09/10/2023
ASET KITA AKAN TERBEKU SETELAH KITA MATI
"Sayang, nak tau tak kalau abang mati, segala aset milik abang akan TERBEKU" kata aku kepada isteri
"Aik? Terbeku? Kan abang dah letak nama sayang sebagai penama?" Jawap isteri dgn nada terkejut.
Tambah dia "Surat mati & nikah kan ada"
Aku jelaskan "kalau semua aset dah TERBEKU, waris kena dapatkan Letter of Administrator (LA) atau Probate untuk cairkan aset yang telah beku"
Isteri mencelah "Bukan ke bagi surat nikah & sijil mati tu dah cukup?"
"Tak, kalau ada wasiat kena dapatkan probate. Tak wasiat kena LA"
"Institusi kewangan perlukan LA atau Probate untuk keluarkan duit dlm akaun yang terbeku & tukar nama aset orang yg telah mati. Tak ada tu depa tak layan" aku tekankan kat dia.
Isteri "La, taktau p**ak. Selama ni dengar guna sijil mati je. Lepastu apa planing abang?"
"Abang kan dah buat Wasiat. So, kalau abang mati, sayang call je syarikat Pengurusan Harta Pusaka yg abang ambik tu. Depa akan uruskan semua utk dapatkan Probate. Probate ni dapatkan kat Mahkamah. So kena lantik lawyer. Semua tu akan ada kos" jelas aku.
"Lantik peguam??"
Isteri bantah
"Abang tau kan kos peguam tu kan mahal? Mana sayang ada duit nk lantik peguam semua tu? Lagipun yg penting duit untuk sayang & anak-anak hidup tanpa abang. Bukan sehari tapi selama-lamanya!"
Aku senyum "Sabar sayang, abang tak habis explain lagi ni. Jangan emo๐
"
"Abang dah study semua ni. Abang dah buat planning yg terbaik utk sayang & anak-anak. Abang dah ambil Takaful. Abang hibah RM500k terus 100% kat Sayang. Guna la duit tu utk proses pencairan aset & tukar nama" aku terangkan kat dia sambil tunjuk buku Sijil Takaful.
Dia senyum ๐
"Laaa awat tak habaq awai-awai. Cemas sayang bila fikir pasal duit. Duit yang ada tu simpanan kita, tak gamak nak bayar kos guaman sampai belas ribu. Penat menyimpan nak kena belanja utk ni" sambil senyum
"Bila abang ambik Takaful ni?" Tanya isteri lagi
Aku jawap "Dah 6 bulan"
Hakikatnya, tak ramai orang tahu apabila kita meninggal dunia, aset alih & hartanah akan terbeku serta tak boleh tukar nama/pindah milik.
Simpan la duit banyak mana dlm akaun bank, asb, TH, Unit trust dll, semuanya perlu dokumen LA / Probate utk dikeluarkan.
Saya hanya kongsikan secara ringkas. Tapi sebenarnya proses pencairan harta pusaka ni sgt complicated
Pihak yg mengeluarkanLA :
AmanahRaya : Harta Alih (kereta/bank/EPF) sahaja
Pusaka Kecil Pejabat Tanah : Harta Alih & Tak Alih (rumah)
Probate : Hanya Mahkamah Tinggi sahaja
Untuk rekod, ini adalah proses mencairkan harta pusaka yg terbeku selepas kematian :
Pejabat Pusaka Kecil : lebih kurang 6 bulan (bergantung kepada kes & persetujuan waris) untuk dapatkan LA
Mahkamah Tinggi : Secepat 5 minggu dah boleh dapat Probate
Mana satu pilihan anda?
Untuk kos pengurusan harta pusaka p**a, berikut adalah pengiraan fi khidmat untuk Pusaka Kecil & AmanahRaya
Contoh :
Harta Pusaka bernilai RM1,000,000.00 :
a) Unit Pusaka Kecil akan mengenakan fi sebanyak RM2,000
b) Amanah Raya Berhad akan mengenakan fi sebanyak RM27,750
๐
Bagaimana p**a dengan kos pengurusan di Mahkamah Tinggi?
Haa, tu subjective bergantung kepada peguam atau syarikat amanah. Kita ada hak utk memilih peguam yg mana kita s**a & ikut bajet kita
So far macam mana? Dah clear ke tentang bagaimana nak cairkan aset orang yg telah mati?
Complicated kan? So kita boleh tentukan sama ada nk tak berwasiat, berwasiat, nak ke pej pusaka kecil, AmanahRaya ataupun ke mahkamah tinggi
Suami, kesianlah kat isteri anda utk uruskan ni.
Nak uruskan harta pusaka ni perlukan kos. Dan, tumpang masih hidup ni kita boleh sediakan dana khas untuk pengurusan harta pusaka kita.
Macam mana?
Takkan nak guna duit dlm bank? Dah TERBEKU.
Ambil la Takaful. Hibahkan kepada isteri tersayang. Takaful adalah dana mudah cair
Pampasan kematian dari pelan perlindungan Takaful akan dibayar kepada penama hibah secepat 30 hari. Ikut kes, paling cepat 14 hari dah dapat.
So boleh la gunakan utk kos pengurusan di Pejabat Pusaka Kecil, AmanahRaya ataupun nak ke Mahkamah Tinggi.
Tak ada hal sebab ada duit.