12/04/2017
Kenapa kalau orang lain jual produk Z LAKU, tetapi kita jual TAK LAKU ?
1. Orang TAK TAHU KEWUJUDAN produk anda – Haa, camna lah orang nak beli produk dari anda tapi anda tak pernah pun nak bagitahu orang apa yang anda jual ? Malu ? Orang buat bisnes ni tak boleh malu-malu. Yakin dan percaya je konsepnye.
2. Orang TAHU KEWUJUDAN produk anda tapi TAK TAHU NILAI PRODUK anda – Bila anda dah run fbads, anda dah promosikan produk anda di serata media sosial. Tapi, masih ramai yang masih tidak mencatatkan JUALAN yang tinggi . Sebab UTAMA nya, adalah orang TAK FAHAM apa yang anda nak sampaikan . Pastikan teknik STORY TELLING anda menarik perhatian, RINGKAS dan PADAT .
3. Orang TAHU, orang faham TAPI orang TAK PERLU – Benda ni ramai yang dah tahu, tak kira lah kalau anda dah terang dari A-Z dengan cara yang baik dan menarik, sekiranya mereka tidak PERLU, mereka tetap TIDAK MAHU beli.Jadi, pastikan anda tahu siapa SASARAN anda. Fikirkan juga SIAPA yang sepatutnya PERLU kan produk itu.
4. Orang TAHU, orang FAHAM, orang PERLU tapi tak berkenan pada HARGA – Ini juga satu isu yang dihadapi oleh PENIAGA, mahu jual tapi harga yang ditawarkan terlalu TINGGI. PENTING nya anda buat sedikit RESEARCH terlebih dahulu untuk membandingkan dengan harga yang ditawarkan oleh PESAING anda.
Rasanya,cukup lah 4 isu ni yang perlu anda HADAM . Semoga Berjaya !