24/04/2026
Medical card kerap naik harga?
Marah? Geram? Samalah kita.
Tarik nafas.. jom baca.
Berdasarkan laporan terkini dari Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM), jumlah tuntutan insurans/takaful perubatan pada tahun 2025 mencecah RM9.4 bilion.
Ya, RM9.4 bilion. Rekod tertinggi yang dicatatkan.
Meningkat daripada RM8.9 bilion pada tahun 2024.
Peningkatan sekitar 5.3%.
Tuntutan perubatan mendominasi industri dengan mewakili 53.9% daripada jumlah keseluruhan bayaran tuntutan.
Maksudnya, lebih separuh daripada tuntutan yang dibayar oleh syarikat insurans dan takaful.. pergi ke katil hospital.
Total payout p**a meningkat kepada RM17.4 bilion pada 2025, berbanding RM16.8 bilion pada tahun sebelumnya.
Kenapa jadi macam ni?
Antara faktor utama adalah — inflasi perubatan.
Kos rawatan makin naik.
Kemasukan hospital makin kerap.
Orang yang menghidap sakit kritikal semakin hari semakin ramai.
Itu belum cerita lagi ada sesetengah hospital kenakan caj yang tak masuk akal.
Mentang-mentang orang ada medical card, dia caj sesuka hati je.
Ini secara tak langsung akan bagi tekanan kepada syarikat takaful dan insurans untuk naikkan premium/sumbangan.
Trend ni sebenarnya agak membimbangkan.
Kos perubatan terus naik, dianggarkan boleh meningkat sehingga 16% pada tahun 2026.
Kita mungkin akan nampak lebih banyak kenaikan sumbangan/premium pada masa akan datang.
Sekarang kita dah faham, kenapa medical card kerap repricing berbanding pelan hayat dan perlindungan sakit kritikal.
Jadi anda yang nak mula bertakaful tu, kalau bajet agak rendah, takut dengan repricing, lebih baik sediakan perlindungan sakit kritikal terlebih dahulu.
Caruman lebih rendah, lebih stabil.
Credited page: sufian