Udeen Zaidi - DZKewangan

Udeen Zaidi - DZKewangan Merancang Kewangan, Merancang Risiko Pelaburan, Menyediakan Pelan Takaful Optimum, Merancang Harta,

๐Ÿ’ฐ ANGGARAN RM90 BILION HARTA PUSAKA BEKU DI MALAYSIAMengapa boleh terjadi? Kerana ramai belum faham 3 komponen penting d...
23/02/2026

๐Ÿ’ฐ ANGGARAN RM90 BILION HARTA PUSAKA BEKU DI MALAYSIA

Mengapa boleh terjadi? Kerana ramai belum faham 3 komponen penting dalam perancangan harta pusaka.

๐Ÿ”น 1. Wasi yang kompeten
Bukan sekadar ada nama โ€” tapi mesti mampu urus konflik, isu teknikal & proses undang-undang.

๐Ÿ”น 2. Dokumen yang sesuai.
Ramai ada wasiat, tapi tak boleh dilaksanakan kerana tak ikut syarat sah dari segi perundangan sivil & syariah.

๐Ÿ”น 3. Kewangan yang mencukupi.
Tanpa dana untuk bayar fi urusan & kos pentadbiran, proses pusaka boleh terhenti bertahun-tahun.

๐Ÿ’ก Perancangan yang betul bukan sekadar menulis wasiat โ€” ia tentang memastikan waris boleh meneruskan kehidupan tanpa beban.

Perancang Harta Pusaka Islam
013-217 1707



Alhamdulillah settle sign wasiat dan urus harta untuk client lahir tahun 1938.Terima kasih kepada semua client yg terus ...
19/07/2024

Alhamdulillah settle sign wasiat dan urus harta untuk client lahir tahun 1938.

Terima kasih kepada semua client yg terus memberi sokongan & kepercayaanโค๏ธ

Buat awal dokumentasi pengagihan harta supaya harta tak beku kemudian hari. Mudah urus sebab dah lantik pentadbir awal2โ€ฆ Tak semua waris akan mudah beri kerjasama waktu nak uruskan harta pusaka lepas kita meninggal dunia kelak.

Kenapa perlu buat awal pengurusan harta masa kita masih hidup?

1. Elak harta BEKU
2. Mempercepatkan proses mencairkan harta (tukar nama kpd waris)
3. Menjamin hak waris
4. Menjimatkan kos
5 . Menjimatkan masa
6. Melantik pentadbir harta
7. Melantik penjaga harta anak bawah umur
8. Elak perebutan harta

Ingat, bila kita mati segala harta atas nama kita akan BEKU
**
Sebagai Financial Planner yang beri khidmat menyeluruh termasuklah menyediakan perkhidmatan Pengurusan Harta, Penulisan Wasiat, Pemberian Hibah Aset & Hibah Perniagaan & Pengurusan Pusaka
Blh wsp di hotline 013-217 1707 atau klik link biru di bawah๐Ÿ˜‰

www.wasap.my/60132171707/RancangHarta
www.wasap.my/60132171707/RancangHarta
www.wasap.my/60132171707/RancangHarta

Jadikan setiap harta kita bermanfaat utk generasi akan datang.

Jadilah orang yg bijak mengumpul harta & bijak menguruskannya๐ŸŒน








"EH BARANG KEMAS PUN KENE MASUK DALAM (DOKUMEN) WASIAT KE?" tanya klien saya sambil tersengih. ๐Ÿ˜ŠYa. Tulislah wasiat. Bar...
25/06/2024

"EH BARANG KEMAS PUN KENE MASUK DALAM (DOKUMEN) WASIAT KE?" tanya klien saya sambil tersengih. ๐Ÿ˜Š

Ya. Tulislah wasiat. Barang kemas dlm kategori HARTA ALIH. Apa ertinya 'sentimental value' jika tidak dapat diwarisi / dimanfaatkan dengan sempurna. Lagi risau jika waris termakan harta batil.
:
๐— ๐—œ๐—Ÿ๐—œ๐—ž ๐—ฆ๐—œ๐—”๐—ฃ๐—”๐—ž๐—”๐—› ๐—•๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก๐—š ๐—ž๐—˜๐— ๐—”๐—ฆ ๐—”๐—ฅ๐—ช๐—”๐—› ๐—œ๐—•๐—จ?

Ramai orang fikir barang kemas peninggalan arwah ibu akan dapat kepada anak perempuan sahaja.

Kenapa? Sebab anak lelaki tak pakai barang kemas. Jadi tak perlu agih kepada mereka.
Ini pemahaman yang salah!

Ketahui bahawa barang kemas peninggalan arwah ibu tidak semestinya diberikan kepada anak perempuan sahaja jika tiada pesanan khusus yang ditinggalkan.

Barang kemas adalah harta alih yang perlu difaraidkan.

Warisยฒ yang berhak sama ada perempuan mahu pun lelaki mempunyai bahagian faraid ke atas barang kemas tersebut.

Jadi, persetujuan warisยฒ lain diperlukan untuk berikan barang kemas kepada anak perempuan.

Berikut adalah langkah-langkah asas yang perlu anda ketahui sekiranya si mati ada meninggalkan barang kemas.

Biar tahu, jangan keliru.

๐Ÿ“ŒFollow ig : https://www.instagram.com/udeenzaidi_financialplanner/
Perancang Harta Pusaka Islam
๐Ÿ“ฒ013-217 1707

Salam AidilAdhaSemoga sejarah dan sirah anbiyaa menjadi pedoman buat kita semua.InsyaaAllah.Ibrah daripada pengorbanan. ...
17/06/2024

Salam AidilAdha

Semoga sejarah dan sirah anbiyaa menjadi pedoman buat kita semua.

InsyaaAllah.

Ibrah daripada pengorbanan.

๐—•๐—ข๐—Ÿ๐—˜๐—› ๐—ž๐—˜ ๐—ช๐—”๐—ฆ๐—œ๐—”๐—ง๐—ž๐—”๐—ก ๐—›๐—”๐—ฅ๐—ง๐—” ๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—”๐——๐—” ๐— ๐—˜๐—ฅ๐—˜๐—ž๐—” ๐—ฌ๐—š ๐—•๐—จ๐—ž๐—”๐—ก ๐——๐—œ ๐—ž๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ช๐—”๐—ฅ๐—œ๐—ฆ ๐—ž๐—œ๐—ง๐—”? Jawapannya tentulah BOLEH .Tapi mengikut Hukum S...
23/04/2024

๐—•๐—ข๐—Ÿ๐—˜๐—› ๐—ž๐—˜ ๐—ช๐—”๐—ฆ๐—œ๐—”๐—ง๐—ž๐—”๐—ก ๐—›๐—”๐—ฅ๐—ง๐—” ๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—”๐——๐—” ๐— ๐—˜๐—ฅ๐—˜๐—ž๐—” ๐—ฌ๐—š ๐—•๐—จ๐—ž๐—”๐—ก ๐——๐—œ ๐—ž๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ช๐—”๐—ฅ๐—œ๐—ฆ ๐—ž๐—œ๐—ง๐—”?

Jawapannya tentulah BOLEH .

Tapi mengikut Hukum Syarak , Had yang dibenarkan untuk wasiat harta hanyalah 1/3 dari keseluruhan harta kita sahaja.

Dan jika ia mematuhi had 1/3 tadi, maka wasiat tersebut wajib dilaksanakan. Tiada siapa boleh membantah.

Siapa tergolong di kalangan Bukan Waris kita?

Bukan waris ni termasuklah Anak angkat, anak tiri, anak susuan , kawan baik, rakan niaga termasuklah pekerja dan sesiapa saja yang tiada kelayakan mewarisi harta kita melalui Hak Faraid.

Atau semasa hidup, si pewasiat boleh juga guna kaedah wasiat harta 1/3 ni sebagai wasiat harta utk tujuan amal jariah dan pahala akhirat seperti Wakaf harta kepada masjid, rumah anak yatim, sekolah tahfiz dan seumpamanya.

Tuan Puan nak tahu lanjut mengenai Wasiat Harta kepada Bukan Waris?

Jom Hubungi yang arif dalam bidangnya,

DHIYYAUDDEEN ZAIDI
Perunding Perwarisan Harta Pusaka Islam

www.wasap.my/60132171707/WasiatHartaBukanWaris
013-217 1707

https://www.kosmo.com.my/2024/04/03/anak-saudara-makan-hati-mak-cik-jutawan-wasiat-harta-kepada-pekerja/

23/04/2024

๐— ๐˜‚๐˜€๐—ถ๐—บ ๐—›๐—ฎ๐—ท๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ ๐˜๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ต ๐˜๐—ถ๐—ฏ๐—ฎ! ๐—Ÿ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฎ๐—ฝ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ฒ๐—ฑ๐—ถ๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐—ฟ๐—ผ๐—ต๐—ฎ๐—ป๐—ถ ๐—ฎ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ ๐—ฑ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐˜„๐—ฎ๐˜€๐—ถ๐—ฎ๐˜ ๐˜€๐—ฒ๐—ฏ๐—ฒ๐—น๐˜‚๐—บ ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฎ๐˜ ๐—ธ๐—ฒ ๐—ง๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—ต ๐—ฆ๐˜‚๐—ฐ๐—ถ.

Saya bersama as-Salihin Trustee Berhad selaku Pusat Perancangan Harta Pusaka Islam kini menawarkan perkhidmatan โ€๐—ช๐—ฎ๐˜€๐—ถ๐—ฎ๐˜ ๐—˜๐˜…๐—ฝ๐—ฟ๐—ฒ๐˜€๐˜€โ€ bagi memenuhi keperluan Jemaah Haji yang ingin menulis Dokumen Wasiat dengan kadar segera.

Bagi Jemaah yang mempunyai kesempatan masa yang lebih, kami menggalakkan anda untuk menulis Dokumen Wasiat secara Komprehensif demi menjamin kebajikan waris anda kemudian hari.

Sambutlah seruan haji dengan tenang setelah memastikan kebajikan keluarga anda dilindungi.

DHIYYAUDDEEN ZAIDI
PERANCANG HARTA PUSAKA ISLAM

๐Ÿ“ฑ 013-217 1707

PENJAGA HARTA UNTUK ANAK DI BAWAH UMURPerlantikan Penjaga Harta Anak di bawah umur melalui wasiat tidak memerlukan perse...
17/04/2024

PENJAGA HARTA UNTUK ANAK DI BAWAH UMUR

Perlantikan Penjaga Harta Anak di bawah umur melalui wasiat tidak memerlukan persetujuan dari waris faraid & ianya tidak membatalkan wasiat dan tetap berkuatkuasa walaupun ada waris yang tidak bersetuju

Hak Ibu (Isteri) untuk menjadi penjaga harta kepada anak di bawah tidak berlaku secara automatik jika bapa (Suami) meninggal dunia, KECUALI Bapa (Suami) sewaktu hidupnya melantik isteri sebagai Penjaga Harta anak di bawah umurnya di dalam dokumen WASIAT

Wasiat bukan sekadar tentang nak beri harta..

Jom urus harta dengan bijak.

Dhiyyauddeen Zaidi
Perancang Harta Pusaka
As-Salihin Trustee Cawangan Johor
013-217 1707




Pesanan Tambahan..Bukan hak adik-beradik sahaja waris makan, tetapi hak simati juga waris sapu..Ramai yang urus harta pu...
22/03/2024

Pesanan Tambahan..

Bukan hak adik-beradik sahaja waris makan, tetapi hak simati juga waris sapu..

Ramai yang urus harta pusaka terus bahagi harta, tak menyelesaikan hutang simati..

Urus harta biarlah bijak, jangan sampai kita ambil hak simati

28/02/2024

Tahniah buat semua bakal-bakal haji! Jangan lupa buat wasiat, salah satu 'must do item' sebelum berangkat ke Tanah Suci.

Sila hubungi saya untuk keterangan lanjut :
http://www.wasap.my/60132171707/RancangHarta



Address

Johor Bahru
81100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Udeen Zaidi - DZKewangan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share