10/10/2021
Takafulku, hibah buatmu
Sekarang menjadi satu trending isteri membeli hibah. Ini menunjukkan begitu ramai isteri mengetahui kepentingan hibah jika brlaku apa-apa musibah. Namun tidak dinafikan, ada juga suami-suami yang faham kepentingan hibah. Apa itu hibah?
Hibah adalah pemberian harta yang berlaku semasa hidup pemberi hibah sedangkan wasiat ialah pemberian harta yg berlaku selepas kematian pewasiat.
Hibah takaful adalah apabila berlaku kematian pemegang polisi takaful, pengagihan duit pampasan daripada operator takaful kepada waris pemegang takaful boleh dilakukan secara hibah, iaitu secara terus. Melalui hibah takaful, pemegang polisi takaful boleh menghibahkan hartanya kepada sesiapa sahaja ,samaada keluarga atau pun bukan, semasa individu tersebut masih hidup.
Didalam takaful ia dikenali dengan hibah bersyarat. Hibah bersyarat adalah istimewa dan khusus utk takaful sahaja. Ia adalah instrumen untuk harta pusaka, dimana penerima hibah boleh mendapatkan wang tunai dalam tempoh yg singkat, iaitu syarikat takaful wajib membayar pampasan dalam masa paling lama 60 hari 🥰.
1. Antara kelebihan hibah takaful, penama hibah dlm polisi takaful (pemberi hibah) merupakan penerima mutlak sipenerima hibah. Penerima hibah tidak perlu khuatir kerana syarikat takaful hanya boleh memberi pampasan kepada penama yg telah ditetapkan oleh pemilik polisis takaful. Wang pampasan itu akan terus disalurkan terus kedalam akaun penerima hibah setelah berlakunya tuntutan pampasan kematian terhadap pemilik polisi tersebut. Mengikut akta perkhidmatan kewangan Islam 2013 yg menyatakan dgn jelas bahawa hibah takaful tidak boleh dicabar oleh mana-mana pihak yg lain.
Antara kelebihan lain adalah;
2. Kebebasan menukar nama pemberi hibah
3. Polisi tidak dibekukan bila berlaku kematian
4. Pengganti pendapatan kpd penerima hibah
5. Tiada kos guaman atau apa2 kos tersembunyi
Namun begitu, ia tetap ada kekurangan antaranya adalah seperti berikut;
1. Penerima tidak pandai menguruskan wang
2. penerima hibah tidak diwajibkan melunaskan segala hutang simati.
3. Kes kematian serentak antara pemegang polisi dan penerima hibah
4. Kes penama bawah umur.
Jadi solusi pelengkap adalah melalui takaful trust. Perbezaanya cuma penamaan utk penerima manfaat pampasan takaful diberikan pd sebuah syarikat amanah. Syarikat amanah tersebut sebagai pemegang amanah polisi takaful kita dan menguruskannya mengikut dokumen perjanjian yg telah dibuat.
contohnya seperti:
1. Melunaskan segala hutang simati
2. Memberikan perbelanjaan bulanan kpd waris mengikut ketetapan gaji simati sebulan.
3. Melaburkan dlm unit pelaburan.
Ini adalah sesuatu perancangan shj, smoga ia menjadi ikhtiar kita dan sebaik baik perancangan adalah dari ALLAH SWT.
Jikalau tersalah fakta diharap sifu2 betulkan yea.
boleh wasap utk detail (016776022)