Saidina Smart Family Programme (Rancangan Keluarga Bestari)

Saidina Smart Family Programme (Rancangan Keluarga Bestari) RANCANGAN KELUARGA BESTARI merupakan Pusat Latihan dan Bimbingan Keluarga

Ibubapa berpeluang mendapatkan perkhidmatan kemahiran keibubapaan di samping program pembangunan emosi, rohani, sahsiah dan akademik keluarga melalui Gabungan Pakar-Pakar Motivasi, Akademik dan Konsultan Bumiputera. Fokus utama dalam Rancangan Keluarga Bestari ialah mendedahkan peranan ibubapa sebagai guru dan motivator yang pertama serta rumah sebagai universiti pertama bagi setiap anak-anak. Sel

ain daripada ibubapa mengikuti program kemahiran keibubapaan yang kami anjurkan, anak-anak mereka juga berpeluang mengikuti program-program yang dianjurkan oleh Rancangan Keluarga Bestari.

17/08/2023

LAGI FORMULA CANGGIH YANG BAKAL DIKONGSIKAN OLEH ABG SAM HARI INI?

Nak tahu , saksikan “Geng Super Genius” dalam segmen “Wira Matematik”

Yang Penting Jangan Beri Alasan Bila Kita Hendak Belajar Sesuatu
MEMBANGAU LAGI !

Saksikan “GENG SUPER GENIUS” Setiap Isnin-Khamis jam 1.30-2.00pm .
Tekan link utk tontonan secara live https://rtmklik.rtm.gov.my/live/tv1




09/08/2023

Alhamdulillah.. Syukur atas segala nikmat & kurnia Illahi.. akhirnya akan bersiaran rancangan Geng Super Genius ni.

TV1
Setiap isnin - Khamis
Jam 1.30 - 2.00pm
Bermula esok (10.8.2023)

Terima kasih kepada semua team production & crew Tasmen Global & Saidina Academy , team MathsCatchJDT, MathsCatchPasir Gudang, atas kerjasama sepanjang program ni dilaksanakan.
Moga menjadi asbab kejayaan anak2, demi agama bangsa dan negara

Slot Wira Matematik bersama abang sam amat dinantikan…
Moga bermanfaat buat semua 🤩🤩🤩

oh.. boleh saksikan juga secara live di link ini 👇
https://rtmklik.rtm.gov.my/live/tv1

Jom ibuayah, adik2, kawan2 ajak anak2 tengok rancangan ini. Semoga bermanfaat untuk semua. Selamat menonton 😘



18/02/2022

…dah..dah…ko jangan percaya cakap R.O. Winstedt tu dik…”kata kita tak s**a Matematik” ..

Ko percaya diri ko jer dik..ok ketepikan semua alat tulis,jauhkan kalkulator….guna jari, visualkan nombor tu.. hubungkan sel2 minda latih congak dalam minda ..InsyaAllah dapat jawapanya..💪💪💪






Dik….  tinggalkan yang pasti demi kemungkinan kerana segala kemungkinan itubelum tentu menjadi pasti.Yang Pasti ! IbuAya...
17/02/2022

Dik…. tinggalkan yang pasti demi kemungkinan kerana segala kemungkinan itu
belum tentu menjadi pasti.

Yang Pasti ! IbuAyahlah Pemangkin Kejayaan ❤️ InsyaAllah.


  Ya Ramadhan,Pucuk Selasih Bertunas Menjulang,Dahannya Patah Tolong Betulkan,Puasa Ramadhan Kembali Menjelang,Salah Dan...
13/04/2021

Ya Ramadhan,
Pucuk Selasih Bertunas Menjulang,
Dahannya Patah Tolong Betulkan,
Puasa Ramadhan Kembali Menjelang,
Salah Dan Khilaf Mohon Dimaafkan,
Selamat Menunaikan Ibadah Puasa Ramadan 1442H.


11/01/2021

SYUKUR PKP buat 14 hari je.. Kalau 2 minggu tak ke naya kita 🤪

06/01/2021

[ KITA DIHILANGKAN SEGALA PENYAKIT HATI.]

Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya; dan bagi mereka siksa yang pedih, disebabkan mereka berdusta”.
(Q.S. Al-Baqarah)

[ -isteri dan bakal isteri baca cerita Dr. Baharuddin Mohamed ini]Hari itu hujan benar-benar lebat. Hari itu  Amran bali...
05/01/2021

[ -isteri dan bakal isteri baca cerita Dr. Baharuddin Mohamed ini]
Hari itu hujan benar-benar lebat. Hari itu Amran balik lewat. Jam hampir jam 10 malam. Hujan mulai teduh, dia gagahkan juga meredah hujan. Dalam 10 minit perjalanan terpaksa juga dia berhenti mencari tempat teduh sebab hujan kembali lebat.

Dia berhenti di sebuah pondok perhentian bas. Dia nak call isteri dia kerana balik lambat. Tiba-tiba baru dia terperasan seorang ibu bersama seorang anak kecilnya.

Amran terfikir jika perempuan itulah isterinya bagaimana. Dia menyapa perempuan itu dan bertanya mengapa tidak pulang lagi. Perempuan itu nampak sangat murung.

Perempuan itu bertanya soalan yang sama pada Amran. " Mengapa tidak pulang lagi hingga malam. Adakah isterimu tak risau dan marah ?".

Amran menjawab " sebenar saya mahu pulang awal setiap hari. Anak saya 4 orang dan kecil lagi di rumah. Tetapi saya fikir masa depan mereka dibahu saya. Saya perlu bekerja lebih kuat untuk masa depan mereka ".

Perempuan itu tiba-tiba menanggis. Amran bertanya kenapa dia menanggis. Sambil menanggis perempuan itu berkata " boleh saya minta RM20 pada awak ? ". Dengan rasa bersalah dia menghulurkan duit itu. Mungkin dia lapar dan sekurang-kurangnya membeli makanan untuk anaknya.

Amran dah nak balik, hujan mulai teduh kembali. Dah lama sangat dia disitu. Sebelum dia pergi, perempuan itu minta jeketnya. Kata perempuan itu yang anaknya kesejukan. Amran berikan juga jeketnya pada perempuan itu. Kesihan dia tengok. Perempuan itu meminta number phone Amran. Amran memberi kad bisnesnya.
.

Sampai di rumah, Amran basah kuyup. Dia disambut isterinya. Baru Amran sedar yang phone nya ada di poket jeketnya. Dia call handphone nya. Ada berdering tetapi tak ada yang angkat. Dia sangat menyesal dan marah. Dia ditenangkan isterinya.

Amran menceritakan kejadian yang berlaku pada isterinya. Isterinya menyabarkannya. Amran tak tahan geram, habis semua phone dan perkara penting dalam phone nya gara-gara nak tolong orang yang tak tahu dari mana. Katanya.


Esoknya Amran ke pejabat seperti biasa ada juga dia berhenti di tempat semalam. Manalah tahu jeketnya ada di situ. Fikirnya habislah phonenya telah dijual perempuan itu.

Sampai di pejabat.

Diatas mejanya ada satu bungkusan besar bersama sejambak bunga. Dia tanya rakan pejabatnya, kebetulan rakan pejabatnya yang mengambil bungkusan itu. Bungkusan itu datangnya dari seorang wanita berkereta besar katanya.

Amran dengan cepat membuka bungkusan. Dilihatnya jeket, phone dan wang RM1000 ada didalam kotak itu. Amran terduduk kerana tersalah anggap. Asa cebisan kertas di dalamnya juga.

" Saudara.

Saya sangat berterima kasih dengan saudara. Saya pulangkan semua apa yang saya pinjam semalam.

Sebenarnya semalam saya mahu lari dari rumah. Saya mahu lari kerumah kakak saya. Saya mahu merajuk dengan suami saya yang setiap hari pulang lewat ke rumah.

Malangnya dalam perjalanan saya, beg tangan saya hilang. Saya tak ada duit dan phone. Tiba-tiba saya jumpa saudara.

Baru saya tersedar, sebenarnya saya bersalah berperasangka buruk pada suami saya sendiri. Dia setiap hari berkerja berhempas pulas hingga ke malam hari hanya untuk masa depan kami sekeluarga. Saudara telah menyedarkan saya dari lamunan. Saya punya suami yang bertanggungjawab.

Terima kasih. "

Amran tersenyum. Dia rasa puas. Pertolongan kecilnya telah memberi kesan besar.

Tip keluarga bahagia buat isteri.

1. Sayangilah suami mu seadanya dia.

2. Dia bukan perempuan. Dia tak pandai puji-pujian. Dia tak banyak cakap. Dia nampak serious tapi dia sangat sayangkan anda dan anak-anak.

3. Tak semua perkara dia cerita kat isteri. Sebabnya dia tak nak susahkan hati isteri. Dia tahu anda dah banyak bekorban untuknya.

4. Dia keluar dan balik lewat sebab dia cari rezeki. Dia tak pernah belot. Janganlah berperasaan tak tentu padanya. Penat dia cari rezeki setiap hari. Bukan senang cari duit sekarang. Semua barang mahal dan gaji rendah.

5. Orang tak tahu dalam otak suami banyak fikirannya. Walaupun dia nampak tak peduli je bila anda cakap dengan dia. Tapi dia simpan apa je yang anda cakap. Duit yuran belum bayar, mesin basuh rosak, ikan dah habis, kenapa tak bayar astro, kemana nak bawak anak-anak cuti sekolah. Depan anda dia nampak ego, tadi sebelum tidur dia menanggis sendiri. Dia nak isteri dan anak-anaknya bahagia.



Kredit :Dr Baharuddin Mohamed

  Insan Yang Bernama WANITA
05/01/2021

Insan Yang Bernama WANITA

 -rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian; bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian
04/01/2021

-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian; bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian

Address

No 9-01 & 9-02, Jalan Molek 1/8, Taman Molek
Johor Bahru
81100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Saidina Smart Family Programme (Rancangan Keluarga Bestari) posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Saidina Smart Family Programme (Rancangan Keluarga Bestari):

Share