Patiamma Muruku

Patiamma Muruku Traditional way of preparation of muruku and chittu urundai.We, use every traditional steps for it's

21/10/2022

RESEPI KUEY TEOW GORENG

Bahan-bahan :
Bawang besar - sy dadu kan je
Cili kering kisar
Sos tiram
Kicap manis
Kicap pekat
Cukup rasa
Gula
Udang/ayam/sotong/fishcake/fishball (optional)
Telur
Kuey teow
Minyak untuk menumis

Cara-cara :
Panaskan kuali, tumis bawang yg di dadu kan, dh wangi masuk cili kisar, gula, cukup rasa. Tumis smpi pecah minyak. Masuk sos tiram. Then masuk seafood/ayam/fishcake/fishball. Pecah kan telur sebiji. Masuk kuey teow n kicap manis. Kalau nk gelap sikit, boleh letak kicap pekat. Kalau kering boleh masuk air sikit. Bila dh nak masak masuk tauge n kucai. Gaul sekejap, then siap!!

Credit : Faeizah Mohd Rawi

21/10/2022
21/10/2022

Resepi Rendang Ayam Hijau tersedap!

Mudah sgt2. Fav raya family di kg saya kt ng9.

Jom try. Power habis!

Bahan

10 biji cili besar hijau blh +

10 biji cili api hijau blh +

2 biji bwg besar

2 ulas bwg putih

1 inci halia

1 inci lengkuas

2 btg serai

Sedikit serbuk kunyit

Semua bhan diatas dkisar

1 cup santan

1 cup air

2 keping asam keping

2 sdm kerisik

Daun limau purut

Daun kunyit

Garam n perasa

Cara2

Tumis bahan kisar hingga pecah minyak..

Masukkn ayam.. Kacau sebati...

Masukkn santan air asam keping daun limau..

Masak hingga pecah minyak..

Masukkn garam n perasa..

Siappp

Taburkan daun kunyit

Kredit Resepi : nor zaqiyah

21/10/2022

AYAM MADU CRISPY CHINESE STYLE

Bahan A :
500gm isi ayam
2 sudu besar kicap cair
1 sudu kecil lada putih
1 biji telur
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar minyak bijan
2 sudu besar cuka

Bahan B :
1 inci halia (hiris nipis)
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos plum (boleh ganti dengan sos tomato jika tiada)
5 ulas bawang putih (cincang halus)
2 sudu besar madu

1. Perap ayam bersama dengan semua bahan A selama 30 minit.

2. Selepas diperap lumurkan ayam dengan tepung jagung dan goreng ayam sampai setengah masak menggunakan api sederhana angkat ketepikan.

3. Goreng lagi sekali ayam tadi menggunakan api besar angkat ketepikan.

4. Tumis bahan B lebih kurang 5 minit menggunakan api besar. Masak sampai semuanya berbuih. Setelah itu masukkan ayam kaup balik sampai semua bersalut bahan sos dan tutup api.

5. Taburkan bijan dan daun bawang boleh dihidangkan.

Kredit resepi & foto : Fatin Damia

21/10/2022

AYAM SAMBAL SERAI KUNYIT

Bahan-bahan :
1 ekor ayam dipotong kecil
Sedikit asam jawa
Garam secukup rasa

Bahan kisar :
200 gram cili kering
10 tangkai cili hidup
15 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
2 inci kunyit hidup
10 batang serai

Cara memasak :
1. Bubuh 1 senduk minyak kedalam kuali dan tumiskan bahan kisar sehingga pecah minyak dan garing
2. Masukkan ayam, asam jawa dan garam dan jika perlu, tambah sedikit air
3. Kacau sehingga ayam empuk dan masak
4. Sedia dihidangkan

13/10/2022

Udang masak merah

Bahan-bahan
1/2 kg udang basah (dibersihkan)
2-3 sb cili kering kisar
5 biji bawang merah (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
1 inci halia (dikisar)
1/2 inci lengkuas (dikisar)
1 batang serai (diketuk)
3 sb sos cili
1 sb sos tomato
1 sudu makan kicap masin/manis
1 sb sos tiram
garam dan gula secukupnya
1 labu bawang besar (dimayang)
1 biji cili merah (dihiris)

Cara Penyediaan
Langkah 1:

Tumiskan bahan2 kisar dan serai sehingga terbit bau. Masukkan sos tiram, sos cili, kicap dan sos tomato. Tambahkan sedikit air dan kacau perlahan.

Langkah 2:

Masukkan udang, bawang besar, cili merah dan sedikit air. Kacau rata-rata.

Langkah 3:

Perasakan dgn garam dan gula secukupnya.

Langkah 4:

Siap untuk dihidangkan.

Call us to order.
29/09/2018

Call us to order.

Address

UG 14, BLOCK B LARKIN INDAH APARTMENT Jalan DATIN HALIMAH
Johor Bahru

Telephone

0195273244

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Patiamma Muruku posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share