17/09/2015
Agp :
Ketiga2nya seiring. Kena ada usaha... Sentiasa berdoa dan bertawakal. Kalau ada doa dan tawakal tapi xde usaha, nasi depan mata pun xkan terbang masuk mulut. Ada usaha dan doa tapi tawakal takde, salah sikit akan mula kita mencari alasan utk meletakkan kesalahan kepada orang lain tanpa ada keinginan utk muhasabah. Ada usaha dan tawakal tapi xde doa, akan kurang rasa kesyukurannya....
Jadi... Ketiga2 perlu seiring.
Wallahu a'lam.
Agp:
Rezeki dah ditetapkan sejak 40 hari dalam kandungan. Ianya pasti akan sampai.
Soalannya - apakah yang kita akan buat kalau rezeki tu sampai? Kita nak ambil ke nak abaikan?
Sama macam cerita seorang alim yang dalam banjir. Masa banjir paras lutut, orang lalu nak selamatkan, dia kata "aku yakin Allah akan bantu". Banjir paras pinggang, orang datang lagi, jawapannya sama. Banjir paras leher, orang datang lagi. Jawapan tetap sama. Kalau beliau lemas masa tu apakah dia di anggap bunuh diri sebab takde usaha nak menyelamatkan diri atau dia nak salahkan Allah sebab tak "angkat" dia dari dalam banjir tu?
Agp:
Al-Baqarah ayat 134:
Mereka itu adalah satu umat yang telah lalu sejarahnya; bagi mereka (balasan) apa yang mereka telah usahakan, dan bagi kamu p**a (balasan) apa yang kamu usahakan; dan kamu tidak akan ditanya (atau dipertanggungjawabkan) tentang apa yang telah mereka lakukan.
Agp:
Surah Al-Baqarah, ayat 201 - 202:
Dan di antara mereka p**a ada yang (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka". Mereka itulah yang akan mendapat bahagian yang baik dari apa yang telah mereka usahakan; dan Allah amat cepat hitunganNya.
Agp:
Saya faham. Baik jawapan bagi soalan sambil makan, sambil berdoa, sambil bertawakal => belum tentu kenyang.
Makan => usaha
Doa => harapan
Tawakal => penyerahan
Kalau makan dan berdoa tanpa tawakal, kenyang atau tidak kita akan salahkan Allah.
Kalau makan dan tawakal tanpa doa, bermakna kita tidak mengharap kepada Allah. Senang cakap kita anggap itu atas usaha sendiri.
Doa dan tawakal tapi tak makan, bermakna kita harapkan sesuatu tanpa usaha. Hanya mengharapkan sahaja takkan membuahkan apa-apa.
Agp:
Bila kita dah makan, dah usaha. Kita dah berdoa, dan menyerahkan pengharapan pada Allah. Barulah kita susulkan dengan kita bertawakal, kita serah seluruh pertimbangan kepada Allah. Kalau Allah izinkan kenyang maka kenyanglah. Kalau Allah tak izinkan maka laparlah. Apa pun keputusan Allah, sifat tawakal akan menghalang kita dari menyalahkan atas apa yang Allah tetapkan kerana kita sedar apa pun yang Allah tetapkan adalah yang terbaik.