AIC JOHOR

AIC JOHOR AnwarIbrahimClub

[ADMIN]Minda Bicara Tokoh kali ini akan menampilkan Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai tokoh jemputan. Program bual bicara ...
09/04/2021

[ADMIN]

Minda Bicara Tokoh kali ini akan menampilkan Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai tokoh jemputan.

Program bual bicara ini juga akan menampilkan dua orang tokoh akademik yang tidak asing sebagai moderator iaitu Professor Dato' Dr Mohamad Agus Yusoff dan Dr Muhammad Asri Mohd Ali.

Penganjuran program bual bicara ini mendapat kerjasama dari pihak Majlis Profesor Negara - MPN dan Anwar Ibrahim Club.

Program bual bicara ini dapat diikuti menerusi sesi Facebook Live Majlis Professor Negara pada 10 April 2021 jam 10.00 pagi. Jangan lupa ikut serta dalam program bual bicara ini.

Minda Bicara Tokoh kali ini akan menampilkan Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai tokoh jemputan. Program bual bicara ini jug...
06/04/2021

Minda Bicara Tokoh kali ini akan menampilkan Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai tokoh jemputan.

Program bual bicara ini juga akan menampilkan dua orang tokoh akademik yang tidak asing sebagai moderator iaitu Professor Dato' Dr Mohamad Agus Yusoff dan Dr Muhammad Asri Mohd Ali.

Penganjuran bual bicara ini mendapat kerjasama dari pihak Majlis Profesor Negara dan Anwar Ibrahim Club (AIC).

Program bual bicara ini dapat diikuti menerusi sesi Facebook Live Majlis Professor Negara pada 10 April 2021 jam 10.00 pagi. Jangan lupa ikuti bersama program bual bicara ini.

Selamat menyambut ulang tahun ke-22 Parti Keadilan Rakyat. Lebih dua dekad perjuangan reformasi dihiasi dengan pelbagai ...
04/04/2021

Selamat menyambut ulang tahun ke-22 Parti Keadilan Rakyat. Lebih dua dekad perjuangan reformasi dihiasi dengan pelbagai kejayaan dan pengkhianatan yang akan terus menguatkan semangat pendukung KEADILAN.

Dirgahayu KEADILAN

Malam ini bersama Menteri Besar Selangor Amiruddin Shari, Afdlin Shauki dan Altimet dalam sesi   anjuran Anwar Ibrahim C...
02/04/2021

Malam ini bersama Menteri Besar Selangor Amiruddin Shari, Afdlin Shauki dan Altimet dalam sesi anjuran Anwar Ibrahim Club (AIC) dan PEMADAM Selangor dengan kerjasama Cabang Ampang dan AMK Gombak, Ampang dan Pandan.

Sesi malam ini adalah sesi suai kenal dan bicara santai bersama dua figura ini, dan juga mengalu-alukan kesungguhan mereka untuk bersama keluarga majmuk KEADILAN.

Saya hargai komitmen mereka untuk menjadikan KEADILAN sebagai wahana bagi memperpanjang kerja-kerja kemanusiaan serta kasih dan belas mereka kepada warga tertindas.

Sekali lagi, selamat datang ke keluarga besar KEADILAN!



[ ANWAR IBRAHIM ]

Esok !Ketua Pembangkang akan membahaskan dengan lebih lanjut Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2021 di Dewan Ra...
08/11/2020

Esok !

Ketua Pembangkang akan membahaskan dengan lebih lanjut Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2021 di Dewan Rakyat pada jam 11 pagi, InshaAllah.

September 23, 2020Bismillah Ar-Rahman Al-RahimAs-salamu alaikum wa rahmatullahi wabarakaatuhuDan salam sejahteraTerima K...
23/09/2020

September 23, 2020

Bismillah Ar-Rahman Al-Rahim
As-salamu alaikum wa rahmatullahi wabarakaatuhu

Dan salam sejahtera

Terima Kasih saya ucapkan kepada semua rakan media tempatan dan antarabangsa yang hadir walaupun jemputan dikeluarkan dalam tempoh yang singkat.

Rakyat Malaysia berhak mendapatkan sebuah kerajaan yang kukuh dengan kepemimpinan yang cekap dan yakin, untuk mengurus krisis ekonomi dengan bijaksana dan tuntas. Adalah menjadi tanggungjawab kita semua untuk menyelamatkan negara ini daripada menghadapi kemelesetan ekonomi yang dibimbangi boleh menimbulkan ketegangan hubungan kaum.

Alhamdulillah kini saya telah mendapat sokongan yang kukuh dan menyakinkan daripada Ahli Ahli Parlimen untuk saya persembahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong. Ingin saya nyatakan di sini majoriti yang menyokong saya ialah Ahli Parlimen Melayu dan Islam.

Untuk maklumat semua, sebenarnya saya telah diperkenankan untuk mengadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong kelmarin, Selasa 22 September jam 11 pagi, tetapi terpaksa ditangguhkan kerana Baginda kini menerima rawatan di Institut Jantung Negara.
Kendati begitu, melalui perbualan telefon malam Selasa lalu saya telah mendoakan aa’fiah buat Kebawah Duli Tuanku.

Dengan sokongan dan majoriti kukuh dan meyakinkan bermakna kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin telah jatuh. Maklumat dan langkah selanjutnya akan saya maklumkan selepas mengadap Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam masa yang terdekat, Insha’Allah.

Pentadbiran ini pastinya mewakili semua rakyat, dengan majoriti Melayu-Bumiputra dan perwakilan saksama semua kaum di negara ini. Kami tetap menjunjung prinsip-prinsip perlembagaan yang mengiktirafkan kedudukan Islam, kedaulatan Raja-raja Melayu, memartabatkan kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa rasmi serta kedudukan istimewa Melayu-Bumiputra disamping jaminan tegas mempertahankan hak warga pelbagai kaum lain.

Akhir sekali, saya memohon seluruh rakyat supaya bersabar dan mendoakan kesembuhan segera Tuanku Yang di-Pertuan Agong. Saya berjanji akan membentuk sebuah kerajaan dengan tatakelola berintegriti dan komited untuk menangani krisis yang melanda negara; menghentikan amalan rasuah dan membela nasib rakyat.

InshaaAllah saya akan tunaikan janji saya untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang makmur, aman dan adil untuk seluruh rakyatnya.

Terima Kasih.

ANWAR IBRAHIM

23/09/2020

Assalamualaikum dan salam hormat.

Harap maklum bahawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan satu sidang media khas berkenaan satu pengumuman penting pada

Tarikh: 23 September (RABU, HARI INI)
Waktu: 12 tengah hari
Lokasi: Clarke 1, Level 6, Hotel Le Meridien, Kuala Lumpur

Rakan-rakan media dijemput untuk hadir bagi sidang media penting ini, serta diingatkan agar sentiasa mematuhi segala SOP berkaitan Covid-19.

Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi KEADILAN
8am, 23/9/2020

Reformasi !
01/09/2020

Reformasi !

Selamat hari lahir DS Presiden, Anwar Ibrahim.  Semoga diberikan kesihatan yang sempurna untuk terus memimpin perjuangan...
10/08/2020

Selamat hari lahir DS Presiden, Anwar Ibrahim. Semoga diberikan kesihatan yang sempurna untuk terus memimpin perjuangan reformasi.

KENYATAAN BERSAMA PAKATAN HARAPAN, BERSATU, WARISAN9 Jun 2020Pimpinan Pakatan Harapan telah mengadakan mesyuarat bersama...
10/06/2020

KENYATAAN BERSAMA PAKATAN HARAPAN, BERSATU, WARISAN

9 Jun 2020

Pimpinan Pakatan Harapan telah mengadakan mesyuarat bersama YB Tun Dr Mahathir Mohamad dan YAB DS Shafie Apdal hari ini, yang dipengerusikan oleh YB DS Anwar Ibrahim.

Mesyuarat hari ini telah menyaksikan perbincangan secara menyeluruh tentang pendirian setiap parti, dan menampakkan kemajuan yang amat positif.

Proses memuktamadkan segala keputusan akan dilakukan dalam masa seminggu ini.

YB Datuk Seri Anwar Ibrahim
Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)

YB Hj Mohamad Sabu
Parti Amanah Negara (AMANAH)

YB Lim Guan Eng
Parti Tindakan Demokratik (DAP)

YB Tun Dr Mahathir Mohamad
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU)

YAB Datuk Seri Shafie Apdal Parti Warisan Sabah (WARISAN)

Address

Johor Bahru
82200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AIC JOHOR posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share