22/07/2019
Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada ahli KKAUTM dan staf UTM
Pihak Kesatuan Kakitangan Am UTM (KKAUTM) dengan s**acitanya menjemput semua ahli kesatuan dan staf untuk hadir ke Taklimat APEL (Pengakreditan Pengalaman Pembelajaran Terdahulu) yang akan disampaikan oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) Kolej Universiti Islam Melaka, Prof. Madya Ts. Dr. Asnul Dahar bin Minghat pada hari Selasa 23 Julai 2019 jam 2.30 petang di Dewan UTMLead.
APEL adalah Pengakreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu. Ia dedifinisikan sebagai satu proses sistematik yang melibatkan identifikasi, dokumentasi dan penilaian pembelajaran berasaskan pengalaman terdahulu.
APEL terbahagi kepada dua jenis iaitu APEL bagi Tujuan Akses [(APEL(A)] dan APEL bagi Tujuan Penganugerahan Kredit [APEL(C)] .
APEL(A) memberi peluang kepada mereka yang mempunyai pengalaman kerja tetapi kurang kelayakan atau tiada kelayakan akademik untuk menyambung pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi. Secara umumnya, penilaian APEL(A) melibatkan penilaian terhadap ilmu yang diperoleh oleh seseorang itu menerusi pendidikan formal mahupun menerusi pengalamannya terdahulu. Sehingga kini penilaian APEL(A) telah dibuka untuk EMPAT tahap kemas**an iaitu:
1. Kemas**an ke program Sijil (APEL T-3);
2. Kemas**an ke program Diploma (APEL T-4);
3. Kemas**an ke program Ijazah Sarjana Muda (APEL T-6); dan
4. Kemas**an ke program Ijazah Sarjana (APEL T-7).
Untuk mengetahui maklumat yang lebih lanjut lagi, silakan hadir ke taklimat APEL yang berkenaan.
Sekian. Terima kasih