15/04/2022
Terserempak dgn gambar ni masa scroll fb..Setiap agent berbeza pandangan dan perancangan mereka tentang medikal kad dgn hibah..
Adakah penting ada medikal kad?Bergantung sebenarnya.Jikalau mampu,apa salahnya?Kalau tak ada,ada option lain juga untuk kita dapatkan treatment.
Tapi jika di ikutkan pendapat peribadi saya,kalau tak ada medikal kad kita masih ada option untuk ke hospital kerajaan untuk dapatkan rawatan..
Tapi kalau kita tak ada apa2 plan b untuk financial kita & keluarga,belum tentu ada orang yg nak bantu waris2 kita.Hutang2 kita,bil2 rumah,wang sara hidup,pendidikan anak2 siapa yg nak tanggung semua tu?
Lagi satu saya selalu sarankan untuk ambil takaful sekiranya kita ada cukup budget utk cover monthly payment tu..Jangan disebabkan hal masa depan,duit nak makan pun cukup2 je.Betul masa depan tu penting,tapi tak ada yg lebih penting dari meneruskan hidup masa sekarang..
Apa2 pun,kita cuma merancang..tapi Allah yg menentukan..kita sebagai manusia kena ikhtiar & usaha bukan berserah bulat2 sahaja.
Ambillah seberapa yg kita perlu, bukan seberapa yg kita mahu…
Haiqal Anuar
AIA Life Planner