan.
✅ Caruman Serendah RM3 Sehari - mampu milik untuk wanita muda & bekerjaya.
✅ Lindungi 3 Risiko Utama: Mati, Cacat Kekal, dan Sakit Kritikal (termasuk Kanser Payudara).

Jangan tunggu simptom baru nak bertindak.
Backup diri anda, sebelum diuji.

💗 Semak kelayakan CI First Plan sekarang, terus whatsapp saya

⁨012-774 3140⁩

Address

Bandar Dato Onn
Johor Bahru
81100

Telephone

+60127743140

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Haziq muzamil takaful consultant posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Haziq muzamil takaful consultant:

Share